Showing posts with label tuya. Show all posts
Showing posts with label tuya. Show all posts

7 Jan 2013

Silap Pilih Kawan Hidup Tak Keruan

Silap Pilih Kawan Hidup Tak Keruan

A Kadir Jasin

ALTANTUYA, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya,
Deepak Jaikishan dan PI Bala.
Mat Tunjang Enterprise ke mana perginya?
Dalam Malaysia macam-macam ada.

Altantuya, wanita jelita dari Mongolia.
Matinya ngeri di bumi Malaya.
Dua mata-mata meringkuk di dalam penjara.
“Kekasih” Altantuya hidup senang di luar negara.
Mentornya di Malaya menghadapi bala.

Ayah Pin dah lama tak dengar cerita.
Mungkin di bumi, mungkin juga di angkasa raya.
Tapi boleh jadi ada di Terengganu kita.

Abu Ya sudah di alam baqa,
tetapi pengaruhnya, mengikut tiong yang pandai berkata-kata, masih ada.
Alahai, di Malaysia macam-macam cerita ada.

Altantuya, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya.
Kita semua dah kenal mereka.
Tapi Deepak Jaikishan ni siapa pula?
Yang kita dengar, dia ni peniaga.
Jual permaidani itu kerjanya.

Tapi, macam mana tiba-tiba
nampak macam dia tahu banyak berkenaan para pembesar kita?
Adakah dia terkenal di Putrajaya
atau mudah keluar masuk Seri Perdana?

Tiba-tiba timbul semula cerita PI Bala dan Altantuya.
Adakah kebetulan saja atau kerana kencangnya tiupan angin pilihan raya?
Atau kerana berebut harta pusaka dan projek berjuta-juta?

Altantuya, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya.
Datuk nenek kita ada berkata, buat baik berpada-pada,
pilih kawan biarlah kena.
Kawan baik bawa bahagia,
kawan jahat bawa bencana.

Kawan ada bermacam-macam kawan.
Ada kawan sehidup semati.
Ada kawan sekadar bersenang hati, pergi makan dan pergi joli.
Tak kiralah di Siam atau Itali.

Bila dapat kitalah sahabat,
bila tak dapat kitalah yang jahat.

Masa baik semua jalan.
Bila bergaduh, keluarlah dokumen, filem dan rakaman.

Altantuya, Altantuya, Deepak Jaikishan dan PI Bala.
Pilih kawan biarlah kena.
Serapah jampi jangan percaya.
Kemenyan dan mantera membawa dosa.
Silap berkawan bawa bencana, hidup susah, jiwa merana.

Bila orang tuduh jangan diam saja.
Takut-takut ada orang yang percaya.
Apatah lagilah kalau kita orang berkuasa.
Nama baik kena jaga.
Jawablah mereka jangan tiada atau saman berjuta-juta.

Ingatlah kata datuk nenek kita.

Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Fitnah akan membawa celaka, kalau tidak dinafi dan disanggah.

Bila berkawan biar berpadan.
Ada batas ada sempadan.
Kawan dalam kesusahan, itulah yang sebenarnya kawan.

Bukan kawan ketika matahari terang kerana bila gelap menjelang, mereka akan lari lintang-pukang. Silap-silap, mereka tikam pula depan dan belakang.

Wallahualam.

23 Dec 2012

Aku Masih Belum Pergi

Aku Masih Belum Pergi

Mungkin mereka boleh beritahu, tidak kah rakyat kamu patut tahu mengapa AKU  dibunuh?
Sudahkah Si Patail mendedahkannya di mahkamah atau di luar mahkamah?
Mengapa tidak!
Rupa-rupanya orang yang membunuh AKU  tidak mengenal ku
Jadi mengapa mereka menembak AKU  di kepala dan meletupkan tubuh ku hingga bersepai?
Adakah mereka ini berpangkat biasa!?
Bukankah pegawai tindakan khas  bertidak atas arahan!?
Jikalau YA, adakah sesiapa yang memberi arahan!?
Jadi siapa yang memberi arahan itu!?
Mengapa tidak disiasat semua perkara-perkara itu!?
Mengapa kerajaan kamu tidak ingin dan tidak minat mendapatkan semua jawapan itu!?
Mengapa MALAYSIA mengelak soalan-soalan itu!?
AKU  tidak akan pergi sebelum semuanya selesai ....