Kelantan to the Malaysia Cup Final after 39 years
Norfarhan mengakhiri penantian selama 39 untuk muncul semula dalam pertandingan akhir Piala Malaysia. Kali terakhir Kelantan dapat masuk ke pertandingan akhir adalah pada tahun 1970. Semasa itu Abae Zu baru saja berada di darjah satu, namun secara samar-samar masih teringat perlawanan yang membawa kepada pertandingan akhir itu. Abah Abae Zu seperti juga ramai orang muda pada ketika itu sangat meminati bolasepak, jadi di bawanya Abae Zu ke Stadium. Perlawanan yang dimaksudkan adalah perlawanan melawan Singapura.
Setelah seri 2-2 dalam perlawanan pertama di Singapura, Kelantan membelasah Singapura 8-0 dalam perlawanan tersebut. Kalau tak silap Singapura ingin menarik diri setelah separuh masa berlalu, tetapi menukar fikiran, sebabnya Abae Zu tak ingat, dan Abah pun tak ingat jugak.
Hero Kelantan pada ketika itu tak lain dan tak bukan Dali Omar, legenda bolasepak Kelantan yang kini menjadi rakyat Australia. Di Singapura dia sumbat 2 biji dan di Kota Bharu dia sumbat 4 gol. Pada kempen tahun itu sahaja dia dikatakan menyumbat 21 gol dari jumlah 28 gol yang diperoleh oleh Kelantan. Bersama dengan beliau adalah Hamzah Hussein, Wan Zawawi Wan Yusoff, Mahadi Yusof, Nik Leh Nik Man, Wan Hassan Come dan lain-lain yang tak dapat Abae Zu ingat.
Pada final tersebut impian Kelantan di musnahkan oleh Perak. Dua gol dalam selang dua minit dijaringkan oleh Baharin Khamis. Antara pemain Perak ketika itu ialah Wong Kam Fook, V. Krishnasamy, Rahim Abdullah dan M. Karathu.
Semoga pada kali ini harapan akan tercapai. Live the Red Warrior, selamat berjuang.
No comments:
Post a Comment