18 May 2008

Sawo nilœ


Sawo nilœ.

Mengapa agaknya di negeri lain semuanya mengenali dengan ciku, tetapi di Kelatae pulok sawo nilœ. Mungkinkah perkataan sawo nilo telah di Kelantanized dari perkataan Sapodilla ........

Nama saintifik bagi buah ini ialah Manilkara zapota, sejenis pokok berkayu yang berasal dari Mexico dan di perkenalkan di kawasan sebelah sini (Filipina) semasa penaklukan Sepanyol.

Di India di kenali dengan chikoo/sapota di India, Bangladesh sofeda , Asia Tenggara and Pakistan chikku/chiku/ciku, chico di Filipina, sawo di Indonesia, hồng xiêm (xa pô chê) di Vietnam, sapodilla di Guyana, sapodilla/rata-mi di Sri Lanka, lamoot (ละมุด) di Thailand dan Cambodia, níspero di Colombia, Nicaragua, El Salvador, Dominican Republic dan Venezuela, nípero di Cuba dan Dominican Republic, dilly di The Bahamas, naseberry di kebanyakan West Indies, dan sapoti di Brazil.

Jus Sawo Nilœ

Bahan:
2 biji sawo nilœ
1 gelas susu
2 scoop ais kerim vanilla
gula
5 ketul ais

Cara :
•      Koyak dan kerat buah sawo nilœ.
•      Masuk sawo nilœ, susu, gula ke dalam food processer dan hancurkan.
•      Tuangkan dalam gelas dan masukkan ais kerim.
•      Bahan-bahan untuk 2 gelas

2 comments:

Anonymous said...

salam. sawo niloe @ ciku. sejenis buah berperas amat kelat masa putiknya, tapi amat manis , berair bila masak betul. anih juga macam buah khurma. putiknya amat kelat tapi bila masak, sangat manis hingga sesetengah org menganggap ianya disira gula/sugar/sakar.khurma @ tamar (bukan tamarhind/khurma india/ si celagi /asam jawa/ tu)boleh dikeringkan diimpot ke mulut kita di malaysia,tahan lama hingga menjadi buahan yg perlu dikeluarkan zakat dalam syariat islam. teruskan usaha anda mempromosi uniknya kelantan, that's why we love kelate.............

en_me said...

me baghu tahu.. uhuhu