23 Mar 2009

Buah Kayu

Buah-Buahan

Bil
Nama Saintifik
Kelatæ
Malaysia
English
1.
carica papaya
betik
betik
papaya
2.
garcinia prainiana
ccupu
kecupu
3.
tamarindus indica
celagi
asam jawa
tamarind
4.
artocarpus interger
cepedok
cempedak
cempedak
5.
phyllanthus acidus
cerma
cermai
6.
durio zibethinus
deriyae
durian
durian
7.
lansium domesticum hy
dokong
longkong, duku langsat
longkong
8.
annona muricata
duriyae belando, duriyae selat
durian belanda
sour sop
9.
eugenia aquea
jambu air
jambu air
water apple
10.
psidium ganjava
jambu batu
jambu batu
guava
11.
pithecellobium jiringa
jerin
jering
12.
muntingia calabura
kekuk
ceri
jamaican cherry
13.
dialium indium
keranji
keranji
14.
pithecellobium bubalinum
kerdah
geredas pasi, buah pelung
15.
keriat
sekiat
16.
mangifera odorata
kerining
kuini
kuini mango
17.
cynometra cauliflora
kkatok puru
nam nam
18.
ananas comosus
lanah
nenas
pineapple
19.
lansium domesticum
lasat
langsat
langsat
20.
annona squamosa
lonae
seri kaya, buah nona
sugar apple, sweet sop
21.
mangifera foetida
macae
bachang
horse mango
22.
shorea javanica
mata kucing
longan
23.
nephelium lappaceum
moktae
rambutan
rambutan
24.
artocarpus heterophyllus
nakœ
nangka
jackfruit
25.
cocos nucifera
nyœ
kelapa
coconut
26.
mangifera indica
pauh
mangga
mango
27.
parkia specisu
peta
petai
28.
musa sapientum
pisæ
pisang
banana
29.
baccaurrea motleyana
ramba
rambai
rambai
30.
manilkara achras
sawœ nilœ
ciku
sapodilla
31.
bouea macrophylla
setar
kundang
32.
sandori koetjape
setœ
sentul
sentul
33.
garcinia mangostana
ssettor
manggis
mangosteen
34.
citrullus lanatus
timun cinœ
tembikai
water melon
35.
malus domestica
topoh
epal
apple
36.
anacardium occidentale
tteræ
gajus
cashew
37.
vitis
zabit
anggur
grapes

16 Mar 2009

Nik Nor Madihah dan SAR

Bantuan Per Kapita

Kerajaan Malaysia menghentikan bantuan per kapita kepada SAR pada 25 Oktober 2002. Antara alasan yang diberi ialah Najib mengatakan bahawa SAR berkemungkinan menjadi pusat melatih pengganas, dan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategi Malaysia (MSRC) pada ketika itu, Abdul Razak Baginda pula menyatakan bahawa murid SAR berpotensi direkrut menjadi pengganas (Berita Harian, 16 Januari 2003). Apa yang mereka katakan adalah sama: membayangkan kemungkinan bahawa SAR akan menjadi kilang yang melahirkan pengganas!

Menarik bantuan per kapita kepada SAR (Sekolah Agama Rakyat) yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan hak kerajaan untuk memberi bantuan per kapita kepada sekolah sekolah ini. Tindakan ini lebih dilihat sebagai tindakan politik sempit atas alasan SAR adalah pusat melahirkan pengganas dan bertapaknya golongan pembangkang dari parti Islam. Hingga hari ini ia kekal satu tuduhan tidak berasas.

Apakah yang dimaksudkan dengan SAR? Sekolah Agama Rakyat (SAR ) adalah sekolah yang menawarkan pendidikan formal dan sepenuh masa di peringkat rendah dan menengah dalam bidang agama Islam dan tertakluk di bawah Enakmen Negeri dan perlu berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri. Kelantan adalah negeri yang mempunyai paling banyak SAR.

Akibat daripada penarikan bantuan per kapita ini Negeri Kelantan di bawah pimpinan TG Dato' Nik Abdul Aziz terpaksa membelanjakan peruntukan yang sangat besar bagi memastikan Sekolah Sekolah di bawah kelolaan YIK untuk terus hidup dan memberikan pelajaran akademik dan agama secara sistematik kepada rakyatnya.

Nik Nor Madihah





Pada 12 Mac 2008 pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal telah membuktikan apa yang telah dikatakan oleh bakal PM dan Razak Baginda itu adalah tidak benar. Beliau telah muncul sebagai pelajar SPM terbaik peringkat kebangsaan tahun 2008 dengan mendapat 20A (19A1, 1A2). Adik Madihah telah mengulangi kejayaan Siti Fatimah Mukhtar pada tahun 2006, yang juga muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2). Tahniah kepada kedua-dua mereka dan ramai lagi yang telah mengharumkan nama Kelantan dan juga pelajar SAR yang pernah di cemuh satu ketika dahulu.



Pada tahun ini sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 % dalam SPM, ini termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pelajarnya buat kali pertama kali menduduki SPM. Pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus naik kepada 98.01 peratus.

Pihak JPN yang sepatutnya sama-sama meraikan kejayaan anak-anak Kelantan yang cemerlang ini telah bersikap sebaliknya. Menurut Exco kerajaan negeri Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN). Pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut itu. Pihak media aliran perdana pada mulanya seperti tidak mahu mengiktiraf kejayaan Nik Nur Madihah ini. Laporan awal tentang keputusan SPM sengaja tidak melaporkan berita tentang beliau. Hanya TV9 memberi liputan tentang Madihah tetapi menyebut beliau dari Sekolah Naim Lilbanat dan bukan dari Maahad Muhammadi Perempuan. Seperti kata Ustaz Nik Amar "Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan."

Tahniah kepada ibu Nik Nur Madihah, Puan Mariani Omar dan ayah beliau Nik Mohammad Kamal kerana telah berjaya mendidik anak mereka menjadi seorang yang cemerlang. Walaupun kehidupan mereka amat sederhana dan keadaan tempat tinggal mereka nampak tidak kondusif, ini tidak menghalang Adik Nur Madihah dari memburu cita-cita beliau. Ini membuktikan harta dan taraf hidup bukan pengukur atau juga penghalang kepada kejayaan seseorang.

Rahsia kejayaan pelajar pelajar sekolah di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan. Yang pasti kepada sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama, hari ini mereka melihat sendiri apa yang berlaku dengan kehendak Allah adalah sebaliknya.






14 Mar 2009

Selamat Menyambut Hari Maulud

KULIAH MAULIDUR RASUL

Tempat : Masjid Kampung Bunut Payong,
Off Jalan Kuala Krai,
Kota Bharu, Kelantan.

Penyampai : Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

Tarikh : 17 Mac 2009 bersamaan 20 Rabi'ul Awwal 1430

Hari: Selasa


Masa : Selepas Solat Maghrib
(Bermula 7:00 Malam)

Semua yang tinggal berdekatan di jemput hadir, untuk sama-sama mendapat manfaat dari Program ini. AJK Masjid akan perebah seekor lembu untuk meraikan hadirin yang akan hadir pada program tersebut. (Bukan lembu untuk MACC)

Sekian, sekadar memberi tahu.

2 Mar 2009

Katok atau Kkatok

Menyambung kembali peranan sabdu dalam Bahasa Kelantan, dimana apabila wujudnya ia dalam satu-satu perkataan, boleh mengubah sama sekali makna perkataan tersebut. perkataan pada kali ini adalah katok dan kkatok.

bakpo gambar demo ada ssini

Kkatok

Kkatok/Pak Katok (katak) adalah binatang dari jenis amfibia di rujuk sebagai Salientia (perkataan Latin untuk saltare ia itu melompat). Kkatok ada banyak jenis spesis, lebih kurang 5,000. Ia boleh hidup di kawasan tropika hingga ke sub artik, tetapi kebanyakannya di hutan hujan tropika. Jika kita perhatikan seekor kkatok, kaki belakang nya panjang, tubuh pendek, jari kaki macam itik, mata tersembul dan tiada ekor. Kkatok mudah bergerak atas darat dengan melompat atau memanjat. Kkatok makan serangga dengan menggunakan lidahnya yang panjang.

Ada berbagai jenis kkatok: kkatok air, kkatok betung, kkatok hijau, kkatok kuak, kkatok lembu (bertanduk), kkatok pisae dan yang paling ssohor, kkatok puru

Kkatok hidup dua alam. Bertelur dalam air seperti dalam parit, kolam, paloh, tali air dan lain-lain. Telur menetas mengeluarkan anak bbudu (berudu). Anak bbudu bernafas menggunakan ingsang, ada ekor dan tiada kaki dan membesar dalam air sehingga bertukar menjadi pak katok.

Kkatok sesuai dengan namanya adalah pelompat yang hebat dan merupakan pelompat yang terbaik dalam semua jenis vertebrata (binatang hok ada tulae belakae). Pak katok jenis litoria nasuta, kkatok Roket Australia boleh melompat 50 kali panjang tubuh mereka (2 inci), kira-kira 6 1/2 kaki). Jarak melompat ini berbeza mengikut spesis, jarak lompatan bergantung pada saiz, semakin besar saiz Pok Katok semakin jauh lompatannya, tetapi jarak lompatan relatif kepada saiz tubuh berkurang.

Sindrom Kkatok Rebus

Suatu perkara yang pelik ialah sekiranya kkatok diletakkan dalam bekas berisi air yang panas, ia akan melompat keluar, tetapi sekiranya diletakkan dalam bekas berisi air yang sejuk dan di panaskan perlahan-lahan, ia tidak akan melompat keluar. Akhir sekali katak itu tidak dapat menerima takat suhu itu dan katak itu mati juga akhirnya, jadi katak rebus. Sindrom kkatok rebus

Dalam hidup kita dalam masyarakat, pertambahan yang kecil dalam kuasa kerajaan, walau sekecil mana pun akan memungkinkan peningkatan lebih kuasa dalam masa akan datang. Walaupun sebenarnya peningkatan kuasa yang sangat besar dilakukan oleh kerajaan, dipandang kecil dan selesa oleh rakyat. Dalam perbandingan kisah "katak rebus", rakyat adalah katak dan pertambahan kuasa kerajaan mewakili pemanasan beransur-ansur air.

Pengajaran dari sindrom "katak rebus" ini adalah kita sebagai rakyat haruslah menjadikan diri kita sedar dan bertindkbalas terhadap segala perubahan yang dilakukan oleh kerjaan sebelum mengalami bencana yang besar. Inilah zon selesa (comfort zone) yang perlu kita elakkan sama sekali.

Peribahasa

Alim bagai katak di tepi air. : Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.

Tidak akan licin katak puru, jika senantiasa berhujan sekalipun : Orang yang memang hodoh, betapa pun diberi perhiasan, namun tiada juga akan menjadi elok.

Takkan ada katak beranakkan ular. : Orang yang pengecut takkan menjadi orang yang berani.

Seperti katak di bawah tempurung : Amat kecil pengetahuannya.

Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain.: Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak.

Putera katak : Ahli Parlimen Pasir Mas.


Katok

Katok : Pukul, ketuk
perbuatan mengenakan sesuatu pada sesuatu yang lain dengan kuat

katok ppala – pukul kepala
katok paku – ketuk paku
katok orae – pukul orang
katok meja – menghempas meja

24 Feb 2009

Pakaian Jamae Dulu


Pakaian " kasual umum " bagi majoriti lelaki Kelantan sehingga 100 tahun lepas.
Kain Punca Potong, Kain Bengkung, Kain Limar, Kain Setange Iseh dan Keris.

Kain Punca Potong : Pakaian utama untuk menutup aurat lelaki (bahagian tubuh badan yang perlu di tutup antara pinggang dengan lutut. Ianya bukan kain pelikat yang kita pakai seperti sekarang.

Kain Bengkung : Kain yang di lilit pada pinggang supaya kain punca potong tadi berada dalam keadaan kemas serta kukuh dan tidak mudah terburai. Ikat bengkung ini juga adalah sebagai tempat yang digunakan untuk menyelit keris, parang, sadat dan lain-lain senjata. Didalam kain bengkung ini juga dijadikan sebagai tempat untuk simpan sireh pinang dan rokok serta tembakau.

Kain Sseba : Kain yang dibuat sseba atas bahu. Ianya bukan kain basahan tetapi kain limar. Kain sseba dilepaskan di bahagian belakang manakala bahagian hujung kain tadi dibiarkan berjuntai atas keris. Kain sseba ini beleh digunakan buat mengesat peluh, kalau musim sejuk boleh digunakan sebagai selimut (zaman dahulu baju adalah pakaian mewah). Sekiranya ingin dijadikan sebagai basahan mandi, kain limar tidak digunakan sebab harganya mahal.

Kain Setangae Iseh : Kain yang digunakan untuk melilit kepala. Kain setangae adalah ringkasan dari sebutan kain sapu tangae dan iseh adalah susun atau gubah supaya kelihatan kemas dan menarik apabila pakai di kepala. Setangae iseh sekiranya terbuat kain batik empat segi sama yang memang di reka corak untuknya. Tapi sekiranya kain yang panjang biasa yang digunakan ini boleh juga dipanggil semutar, dililit dikepala untuk menahan panas matahari.

rujukan dari : http://lokanbertepuk.com/ dan http://dikirbarat.net/forum/sejarah/sejarah-awal-negeri-kelantan/

gambar dari :
http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=550590



11 Feb 2009

Penutur dan Apa Yang Ditutur

Renungkan apa yang dititahkan oleh DYMM Sultan Azlan Shah ketika dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.

" Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekali pun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya"

Adakah ungkapan yang sama akan diulang sekiranya diberi peluang pada hari ini, I wonder ....


Di petik dari : http://chegubard.blogspot.com/


5 Feb 2009

Retrenched Workers

Hak dan Peranan Retrenched Workers

Kalau baca kenyataan akhbar sehari dua ni, kenalin juga rasa. Dijangkakan pada tahun ini lebih 400,000 orang akan diberhentikan, tak campur lagi yang bekerja di Singapura yang akan hilang pekerjaan. Tetapi Alhamdulillah setakat ini pekerja di Kelantan masih belum merasa kesan ketara. Tahun 2008 cuma 472 orang sahaja kena berhenti dari 19 majikan. Tahun 2009 pun angka yang telibat tidak tinggi setakat ini.

Walau bagai mana pun, seorang pekerja patut tahu apa yang dia harus lakukan sekiranya perkara ini berlaku mereka.

Yang dimaksudkan dengan pemberhentian pekerja adalah penamatan kontrak perkhidmatan akibat berlaku beberapa sebab seperti penutupan syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan juga kegawatan ekonomi seperti sekarang ini.

Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja layak menerima faedah-faedah penamatan kerja minimum kerana mereka dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Perjanjian Bersama (Collective Agreement).

Akta Kerja 1955

Secara amnya, pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 yang terlibat dengan pemberhentian layak untuk menuntut faedah-­faedah berikut :-

1. Gaji Gantirugi Notis

Pekerja yang diberhentikan kerja dan tidak diberi tempoh notis penamatan perkhidmatan yang mencukupi, boleh menuntut bayaran gaji gantirugi notis (indemniti). Gaji gantirugi notis hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

2. Faedah penamatan kerja

Pembayaran faedah pemberhentian kerja mesti mengikut ketetapan di dalam kontrak perkhidmatan, tetapi jangan kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-­faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955, iaitu:­

  1. jika pekerja telah bekerja kurang daripada 2 tahun, diberi 10 hari gaji bagi setiap tahun bekerja;
  2. jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun diberi 15 hari gaji bagi setiap tahun bekerja; atau
  3. jika pekerja telah bekerja 5 tahun atau lebih diberi 20 hari gaji bagi setiap tahun bekerja; dan
  4. pro-rata bagi tempoh perkhidmatan yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.

Kaedah pengiraan yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980 ialah :-

Gaji 12 bulan x Bil Tahun Bekerja x Kelayakan**
365 hari

** [10 hari/15 hari /20 hari]

Adalah menjadi hak bagi pekerja mendapat butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah penamatan dan juga cara mengiranya. Faedah penamatan kerja itu mesti dibayar selewat-lewat 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.

Sekiranya ada baki cuti tahunan bayaran hendaklah di buat sebagai ganti, dan pekerja-pekerja yang terlibat boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Tapi kalau pekerja itu adalah ahli kesatuan sekerja dan menandatangani CA, dia layak kepada perkara-perkara berikut :-

i. Pampasan yang dinyatakan di dalam CA atau

ii. Pemulihan Kerja, sekiranya pekerja tidak puas hati diberhentikan oleh majikannya.

Pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau CA, jumlah pampasan yang akan diterima tertakluk kepada terma dan syarat di dalam kontrak perkhidmatan atau budi bicara majikan. Mereka boleh mendapat nasihat selanjutnya dari Jabatan Perhubungan Perusahaan.

Kalau ada yang kena berhenti kerja, saudara saudari boleh ambil langkah berikut:-

i. Lapor kepada JTK, cadangan atau tindakan pemberhentian yang akan atau telah berlaku.

ii. Pergi ke pejabat JTK untuk berdaftar. Macam biasa bawa lah kad pengenalan, sijil dan dokumen lain yang berkaitan. Kalau malas nak pergi ke ofis JTK boleh juga daftar online di http://www.jobsmalaysia.gov.my/.

iii. Pastikan dibayar pampasan atau faedah penamatan kerja.

iv. Kalau dapat kerja lain khabarkan lah kepada JTK.

v. Kalau susah atau tak dapat kerja daftar lah untuk latihan kemahiran di institusi yang sesuai.

Bagi saudara kita yang bergelar majikan walaupun dalam keadaan gawat seperti ini, kalau boleh elak memberhentikan pekerja elak lah, kesian mereka. Anak-anak nak ke sekolah, sewa rumah nak kena bayar. Pinjaman perumahan juga nak kena bayar, kalau tidak rumah mungkin dilelong, kereta mungkin kena tarik. Kalau boleh ikhtiar, try lah langkah-langkah berikut :-

i. Tak usah ambil pekerja baru, melainkan tak dok arah.

ii. Hadkan masa OT, kerja pada hari rehat mingguan dan cuti am.

iii. Kurangkan hari bekerja dalam seminggu, kurangkan bilangan kerja syif atau kurangkan waktu kerja harian.

iv. Adakan program reskilling kepada pekerja.

v. Fikirkan kerja alternatif atau pertukaran ke department lain.

vi. Habih tak dok arah, berhentikan sementara (lay-off). Caranya adalah melakukan temporary shut-down dengan memberikan gaji hok munasabah dan bantu mereka dapat kerja sementara di tempat lain. Ini sehingga tuan mula balik operasi. Saudara kena lapor ke JTK tempoh lay-off ini.

vii. Langkah akhir, selepas langkah penjimatan kos lain sudah dibuat, kurangkan gaji pekerja (pay-cut). Tapi buatlah secara adil. Langkah v,vi dan vii kena ada persetujuan bertulis dari pekerja atau kesatuan sekerja mereka.

viii. Kalau buat belako doh dan rezeki setakat tu jah, tolonglah cari kerja di tempat lain untuk ditawarkan kepada mereka.