Dato'
Dato ialah salah satu gelaran yang diberikan oleh Sultan kepada seseorang di Malaysia. Anugerah ini diberikan bergantung kepada kriteria atau syarat-syarat kelayakan yang diperkenankan oleh Sultan. Lazimnya, anugerah ini dikurniakan pada hari ulang tahun keputeraan raja. Isteri kepada seorang "Datuk" akan bergelar "Datin".
Pingat Kebesaran Negeri Kelantan
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) (D.K.)
- Seri Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi I) (S.P.M.K.)
- Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammad II) (D.P.M.K.)
- Paduka Mahkota Kelantan (Al-Muhammadi III) (P.M.K.)
- Seri Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) (S.J.M.K.)
- Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili II) (D.J.M.K.)
- Setia Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili III) (J.M..K.)
- Dato' Seri Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi I) (S.P.K.K.)
- Dato' Paduka Kesatria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi II) (D.P.K.K.)
- Paduka Kesateria Mahkota Kelantan (Al-Yahyawi III) (P.K.K.)
- Dato' Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I) (S.P.S.K.)
- Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K.)
- Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi III) (P.S.K.)
- Bentara Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi IV) (B.S.K.)
- Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) (A.S.K.)
- Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.)
- Seri Mahkota Kelantan (S.M.K.)
- Seri Kelantan (S.K.)
- Ahli Kelantan (A.K.)
- Pingat Bakti (P.B.)
- Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S.)
- Pingat Taat (P.T.)
- Pingat Perangai Baik (P.P.B.)
- Surat Kepujian
Datuk
Satu lagi jenis datuk adalah seorang lelaki yang merupakan bapa kepada bapa atau ibu seseorang. Kata lain bagi datuk termasuk atuk, tokwan, aki (Pahang), embah (Jawa), tok ayah, tok'bak dan tok'ki. Dalam bahasa persuratan dan bahasa istana disebut nenda.
Namun begitu di Kelantan banyak jenis tok lagi yang kita boleh jumpa
Tok
- tok bidae : bidan
- tok siyok : siak
- tok imae : imam
- tok nngulu : penghulu
- tok ggawo : penggawa
- tok llaki : suami
- tok ttuwo : mentua
- tok peraih : peraih
- tok pek : apek (bukan Khairul Fahmi Che Mat)
- tok ca : sami buddha
- tok ayoh/ tok wae/ to che' : datuk
- tok nyae : moyang
- tok sekh : orang berketurunan arab/pakistan, berkulit putih, berjambang, berbulu lebat
- tok cik/ tok su/ tok ngoh/ tok nik/ tok teh : datuk saudara mengikut pangkat masing-masing
- tok kong : patung berhala buddha biasanya yang bersaiz besar
- tok kodi : khadi
- tok ppeti : mufti
- tok wokil : wakil rakyat
- tok bagih : ketua kumpulan bagih
- tok dalae : dalang wayang kulit
- tok joro : juara dikir barat
- tok tteri : ketua kumpulan puteri
- tok selapit : tukang selampit
- tok batin : ketua kumpulan orang asli
- tok ggali/ tok sik : orang berketurunan sikh/ benggali
- tok bomo : bomoh
- tok gomo : bomoh palsu
- tok besae : besan
- tok bilal : bilal
- tok nnyadat : tukang ambil nyira kelapa
- tok guru : tuan guru dato' nik abdul aziz
- tok woli : orang yang bertaraf wali
- tok hakim : hakim
- tok arab : orang berketurunan arab
- tok pakir : peminta sedekah
- tok pa : dato' mustapha mohamad
- tok keling : orang tua keturunan india
- tok jeragan : jururagan
- tok bok : nama tempat di machang
- tok semian : nama jalan di kota bharu
Ternakan Burung Merpati Janji Pulangan Baik
Menteri Besar Kelantan Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan penduduk Kelantan mengusahakan ternakan burung merpati yang menjanjikan pulangan lebih baik berbanding ternakan puyuh. Ternakan merpati mempunyai potensi untuk dipasarkan sebagai makanan kesihatan. Beliau memperoleh idea itu ketika melawat negara Mesir tidak lama dahulu di mana perusahaan ternakan burung merpati amat menggalakkan sebagai makanan kesihatan. Tok Guru menyatakan demikian selepas merasmikan Pasar Raya Nirwana Baru, di Pekan Baru Kubang Kerian, dekat sini pada Ahad. Produk burung merpati boleh dipasarkan di pasar-pasar tani dan pasar raya kerana di Kelantan sahaja pada masa kini terdapat 17 pasar tani dan 10 buah pasar raya.
Burung Merpati (Columbia Livia)
Burung Merpati mula di ternak untuk pelbagai kegunaan sejak lebih10,000 tahun yang lalu. Susur galur nya adalah dari keturunan spesis Eurasian (rock dove) yang tinggal di cerun-cerun batu yang tinggi. Ia adalah burng yang paling akrab dengan manusia. Ia bukan sahaja menjadi binatang peliharaan tetapi juga untuk tujuan lain. Ia merupakan lambang kebebasan dan kesetiaan. Ia mempunyai berberapa kelebihan jika dibanding dengan burung-burung lain seperti :-
§ Berkemampuan mengenal medan
§ Senang menyesuaikan diri untuk kelangsungan hidupnya
§ Makanan dan penjagaannya mudah dan juga senang di kembang biakkan
§ Sangat mudah untuk dijinakkan dan mempunyai keragaman jenis.
Rekod tentang penjinakan merpati untuk dijadikan binatang peliharaan (domestication) dijumpai pada tablet tanah liat bergambar kaum Mesopotamia bertarikh lebih dari 5,000tahun, namun dipercayai tarikh sebenarnya adalah melebihi 10,000 tahun yang dilakukan oleh manusia yang mendiami dataran Tigris dan Euphrates.
Terdapat kira-kira 350 variasi merpati yang taburannya adalah di seluruh dunia kecuali di kawasan padang pasir Sahara, Antartika dan Artik. Di Eropah sahaja terdapat kira-kira 10 – 15 juta ekor merpati feral yang ditemui secara eksklusif di kawasan yang diduduki manusia, membiak di atas atau di dalam bangunan. Merpati feral atau merpati kota adalah baka dari merpati yang pernah diternak atau dijinakkan tetapi terlepas dan hidup dalam keadaan liar. Merpati hutan pula membuat habitatnya di kawasan pantai dan membuat sarang mereka di cerun-cerun di tepi pantai.
Merpati berkebolehan untuk terbang setinggi 1800 meter dan lebih. Purata halajunya pula adalah 125 km/j, tetapi ada yang telah merekodkan kelajuan sehingga mencapai 150 km/j. Merpati boleh terbang sejauh 950 km sehingga 1150 km dalam satu hari, namun pnerbangan yang paling jauh pernah dicatatkan dalam abad ke 19 adalah sejauh 11,200 km dan mengambil masa 55 hari ia itu dari Afrika ke England.
Merpati juga dikenali kerana kebolehannya untuk terbang ‘pulang’ dari jarak yang jauh dan telah digunakan dengan meluas oleh manusia bagi tujuan ini. Rujukan terawal bagi hal ini adalah sekitar 2,500 SM, dan tradisi ini telah berterusan dalam sejarah manusia.
Satu lagi keistimewaan merpati adalah kebolehannya untuk bernavigasi dengan cara mengesan medan magnet bumi dan menggunakan matahari untuk mencari haluan. Merpati boleh melihat warna sama seperti manusia, mereka juga berupaya melihat sinar ultra-ungu, sebahagian daripada spektrum yang tidak dapat dilihat oleh manusia.
Burung merpati boleh melepasi ‘mirror test’ ia itu kemampuan mengecam pembalikannya dalam cermin. Merpati adalah satu daripada 6 spesis dan satu-satunya dari golongan bukan mamalia yang mempunyai keupayaan ini.
Diet atau makanan utama bagi burung-burung merpati adalah bijirin, tetapi ia boleh berbeza mengikut spesis. Ada juga spesis yang makan buahan dan juga serangga serta cacing, manakala merpati feral yang terdapat di kota mengambil bijirin dan juga bahan buangan manusia sebagai makanan.
Burung merpati mempunyai jangka hayat yang berbeza, ada yang boleh hidup dari 3 – 5 tahun hingga ke 15 tahun. Ini adalah bergantung kepada banyak faktor termasuk pemangsa semula jadi dan juga gangguan manusia.
Semua merpati mengamalkan monogami, ia itu mempunyai pasangan yang sama untuk seumur hidup mereka. Kematangan seksual boleh dicapai dalam umur 5 – 6 bulan dan mereka boleh membiak sepanjang tahun. Selepas mengawan merpati jantan akan mula mencari tempat yang sesuai untuk membuat sarang dan menetaskan anak. Merpati tidak membina sarang di atas pokok tetapi memilih tempat yang mempunyai permukaan yang rata.
Kedua-dua merpati jantan dan betina sama-sama mengambil tugas dalam mengeram dan membesarkan anak. Merpati betina akan mengeluarkan telur pertama kira-kira 10 hari selepas proses pengawanan, manakala telur pertama akan menyusul kira-kira 44 jam kemudian. Pengeraman akan bermula sejurus selepas keluarnya telur kedua.
Burung jantan akan mengambil tugas mengeram dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang, manakala yang betina akan mengambil masa yang selebihnya. Penetasan telur akan berlaku biasanya 17 hingga 19 hari selepas bermulanya proses pengeraman. Anak-anak burung merpati (squab) mempunyai bulu berwarna kuning dan paruh berwarna pink dan masa tumbesaran mereka, dari mula menetas sehingga boleh terbang adalah 30 hari.
Merpati jantan dan betina tidak meninggalkan sarang untuk menangkap serangga untuk disuap kepada anak-anak mereka seperti burung-burung jenis lain, tetapi memberikan anak-anak mereka rembesan hasil kelenjar yang dipanggil susu merpati (pigeon milk). Ia bukannya susu yang sebenarnya kerana tiada kandungan laktosa didalamnya, namun begitu pengeluarannya adalah dirangsang oleh prolaktin, hormon yang sama yang merangsang pengeluaran susu dalam mamalia. ‘Susu’ ini kelihatan seperti keju, berwarna krim dan tinggi dalam kandungan protein nya, dan ia diberi kepada anak-anak mula dari penetasan sehingga berumur 10 hari, ia itu setelah mereka mula boleh makan bijirin.
Pembiakan merpati bagi tujuan mengembangkan saiz, bentuk warna atau sifat dikatakan bermula lebih 3,000 tahun yang lalu. Dalam tempoh masa ini pembiakan dan kacuk biak merpati untuk menghasilakn baka-baka hiasan telah menjadi satu seni. Lebih 300 jenis baka merpati wujud pada hari ini. Penjenisan merpati adalah kompleks tetapi boleh dikumpulkan dalam kumpulan berikut :-
1. Merpati Pedaging
Semua jenis merpati boleh dijadikan merpati pedaging, tetapi merpati yang termasuk jenis ini adalah Carneau, French Mondaine dan King. Sebagai hidangan, Merpati (squab) dianggap delikasi. Ianya lembut, basah dan sedap berbanding daging poultri lain, tetapi dagingnya sedikit bagi setiap ekor burung. Squab di makan di banyak negara, termasuk Perancis, Amerika, Itali, Maghribi, Mesir dan beberapa negara di Asia.
Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. dan sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kanak kanak yang diberi telur burung merpati pula didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya.
2. Merpati Pacuan
Merpati dari jenis ini dilatih untuk pulang ke rumah dari jarak yang jauh dengan kelajuan sekata sehingga mencapai 70 -80 kmj. Mereka sangat diminati kerana daya terbangnya yang kuat. Ciri-cirinya antara lain : susuk tubuh yang gagah tetapi ramping, bulu yang nipis dan keras, tonjolan pada hidungnya tebal dan besar. Merpati pacuan memiliki kemampuan terbang sejauh 200 km, tetapi kemampuan merpati jenis ini boleh mencapai 1,500 km. Antara merpati yang termasuk jenis ini adalah:
- Belgian Homer
- Tumbler
- Flying Tipper
- Flight
Burung Merpati Homer (Burung Merpati Terlatih):
Kumpulan merpati ini di latih untuk keupayaan untuk ‘balik’. Mereka juga dipelihara khas untuk pertunjukan lumba unggas. Kumpulan itu termasuk
- English Carrier
- Dragoon
- German Beauty Homer
Merpati Akrobat
Beberapa jenis dari kumpulan ini asalnya dipelihara untuk keupayaan akrobatik mereka, ia itu kebolehan untuk berpusing di udara. Namun kini telah di kacukkan sehingga sekarang di anggap sebagai sebagai merpati pertunjukan semata-mata. Kumpulan ini termasuk
- Nun
- English Short Faced Tumbler
- Magpie
3. Merpati Hiasan
Merpati-merpati jenis ini di ternak kerana seni dan kecantikannya. Ia dipandang dari sudut keindahan warna bulu dan bentuk tubuh mereka. Merpati yang termasuk jenis ini antara lain :
Merpati Bulu & Suara :
Merpati jenis ini dibiakkan untuk mengeluarkan bulu yang lebat dan untuk suara ‘ketawa’ dan deruman mereka. Merpati dari kumpulan ini termasuk
- Fantail
- Trumpeter
- Jacobin
Merpati Warna:
Kumpulan ini terdiri daripada banyak variasi merpati yang telah di biak khas, dipelihara khas untuk warna dan tanda-tanda di bulu mereka. Kumpulan itu termasuk
- Archangel
- Swallow
- Danish Suabian
Pouters dan Croppers:
Kumpulan merpati biak khas ini dipelihara semata-mata kerana keupayaan mereka untuk mengembungkan biang/dada mereka dengan udara. Kumpulan itu termasuk
- English Pouter
- Norwich Cropper
- Pigmy Pouter
Frills dan Owls:
Kumpulan ini dibiak kerana paruh-paruh mereka yang terbantut dan juga bulu-bulu di dada mereka yang luar biasa. Kumpulan ini termasuk
- Old German Owl
- Oriental Frill
- Aachen Lacquer Shield Owl
Kelantan to the Malaysia Cup Final after 39 years
Norfarhan mengakhiri penantian selama 39 untuk muncul semula dalam pertandingan akhir Piala Malaysia. Kali terakhir Kelantan dapat masuk ke pertandingan akhir adalah pada tahun 1970. Semasa itu Abae Zu baru saja berada di darjah satu, namun secara samar-samar masih teringat perlawanan yang membawa kepada pertandingan akhir itu. Abah Abae Zu seperti juga ramai orang muda pada ketika itu sangat meminati bolasepak, jadi di bawanya Abae Zu ke Stadium. Perlawanan yang dimaksudkan adalah perlawanan melawan Singapura.
Setelah seri 2-2 dalam perlawanan pertama di Singapura, Kelantan membelasah Singapura 8-0 dalam perlawanan tersebut. Kalau tak silap Singapura ingin menarik diri setelah separuh masa berlalu, tetapi menukar fikiran, sebabnya Abae Zu tak ingat, dan Abah pun tak ingat jugak.
Hero Kelantan pada ketika itu tak lain dan tak bukan Dali Omar, legenda bolasepak Kelantan yang kini menjadi rakyat Australia. Di Singapura dia sumbat 2 biji dan di Kota Bharu dia sumbat 4 gol. Pada kempen tahun itu sahaja dia dikatakan menyumbat 21 gol dari jumlah 28 gol yang diperoleh oleh Kelantan. Bersama dengan beliau adalah Hamzah Hussein, Wan Zawawi Wan Yusoff, Mahadi Yusof, Nik Leh Nik Man, Wan Hassan Come dan lain-lain yang tak dapat Abae Zu ingat.
Pada final tersebut impian Kelantan di musnahkan oleh Perak. Dua gol dalam selang dua minit dijaringkan oleh Baharin Khamis. Antara pemain Perak ketika itu ialah Wong Kam Fook, V. Krishnasamy, Rahim Abdullah dan M. Karathu.
Semoga pada kali ini harapan akan tercapai. Live the Red Warrior, selamat berjuang.
KOTA BHARU - Seorang lelaki berumur 75 tahun datang berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada di dalam air maninya. Kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok mari balik jumpa saya bersama contoh air mani pakcik di dalam botol ini”
Pada keesokan harinya, lelaki itu datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor pada hari sebelumnya. Namun begitu doktor telah mendapati botol itu kosong sahaja dan tidak ada lansung air mani orang itu. Lalu doktor pun bertanya kepada lelaki tersebut, mengapa tak diisi spesimen air mani ke dalam botol tersebut.
Lelaki itu menerangkan. "Tuae doktor, cerita nyo lagu ni, mula mula tu ambo guna tangae kanae, tak leh. Pah tu ambo cuba pulok tangae kiri, pun tak leh jugak. Puah tera ambo mintak tulong orae tino ambo pulak. Mula mula dia guno tangae kanae tapi taktak leh, pah tu guna tangae kiri pun tak leh jugak. Lengoh guno tangae dia cubo dengae mulut pulok. Mula mula dia tak paka gigi, tetu la tak leh, pah tu dia paka gigi pulok. Mulo mulo dia kekoh koho koho, tak leh. Tak cekat nak cubo, dio gerae, dio kekoh abih reng sapa patoh gigi tapi tak jjadi jugok. Susah sungguh. Akhir sekali orae ttino ambo gi panggil Siti, anok orae hok dok sebeloh rumoh. Dia pun tera jugok guno tange duo duo beloh, guno mulut, guno gigi tapi tak leh leh jugok." Terang lelaki itu.
Doktor amat terperanjat. "Apo..! Pak Cik mintak tolong anak perempuan jiran Pak Cik.??!!!!"
Lelaki tua itu menjawab lagi. "Betul tuae doktor, macae macae caro kito guna, tapi tak leh leh jugak nok buko ..............TUDUNG BOTOL nih...!"
Tuae Doktor : Tuan Doktor
tangae kanae : tangan kanan
puah tera : puas try (mencuba)
orae ttino : isteri
lengoh : penat
kekoh : gigit
tak cekat nak cubo : penat mencuba
gerae : geram
abih reng : sekuat hati
tak jjadi : tidak berjaya
Kadar Zakat Fitrah 1430 Hijrah
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM6.90 tahun ini berbanding RM7.60 tahun lepas. Ianya dibuat setelah mendapat persetujuan jemaah ulama dan diperkenankan oleh Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra. Maik menjangkakan dapat memungut RM7.5 juta daripada zakat fitrah tahun ini.
Maik melantik 579 amil terdiri daripada imam dan pegawai masjid, termasuk pegawai agama di kem tentera, polis, penjara dan pusat-pusat tahanan di seluruh negeri untuk mengutip bayaran zakat. Maik juga membuka kaunter khidmat rundingan di tempat-tempat tumpuan awam, termasuk di Pasar Raya Tesco mulai 1 hingga 12 Sept.
Kadar zakat di seluruh negara tahun ini ditetapkan antara RM5 dan RM8 seorang mengikut negeri yang berdasarkan harga beras yang terdapat di pasaran. Berikut adalah kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri di Malaysia.
1 Kelantan - RM6.90
2 Johor - RM5.00 Hingga RM8.00
3 Kuala Lumpur - RM5.00 Hingga RM8.00
4 Terengganu - RM5.00 Hingga RM8.00
5 Kedah - RM7.00
6 Pahang - RM7.00
7 Perak - RM7.00
8 Pulau Pinang - RM7.00
9 Selangor - RM7.00
10 Sabah - RM6.60
11 N.Sembilan - RM6.50
12 Melaka - RM6.30
13 Perlis - RM6.00
14 Sarawak - RM6.00
Panduan Menghadiri Karnival Pekerjaan
- Sediakan strategi bagi memaksimumkan masa tuan/puan di acara ini. Jangan habiskan masa bersama majikan yang tidak menjadi pilihan anda.
- Daftarkan diri di tempat pendaftaran. Cuba dapatkan senarai majikan yang hadir di Pesta tersebut.
- Jangan mengabaikan majikan hanya kerana mereka mengadakan pengambilan bagi jawatan yang di luar bidang anda; ambil masa untuk ‘network’ (berkenalan) dengan pegawai mereka dan cuba dapatkan nama bagi Pengurus yang membuat pengambilan.
- Kalau boleh, cuba lakukan penyelidikan asas bagi setiap majikan yang anda harap untuk bertemuduga pada masa Pesta Pekerjaan itu. Soalan yang biasa ditanya semasa temuduga di tempat ini oleh pegawai penemuduga ialah “Kenapa anda ingin bekerja dengan syarikat kami”.
- Jangan hanya meninggalkan resume anda di meja Syarikat dan terus berlalu.
- Cuba sediakan ‘iklan’ satu minit yang memberi fokus kepada kekuatan yang anda miliki dan boleh disumbangkan kepada bakal majikan. Bersedialah untuk soalan-soalan temuduga yang biasa ditanya.
- Jangan rasa takut atau terancam oleh kehadiran penemuduga, mereka di sana untuk melakukan kerja mereka; ia itu untuk berjumpa dan menapis bakal pekerja mereka.
- Bersedialah untuk menceritakan tentang pengalaman kerja, kemahiran dan kebolehan. Bagi yang baru lepas belajar, sediakan jawapan bagi soalan tentang CGPA anda. (Gunakan CGPA, major, kursus, tempat belajar yang dapat menunjukkan kekuatan anda)
- Cuba sediakan soalan yang sesuai ditanya untuk setiap majikan, tetapi jangan tanya soalan yang sepatutnya diketahui umum seperti “Apakah yang Syarikat Tuan lakukan”.
- Cuba sebutkan nama penemuduga beberapa kali semasa perbualan anda dengan mereka, walaupun terpaksa menjeling kepada ‘name tag’ nya. Kalau boleh cuba juga dapatkan ‘business card’ (sekurang-kurang nya ‘contact information’) dari setiap majikan.
- Jangan lupa untuk menghindari sebarang kebiasaan yang tidak baik seperti bermain-main dengan rambut, mengunyah ‘chewing gum’, menggelisah, memegang hidung, dll.
- Cuba ingatkan segala kunci kepada kejayaan temuduga. Ini termasuklah genggaman semasa berjabat tangan, senyuman yang mesra, ‘eye contact’ dan suara yang bertenaga.
- Cuba hindari dari menggunakan perkataan seperti ‘um’, ‘aa’, dll.
- Bawalah salinan resume yang secukupnya. Kalau boleh sediakan berbagai versi resume anda sekiranya mencari berbagai jenis jawatan.
- Cuba ambil kesempatan masa yang anda peroleh untuk membina ‘rapport’ (hubungan) dengan setiap majikan, tetapi jangan memonopoli masa mereka.
- Jangan sesekali pergi ke ‘booth’ majikan dan mencelah temuduga orang lain; tunggu giliran anda dan cuba bersopan.
- Berpakaianlah secara profesional. Pakailah kasut yang selesa dipakai.
- Jangan bazirkan peluang untuk ‘network’, bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada sesama pencari kerja dan juga pengunjung yang datang ke Pesta itu.
- Jangan sebutkan apa-apa perkara yang negatif tentang kolej atau jawatan, syarikat atau penyelia anda yang lepas.
- Cuba tanyakan tentang proses pengambilan bagi setiap syarikat, tetapi jangan tanya terlalu banyak soalan tentang gaji, cuti atau ganjaran-ganjaran lain.
Kelantan Trade Centre
Pusat Dagangan Kelantan atau lebih dikenali dengan Kelantan Trade Centre (KTC) kini telah siap. Sekiranya Tuan Puan berada di sekitar Kota Bharu, tentunya akan terpandang bangunan ini. Ia terletak di Jalan Bayam, berdekatan dengan Stadium Sultan Mohd IV, Medan Usahawan, Perpustakaan Awam dan lebih tepat lagi di antara Hospital Pakar Perdana dan Hotel Perdana. Ia akan menjadi mercu tanda baru di Negeri Kelantan.
Senibinanya berkonsepkan Islam, tentu saja. Projek ini dibangunkan secara usaha sama di antara PKINK dan Kumpulan Kelkon. Ia diuruskan oleh KTC Convention & Apartment Sdn Bhd, sebuah anak syarikat.
KTC mempunyai komponen seperti berikut :-
1 Blok 8 Tingkat Office Tower :
- 6 Tingkat Ruang Pejabat (8,000 kp/tingkat) & 2 Tingkat Retail
- 3 Convention Center (16,500 kp)
1 Blok 18 Tingkat Apartment Tower:
- 255 Unit Service Apartment
- 4 Unit Penthouse
- Bistro / Cafe ( 3,000 kp) terdiri dari dapur dan tempat makan
- Conference Room terbahagi kepada 2 ia itu North Wing & South Wing
Karnival Pekerjaan
Tempat kawae kerja akan beguri mengadakan event yang pertama di KTC. Pada 11 & 12 Julai 2009 Jabatan akan mengadakan Program Penempatan Pekerjaan (3P) @ Karnival Pekerjaan @ Jobfair. Pada hari-hari tersebut sejumlah majikan akan mengadakan aktiviti temuduga terbuka, bagi mendapatkan pekerja-pekerja baru. Pencari kerja yang terdiri dari berbagai peringkat (ijazah, diploma, STPM, SPM dan lepasan kemahiran) biasanya akan berebut-rebut datang untuk mendapatkan peluang kerja. Majikan adalah terdiri dari berbagai industri dan dari dalam dan luar Kelantan.
Pada hari tersebut juga, para penganggur akan berpeluang mendapatkan peluang kemahiran melalui Program Train & Place. Penyedia-penyedia latihan akan juga berada di sana bagi menyaring peserta-peserta yang sesuai untuk tempat mereka. Para graduan, belia dan pekerja yang diberhentikan kerja akan dapat memilih kursus-kursus yang digemari oleh mereka. Lepasan program Train & Place ini akan diberikan peluang kerja setelah tamat kursus kelak. Kalu tak dok kejo molek benar sertai.
Majikan yang akan mengadakan temuduga terbuka ada sebanyak 23, Penyedia Latihan sebanyak 20 dan juga ada 11 agensi awam yang akan mengadakan pameran hari terbuka masing-masing.
Kalau nak tahu lanjut pasal program ni boleh lah hubungi nombor ini, 09-7481870.