30 Apr 2008

Kapak Bungkus

Lagenda kapak bungkus dan kapak terbang Kelantan banyak menghantui masyarakat luar Kelantan. Keadaan ini terjadi kerana dalam tahun 70 an seorang ahli politik terkenal di Negara ini telah kembali kerahmatullah akibat penangan kapas kecil yang melekat di kepalanya.

Kapak kecil menjadi kegemaran ramai suatu masa dulu di Kelantan. Ini kerana ia senang di bawa dan pelbagai guna, sama ada untuk senjata dan boleh digunakan untuk kerja-kerja harian yang agak ringan.

Kapak kecil biasanya digunakan sebagai senjata untuk mengajar seseorang yang kurang beradap yang masuk kampung. Kadar kebiadapannya diukur dengan inci mata kapak yang tidak dibungkus. Mata kapak dibungkus untuk mengelakkan kecederaan parah, sebaliknya takikan kapak bungkus adalah untuk "mengajar" atau memberi kecederaan ringan , biasanya di kepala atau dahi.

Kapak terbang pula ialah kapak yang diikat tali pada hulunya dan puncanya diikat pada pergelangan siku. Kapak akan dibaling dan disentak semula ke dalam gengaman tangan. Ia memerlukan kemahiran yang amat tinggi.

Kapak binjai manis mempunyai mata yang lebih lebar di bahagian bawah berbanding kapak kecil Kelantan. Bentuknya akan menyebabkan kecederaan parah dan sukar dicabut apabila memasuki kepala mangsa. nama binjai manis diambil sempena nama kampung di Selatan Thai yang merupakan pengeluar asal kapak jenis ini.

Sebenarnya cerita kapak ini banyak memaparkan latar belakang sosio budaya masyarakat Kelantan dan Patani yang ingin mendidik mereka yang kurang adab di dalam kampung pada suatu masa dahulu. Wallahualam

Di petik dari http://cikgunasir.blogspot.com

No comments: