Showing posts with label Anak Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Anak Kelantan. Show all posts

27 Jan 2012

Krenat/ Khianat

Krenat

Perkataan krenat jika ‘di terjemah’ secara perkataan membawa maksud khianat dalam percakapan Bahasa Kelantan. Namun begitu ia juga boleh memberi pengertian yang lain apabila di gunakan dalam konteks yang berbeza.

Khianat

Mengikut Kamus Dewan perkataan khianat membawa maksud : perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kepada negeri, bangsa, dll)

  • berbuat khianat : orang yg berbuat khianat itu adalah orang yg sangat hina;
  • yang belot kepada negara: perbuatan khianat
  • orang khianat : orang yg melakukan (perbuatan) khianat;
  • berkhianat = berbuat khianat: hamba tidak akan berkhianat dan menderhaka kepada Negeri Kelantan
  • mengkhianati : berbuat khianat kepada, mencelakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kepada: dgn memihak kepada musuh, kau telah mengkhianati negeri dan masyarakatmu
  • pengkhianatan perihal (perbuatan, tindak­tanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khianat: mensabotaj royalti minyak itu adalah suatu pengkhianatan oleh anasir-anasir jahat;
  • pengkhianat orang yang berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kepada negeri (ketua dll): pengkhianat itu harus dihukum dan dibuang negeri.

Dalam Bahasa Inggeris perbuatan khianat adalah sabotage, manakala pengkhianat pula dipanggil traitor.

he was a traitor to his country
dia pengkhianat kepada negaranya

the Party considered that he had turned traitor
Parti telah menganggap bahawa dia telah menjadi pengkhianat.

Krenat

Dalam percakapan bahasa Kelantan perkataan krenat boleh digunakan bagi menggantikan perkataan khianat, namun krenat juga membawa maksud yang agak berbeza apabila digunakan dalam ayat yang berbeza.

Abae Sham berehi krenat ko Adik Luth
Abang Sham suka menyakat Adik Luth
Abang Sham likes to tease Adik Luth

Cuba bayae ‘anok-beranok’ kito sediri buat krenat ko kito
Cuba bayangkan saudara mara kita sendiri yang mengkhianati kita
Just imigine when your own relatives betrayed you

Demo buat krenat ko pitih jah, duk isap rokok tak bereti
Kamu ni membazirkan duit saja, tak berhenti-henti hisap rokok
You are wasting money, continously burning cigarettes

PAS kata Pengerusi Badae Pehubungae UMNO Kelatae , Dato’ Stopa Mamat, hok juga Menteri Perdagangae Antara Bangso dae Industri krenat ko rakyat Kelatae dengae Sultan sebab tak sey ccaro isu Royalti Minyak Kelatae.
PAS menganggap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu Royalti Minyak untuk negeri Kelantan.
PAS considered Kelantan UMNO liaison chairman Datuk Mustapa Mohamed who is also Minister of International Trade and Industry as a traitor to the people of Kelantan and Sultan for refusing to champion the issue of oil royalty to the state of Kelantan.

15 Jan 2010

Pemangku Raja Kelantan Jadi Imam

Tengku Mohammad Faris Petra Mengimamkan Solat Hajat



Stadium Sultan Mohamad Ke IV, 14 Januari 2009

Foto Oleh Rizal Tahir

28 Dec 2009

Dato'/Datuk/Tok

Dato'

Dato ialah salah satu gelaran yang diberikan oleh Sultan kepada seseorang di Malaysia. Anugerah ini diberikan bergantung kepada kriteria atau syarat-syarat kelayakan yang diperkenankan oleh Sultan. Lazimnya, anugerah ini dikurniakan pada hari ulang tahun keputeraan raja. Isteri kepada seorang "Datuk" akan bergelar "Datin".

Pingat Kebesaran Negeri Kelantan

  • Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (D.K.)
  • Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) (S.P.M.K.)
  • Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammad II) (D.P.M.K.)
  • Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi III) (P.M.K.)
  • Seri Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) (S.J.M.K.)
  • Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) (D.J.M.K.)
  • Setia Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili III) (J.M..K.)
  • Dato' Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi I) (S.P.K.K.)
  • Dato' Paduka Kesatria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi II) (D.P.K.K.)
  • Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi III) (P.K.K.)
  • Dato' Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I) (S.P.S.K.)
  • Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K.)
  • Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi III) (P.S.K.)
  • Bentara Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi IV) (B.S.K.)
  • Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) (A.S.K.)
  • Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.)
  • Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.)
  • Seri Kelantan (S.K.)
  • Ahli Kelantan (A.K.)
  • Pingat Bakti (P.B.)
  • Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S.)
  • Pingat Taat (P.T.)
  • Pingat Perangai Baik (P.P.B.)
  • Surat Kepujian

Datuk
Satu lagi jenis datuk adalah seorang lelaki yang merupakan bapa kepada bapa atau ibu seseorang. Kata lain bagi datuk termasuk atuk, tokwan, aki (Pahang), embah (Jawa), tok ayah, tok'bak dan tok'ki. Dalam bahasa persuratan dan bahasa istana disebut nenda.

Namun begitu di Kelantan banyak jenis tok lagi yang kita boleh jumpa

Tok

  • tok bidae : bidan
  • tok siyok : siak
  • tok imae : imam
  • tok nngulu : penghulu
  • tok ggawo : penggawa
  • tok llaki : suami
  • tok ttuwo : mentua
  • tok peraih : peraih
  • tok pek : apek (bukan Khairul Fahmi Che Mat)
  • tok ca : sami buddha
  • tok ayoh/ tok wae/ to che' : datuk
  • tok nyae : moyang
  • tok sekh : orang berketurunan arab/pakistan, berkulit putih, berjambang, berbulu lebat
  • tok cik/ tok su/ tok ngoh/ tok nik/ tok teh : datuk saudara mengikut pangkat masing-masing
  • tok kong : patung berhala buddha biasanya yang bersaiz besar
  • tok kodi : khadi
  • tok ppeti : mufti
  • tok wokil : wakil rakyat
  • tok bagih : ketua kumpulan bagih
  • tok dalae : dalang wayang kulit
  • tok joro : juara dikir barat
  • tok tteri : ketua kumpulan puteri
  • tok selapit : tukang selampit
  • tok batin : ketua kumpulan orang asli
  • tok ggali/ tok sik : orang berketurunan sikh/ benggali
  • tok bomo : bomoh
  • tok gomo : bomoh palsu
  • tok besae : besan
  • tok bilal : bilal
  • tok nnyadat : tukang ambil nyira kelapa
  • tok guru : tuan guru dato' nik abdul aziz
  • tok woli : orang yang bertaraf wali
  • tok hakim : hakim
  • tok arab : orang berketurunan arab
  • tok pakir : peminta sedekah
  • tok pa : dato' mustapha mohamad
  • tok keling : orang tua keturunan india
  • tok jeragan : jururagan
  • tok bok : nama tempat di machang
  • tok semian : nama jalan di kota bharu


16 Mar 2009

Nik Nor Madihah dan SAR

Bantuan Per Kapita

Kerajaan Malaysia menghentikan bantuan per kapita kepada SAR pada 25 Oktober 2002. Antara alasan yang diberi ialah Najib mengatakan bahawa SAR berkemungkinan menjadi pusat melatih pengganas, dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategi Malaysia (MSRC) pada ketika itu, Abdul Razak Baginda pula menyatakan bahawa murid SAR berpotensi direkrut menjadi pengganas (Berita Harian, 16 Januari 2003). Apa yang mereka katakan adalah sama: membayangkan kemungkinan bahawa SAR akan menjadi kilang yang melahirkan pengganas!

Menarik bantuan per kapita kepada SAR (Sekolah Agama Rakyat) yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak kerajaan untuk memberi bantuan per kapita kepada sekolah sekolah ini. Tindakan ini lebih dilihat sebagai tindakan politik sempit atas alasan SAR adalah pusat melahirkan pengganas dan bertapaknya golongan pembangkang dari parti Islam. Hingga hari ini ia kekal satu tuduhan tidak berasas.

Apakah yang dimaksudkan dengan SAR? Sekolah Agama Rakyat (SAR ) adalah sekolah yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam dan tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Kelantan adalah negeri yang mempunyai paling banyak SAR.

Akibat daripada penarikan bantuan per kapita ini Negeri Kelantan di bawah pimpinan TG Dato' Nik Abdul Aziz terpaksa membelanjakan peruntukan yang sangat besar bagi memastikan Sekolah Sekolah di bawah kelolaan YIK untuk terus hidup dan memberikan pelajaran akademik dan agama secara sistematik kepada rakyatnya.

Nik Nor Madihah





Pada 12 Mac 2008 pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal telah membuktikan apa yang telah dikatakan oleh bakal PM dan Razak Baginda itu adalah tidak benar. Beliau telah muncul sebagai pelajar SPM terbaik peringkat kebangsaan tahun 2008 dengan mendapat 20A (19A1, 1A2). Adik Madihah telah mengulangi kejayaan Siti Fatimah Mukhtar pada tahun 2006, yang juga muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2). Tahniah kepada kedua-dua mereka dan ramai lagi yang telah mengharumkan nama Kelantan dan juga pelajar SAR yang pernah di cemuh satu ketika dahulu.



Pada tahun ini sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 % dalam SPM, ini termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pelajarnya buat kali pertama kali menduduki SPM. Pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus naik kepada 98.01 peratus.

Pihak JPN yang sepatutnya sama-sama meraikan kejayaan anak-anak Kelantan yang cemerlang ini telah bersikap sebaliknya. Menurut Exco kerajaan negeri Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN). Pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut itu. Pihak media aliran perdana pada mulanya seperti tidak mahu mengiktiraf kejayaan Nik Nur Madihah ini. Laporan awal tentang keputusan SPM sengaja tidak melaporkan berita tentang beliau. Hanya TV9 memberi liputan tentang Madihah tetapi menyebut beliau dari Sekolah Naim Lilbanat dan bukan dari Maahad Muhammadi Perempuan. Seperti kata Ustaz Nik Amar "Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan."

Tahniah kepada ibu Nik Nur Madihah, Puan Mariani Omar dan ayah beliau Nik Mohammad Kamal kerana telah berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang yang cemerlang. Walaupun kehidupan mereka amat sederhana dan keadaan tempat tinggal mereka nampak tidak kondusif, ini tidak menghalang Adik Nur Madihah dari memburu cita-cita beliau. Ini membuktikan harta dan taraf hidup bukan pengukur atau juga penghalang kepada kejayaan seseorang.

Rahsia kejayaan pelajar pelajar sekolah di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan. Yang pasti kepada sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama, hari ini mereka melihat sendiri apa yang berlaku dengan kehendak Allah adalah sebaliknya.






29 Sept 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum Sempena Ramadhan sudah sampai ke penghujung dan Syawal akan tiba, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon seribu/sejuta kemaafan terhadap segala kesalahan yang telah di lakukan samada secara siuman atau kurang siuman.

Ya ALLAH, akhir Ramadhan yang barakah ini, Muliakan dan Sayangi semua Sahabat-Sahabat ku.

Bahagiakan keluarganya.
Sihatkan tubuh badannya.
Berkati rezekinya
Kuatkan Imannya
Beri Kenikmatan ibadah padanya
Jauhkannya dari Fitnah
Suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunannya
Masukkan dia ke dalam SyurgaMU tanpa hisab
Amin Ya ALLAH.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

From :

Marzuki Yusoff
Wan Suhana Wan Husain
Hilmi Hisham Marzuki
Shahira Sofea Marzuki
Shafiqa Sufina Marzuki


سلامت هاري راي عيدالفطري

معاف ظاهير باطين

kalu tak bayar tterah lagi, gi lah, tok imae nok tutup keda doh

27 Feb 2008

Takrif Anak Kelantan

Pindahmilik Pesaka (Transmission) Mengikut Akta (Pembahagian) Pesaka Kecil, 1955 (Akta 98)

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa dalam Akta (Pembahagian) Pesaka Kecil, 1955 tidak ada peruntukan khas yang menjamin atau memberi perlindungan dalam hal itu untuk Negeri Kelantan. Oleh kerana tidak ada peruntukan-peruntukan khas dalam Akta (Pembahagian) Pesaka Kecil, 1955 untuk menjaga kepentingan Sek.104 Enakmen Tanah Kelantan, 1938 dan Sek. 7(vi)(a) Enakmen Simpanan Tanah Bagi Anak-anak Melayu, 1930.

Peruntukan-peruntukan dibawah Sek. 104 dan 105 Enakmen Tanah Kelantan, 1938 (No. 26 tahun 1938) dan juga peruntukan dibawah Sek. 7(i) hingga 7(vi) Enakmen Simpanan Tanah Bagi Anak-anak Melayu 1930 (No. 18 tahun 1930) menerangkan bahawa :-

  1. Sek. 104 dan 105 Enakmen Tanah Kelantan, 1938, menegah tanah-tanah yang dimiliki oleh Anak-anak Kelantan (native of Kelantan) daripada dipindahmilik kepada orang-orang yang bukan Peranakan Kelantan dengan tidak terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja dalam Mesyuarat.
  2. Sungguh pun begitu Sek. 7(i)(a) Enakmen Simpanan Tanah Bagi Anak-anak Melayu, 1930 pula membenarkan pindahmilik pesaka (Transmission) bagi tanah-tanah yang dimiliki oleh orang-orang yang bukan Melayu kepada orang-orang yang bukan Melayu yang lain yang terdiri dari anak-anaknya yang sebenar (natural heirs), suami atau isteri (spouse), ibubapa, adik beradik atau dalam hal seorang kanak-kanak yang belum cukup umur kepada Penjaga/Pemegang Amanah atau kepada seorang Pentadbir yang dilantik, megikut mana-mana yang berkenaan.
  3. Mengikut sek. 13(5) Akta (Pembahagian) Pesaka Kecil, 1955 PHT selaku Hakim Pesaka, boleh membuat perintah, jika berpuashati, supaya tanah-tanah yang telah dijual oleh simati, dipindahmilik kepada seorang pembeli yang sebenar (purchaser). Sek.2 Akta (Pembahagian) Pesaka Kecil, 1955 mentakrifkan ‘pembeli yang sebenar’ (purchaser) dan juga diterangkan dalam Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan galian Persekutuan Bilangan 9/1975 bagaimana salinan berkembar.
  4. Kuasa-kuasa dibawah Sek. 13 dan 15 Akta (Pembahagian) Pesaka Kecil, 1955 ini nampaknya tidak ada apa-apa sekatan atau pengecualian, tentang siapa yang akan menerima pindahmilik pesaka bagi tanah itu, pada hal sek. 104 Enakmen Tanah Kelantan, 1938 dan Sek. 7(vi)(a) Enakmen Simpanan Tanah Bagi Anaka-anak Melayu, 1930 menyekat pindahmilik dibawah Akta (Pembahagian) Pesaka Kecil 1955.
Takrif Anak Kelantan

  1. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, bapanya seorang Melayu;
  2. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan, ibunya seorang Melayu dan bapanya seorang Islam;
  3. Seseorang yang dilahirkan di mana-mana, yang mana bapanya seorang Melayu yang dilahirkan di Kelantan;
  4. Seseorang yang dilahirkan di mana-mana jua tetapi ibubapanya orang Melayu dan telah bermastautin di Kelantan sekurang-kurang 15 tahun;
  5. Seseorang yang dilahirkan di Kelantan dan bapanya juga dilahirkan di Kelantan.