Kain Punca Potong, Kain Bengkung, Kain Limar, Kain Setange Iseh dan Keris.
Kain Punca Potong : Pakaian utama untuk menutup aurat lelaki (bahagian tubuh badan yang perlu di tutup antara pinggang dengan lutut. Ianya bukan kain pelikat yang kita pakai seperti sekarang.
Kain Bengkung : Kain yang di lilit pada pinggang supaya kain punca potong tadi berada dalam keadaan kemas serta kukuh dan tidak mudah terburai. Ikat bengkung ini juga adalah sebagai tempat yang digunakan untuk menyelit keris, parang, sadat dan lain-lain senjata. Didalam kain bengkung ini juga dijadikan sebagai tempat untuk simpan sireh pinang dan rokok serta tembakau.
Kain Sseba : Kain yang dibuat sseba atas bahu. Ianya bukan kain basahan tetapi kain limar. Kain sseba dilepaskan di bahagian belakang manakala bahagian hujung kain tadi dibiarkan berjuntai atas keris. Kain sseba ini beleh digunakan buat mengesat peluh, kalau musim sejuk boleh digunakan sebagai selimut (zaman dahulu baju adalah pakaian mewah). Sekiranya ingin dijadikan sebagai basahan mandi, kain limar tidak digunakan sebab harganya mahal.
Kain Setangae Iseh : Kain yang digunakan untuk melilit kepala. Kain setangae adalah ringkasan dari sebutan kain sapu tangae dan iseh adalah susun atau gubah supaya kelihatan kemas dan menarik apabila pakai di kepala. Setangae iseh sekiranya terbuat kain batik empat segi sama yang memang di reka corak untuknya. Tapi sekiranya kain yang panjang biasa yang digunakan ini boleh juga dipanggil semutar, dililit dikepala untuk menahan panas matahari.
rujukan dari : http://lokanbertepuk.com/ dan http://dikirbarat.net/forum/sejarah/sejarah-awal-negeri-kelantan/
gambar dari : http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=550590
1 comment:
Terima kasih tuan, Pok Mae rasa sungguh bermaklumat sekali.
Post a Comment