Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Tuanku Ismail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra telah diputerakan di Istana Jahar, Kota Bharu pada 11hb. November 1949. Baginda adalah putera tunggal dan anakanda bongsu kepada Al Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Sultan Yahya Petra dan Al Marhumah Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Zainab 2.
Baginda Sultan menerima pendidikan asas dan didikan dalam ilmu keagamaan serta pengetahuan istiadat Raja-Raja Negeri Kelantan Darul Naim sejak dari kecil lagi. Baginda menerima pendidikan formal di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan kemudian mendalami pengetahuan akademik daripada seorang guru berbahasa Inggeris di istana.
Baginda dimasyurkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 11 November 1967 ketika berusia 18 tahun. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darulnaim berikutan kemangkatan ayahanda baginda yang ketika itu selaku Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Perkahwinan Baginda Al-Sultan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid telah disempurnakan pada 4hb. Disember 1968 di Istana Kota Lama , Kota Bharu. Istiadat perkahwinan itu dilakukan dengan penuh gemilang seindah tradisi turun temurun Raja-Raja Negeri Kelantan Darulnaim.
Hasil perkahwinan itu , Baginda dikurniakan empat cahayamata yang terdiri daripada tiga putera iaitu, Tengku Muhammad Faris Petra ( Tengku Mahkota Kelantan), Tengku Muhammad Fa-iz Petra ( Tengku Bendahara ), Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tengku Temenggong ) dan seorang puteri, Tengku Amalin A'ishah Putri.
Baginda ditabalkan menjadi Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan Yang Ke -28 pada 30hb. Mac, 1979 ketika berusia 30 tahun dengan gelaran Sultan Ismail Petra.
Berikut diambil dari http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=418861
Kirim pada 14-5-2009 16:58
Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra Terkena Serangan Jantung
Salam semua...
Berita menyedihkan bagi semua rakyat Kelantan. Tuanku Sultan Ismail baru sahaja dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada pukul 3 - 4 petang ini kerana serangan jantung. Baginda baru sahaja pulang dari bercuti di Pulau Perhentian semalam.
Sama-samalah kita doakan semoga baginda kembali sihat.
Baginda telah dikejarkan ke HUSM dari pkul 2 petang lagik..
- first baginda ke Jabatan Kecemasan.. (buat CPR selama 2 jam), dikhabarkan baginda menggunakan ventilator utk proses pernafasan..
- second baginda ditolak ke Wad CCU (Cardiac Care Unit) lebih kurang pkul 3.45 petang..
- third baginda dikejarkan ke Operation Theathre utk melakukan prosedur angio..
Doa ketika sakit
اللهم عافني في بدني اللهم عافني سمعي اللهم عافني بصري
اللهم إني أعوذبك من الكفر والفقر. اللهم إني أعوذبك من عذاب القبر لا إله إلا أنت
اللهم إني أعوذبك من الكفر والفقر. اللهم إني أعوذبك من عذاب القبر لا إله إلا أنت
“Ya Allah sembuhkan badanku, Ya Allah sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah sembuhkan penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kekufuran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari adzab Kubur. Tiada tuhan selain Engkau.
Semoga Baginda segera sihat...
No comments:
Post a Comment