1 Feb 2010

Kepala (Ppala)

Ppala (kepala)

1. Dalam anatomi, ppala (kepala) adalah bahagian rostral (menurut istilah lokasi anatomi) yang biasanya terdiri dari otak, mata, telinga, hidung, dan mulut (yang kesemuanya membantu pelbagai fungsi pengesan seperti penglihatan, pendengaran, hidu, dan sentuhan). Sakit ppala sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening)

2. Bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ppala paku (skru, jarum peniti, dll) ppala surat

3. ketua (pejabat, perkumpulan, pertubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll):

- lagaknya macam seorang ppala samseng yang ganas
- banyak ppala negeri pergi memberi penghormatan kpd Al-Marhum Sultan Johor

4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ppala budak itu

5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap sa ppala


  • ppala air : permulaan atau penghabisan air bah, lidah air
  • ppala angin :a) angin yg mendahului angin ributb) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang)c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh

  • ppala bahu : bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan
  • ppala batu : keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang)
  • ppala berat = berat ppala : tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu
  • ppala berita : kata-kata terpenting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita)
  • ppala dingin = dingin ppala : penyabar (tenang, tidak lekas marah)
  • ppala dua : (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja)
  • ppala gigi : bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging)
  • ppala kain (sarung) : bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu
  • ppala karangan : tajuk karangan
  • ppala keluarga : orang yg mengetuai sesuatu keluarga
  • ppala kereta api : bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, lokomotif
  • ppala kodi : ppala perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain)
  • ppala kongsi : ketua gerombolan jahat
  • ppala mayat: bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati
  • ppala negeri : ketua negara (spt raja atau presiden)
  • ppala paip : bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup)
  • ppala payung : puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali)
  • ppala perang: pemimpin pasukan perang
  • ppala pengat : ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll)
  • ppala pintu : bahagian betul-betul di sebelah atas pintu
  • ppala raja : setem (tanda penjelasan bayaran pos dll)
  • ppala ribut :
    a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar)
    b) orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan
  • ppala santan : santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal)
  • ppala surat : pendahuluan atau permulaan surat
  • ppala tangga : pangkal ibu tangga
  • ppala tiang : bahagian atas tiang
  • ppala jendela : bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap
  • ppala tongkat : hulu tongkat
  • ppala udang : sangat bodoh
  • ppala batu : keras hati, sangat degil
  • pati ppala kerbau : parti sosialis rakyat malaysia
  • ppala lutut : lutut

No comments: