Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

28 Dec 2015

Marilah Menuju Kejayaan

Marilah Menuju Kejayaan (حي على الفلاح)

Tok Llaki :
Semayae Asar doh?
Bini :
Dok lagi..
Tok Llaki :
Bakpo?
Bini :
Ambo baru balik kijo, letih sikit, pahtu ambo tido semetar
Tok Llaki :
Okay... Gi lah solat Asar dengae Ngorib sebelum masuk waktu Isya’
Keesokan harinya ... Tok Llaki pergi kerja di bandar lain menaiki penerbangan...  Namun beberapa jam selepas penerbangannya dijadualkan tiba dia tidak memanggil atau SMS Bininya seperti biasa dia lakukan untuk memberitahu bahawa dia telah selamat tiba .. !!

Bininya membuat panggilan kepada Tok Llakinya untuk mengetahui apa yang berlaku pada suaminya tetapi dia tidak menjawab .. Dia memanggil lagi; ada nada dering, tetapi tidak menjawab langsung

Bini telah mula bimbang selepas mencuba beberapa kali untuk memanggil suami tercinta namun tiada jawapan sama sekali ... Dia berfikir kepada dirinya sendiri sesuatu yang tak kena mesti telah berlaku kerana dia tidak pernah berbuat begini. Dia selalu akan telefon sebaik sahaja dia mendarat

Beberapa jam berlalu ... dan tiba-tiba telefon berdering dan yang memanggil adalah Tok Llakinya. Isteri sangat bimbang dan bertanya berkata: telah anda tiba dengan selamat ??

Bini :
Abae selamat sapa doh ko?
Tok Llaki :
Ya, Alhamdulillah.
Bini :
Bila?
Tok Llaki :
Lebih kurang 4 jae tadi
Bini :
4 jae tadi, bakpo tak telefon??? (dalam nada yang marah)
Tok Llaki :
Abae letih, pahtu Abae tido semetar...
Bini :
Tak kae seminit dua pun Abae tak leh telefon ambo, royat kata sapa doh... Pahtu jugak tak kae tak dengar telefon bedering acap kali, ambo duk telefon Abae...
Tok Llaki :
Ho.. Abae denga...
Bini :
Pahtu tak akat .. ?? Panggilae ambo tidak cukup penting ko untuk Abae .. ??
Tok Llaki :
Panggilan Ayae penting ko Abae, tetapi kemarin Ayae napok tak kisoh pun tak jawab panggilan daripada azan .. panggilan Allah ...
Mata Bini mula berair dan dia diam sebentar

Bini :
Abae betul, ambo mitok maaf
Tok Llaki :
Bakpo mitak maaf ko Abae, Ayae mesti pohon ampun kepada Allah dan tidak ulangi kesalahan tu sekali lagi. Apa hok Abae nak dari dunia ni adolah Allah menyatukae kito di Jannah, tepat dimana kita akae mulakae hidup bersama sama selama lamonya.
"Orang yang benar-benar mengasihi anda adalah orang yang menolak anda ke hadapan di jalan Allah dan masuk campur serta menghalang anda daripada melangkah ke belakang dalam hidup."




24 Jan 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1434 Hijrah

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat salam dipohon lagi
Selawat Allah ke atas Muhammad
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
Wahai Nabi salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu
Wahai kekasih, salam atasmu
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Hilang segala cahaya
Bulan purnama menyinari kita
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Wajah gembira sepanjang hayat
Indah menawan tak pernah dilihat
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah menyuluhi jiwa
Kaulah rahsia hidup mulia
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai pendamping indah sejagat
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai imam 2 kiblat
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Wahai penghulu keturunan mulia
Bahagialah orang memandang wajahmu
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kunjungi kami pada hari akhirat
Kolam airmu sejuk jernih
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
Tiada berhenti rindukanmu
Sepanjang malam unta berjalan
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
Dan Malaikat sama berselawat
Engkau dipayungi awan putih
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Dialah menyahut semua seruan
Allah mengetahui rahsia sulit
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Dengan segala amalan soleh
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Sebanyak baris kertas ditulis
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Empunya wajah berseri menawan
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

20 Nov 2012

Doaku Kepada UMNO

Doaku Kepada UMNO

يا الله حكومكنله UMNO BN

دالم ڤيليهنراي ك-13 اين، كظاليمن UMNO 50  تاهون لبيه كڤد اڬام مو، كڤد همبا مو كڤد نڬري كامي. يا الله، اڠكاو لبيه مڠتاهوي تنتڠ حال كامي.

يا الله امڤونيله دوسا كامي. دوسا كدوا ايبو باڤ كامي
يا الله امڤونيله دوسا كامي. دوسا كدوا ايبو باڤ كامي
يا الله امڤونيله دوسا كامي. دوسا كدوا ايبو باڤ كامي

جاڠنله اڠكاو مڠازبكن كامي يا الله، كامي همبا-همبامو.

يا الله، كواتله ايمان كامي. مورهكن رزقي، امانكن رومهتڠڬ، نڬري دان نڬارا كامي، چمرلڠكنله انق-انق كامي.

انق-انق كامي اداله أمانه دريمو يا الله.
بريله مريك برجاي د دنيا دان د اخيرة ننتي.
بريله مريك برجاي اونتوق منولوڠ سنه محمد ساو.

يا الله حكومكن UMNO.
يا الله حكومكن UMNO BN.

KO BN ، KO BN ، BN KO ، KO BN ، BN KO ، KO BN ، BN KO ، دالم ڤيليهنراي ك - 13 اين يا الله

كالاو لا اڠكاو يا الله ڤرنه تڠڬلمكن فرعون د دالم لاوت، اڠكاو تله ايذينكن بوميمو تلن قارون، يا الله، اڠكاو تله ملعنتكن نمرود.. دان بڬيتو جوڬ ابو لاهب، مك سوڠڬوه موده اونتوق اڠكاو باڬي جهنمكنUMNO دان BN دالم ڤيليهنراي ك - 13.

UMNO سكت حاصيل رويلتي رعيت كلنتن
UMNO بياركن جودي برللواسا
UMNO ظاليم دالم بركواس
UMNO رسواه، مڽلويڠ دان مرومڤق واڠ رعيت
UMNO انجور معصية دان هيدونيسمى،
UMNO مڠمبيل يهودي APCO سباڬاي ڤنصيحة
UMNO ممڤرسنداكن حكوم الله
UMNO ممڤرتاهنكن ڤولا چوا سوا ليك يڠ مڠهينا اسلام
UMNO ممفتنه، مڽماءي كبنچين، بربوهوڠ، مموتربليت، مڠهينا دان مڽيبار دقيه لوچه
ڤميمڤين دان اهليUMNO رضا دڠن عمالن رسواه
ڤميمڤين دان اهليUMNO رضا دڠن ڤربلنجأن بوروس كتوا مريك
ڤميمڤين دان اهليUMNO رضا دڠن فتنه يڠ ملمڤاو

تيدق لارت كامي نق ليهت انق-انق كامي دالم سواسان تيدق سلامت، دالم دان لوار رومه.. راڬوت، روڬول، بكر، چينچڠ مأنسي دان ماچم-ماچم جنايه، يا الله هابيسله نڬارا كامي اين دجوال اوليهUMNO.. سيڠاڤورا ده هابيس يا الله، باتو ڤوتيه.. ڤوتيه يا الله.. يا الله تنجوڠ ڤاڬر.. راڤت ك ڤاڬر يا الله ...

هنچورUMNO.. تومبڠ BN..


4 Jun 2008

Doa Dari Al-Quran (4)

Doa Dari Al-Quran (4)



Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah
kesengsaraan
bagi kaum yang zalim ganas,
dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau
dari angkara kaum yang kafir. (10:85-86)


Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau
mengetahui
akan apa yang kami sembunyikan
dan apa yang kami zahirkan;
dan tiada sesuatupun di langit dan
di bumi yang
tersembunyi kepada Allah! (QS. 14:38)

Wahai Tuhan kami kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan
kepada kami untuk keselamatan agama kami. (QS. 18:10)


Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh
dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (QS. 25:74)


Wahai Tuhan kami, rahmat dan ilmu
Engkau meliputi segala-galanya,
maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat
serta menurutMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. (QS. 40:7)

13 Apr 2008

Doa Dari Al-Quran (3)

Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. (QS. 3:194)

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (QS. 7:23)
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim. (QS. 7:47)

Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan keadilan dan Engkau jualah sebaik-baik hakim. (QS. 7:89)

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada-Mu). (QS. 7:126)

Doa Dari Al-Quran (2)

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; karena sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya (QS. 3:8)

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (QS. 3:147)

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya telah Engkau menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun ; (QS. 3:192)

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhanmu; maka kami pun beriman. (QS. 3:193)

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. (QS. 3:193)

2 Mar 2008

Doa Dari Al-Quran

Doa Dari Al-Quran


(Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka menjadi baik serta betul. (QS. 2:186)

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. (S. 2:201)

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami dan menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir. (S. 2:250)

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau kira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. (S. 2:286)

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami. (S. 2:286)


Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami; serta ampunkanlah dosa kami; dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir. (S. 2:286)