4 Jun 2008

Doa Dari Al-Quran (4)

Doa Dari Al-Quran (4)



Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah
kesengsaraan
bagi kaum yang zalim ganas,
dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau
dari angkara kaum yang kafir. (10:85-86)


Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau
mengetahui
akan apa yang kami sembunyikan
dan apa yang kami zahirkan;
dan tiada sesuatupun di langit dan
di bumi yang
tersembunyi kepada Allah! (QS. 14:38)

Wahai Tuhan kami kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan
kepada kami untuk keselamatan agama kami. (QS. 18:10)


Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh
dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (QS. 25:74)


Wahai Tuhan kami, rahmat dan ilmu
Engkau meliputi segala-galanya,
maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat
serta menurutMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. (QS. 40:7)

No comments: