3 Feb 2010

Bbadi atau Badi

Bbadi atau Badi

Bbadi

Baddi tidak boleh dikelirukan dengan badi, kerana ia membawa maksud yang amat berbeza. Bbadi mengikut sebutan orang kelantan memberi maksud suka berlumba-lumba, dalam cuba mengatasi satu sama lain. Bagi orang Kelantan bila di sebut 'bbadi dengae orae panda', membawa maksud cuba untuk menghampiri standard orang yang lebih pandai.


Sebenarnya bbadi bukan boleh ditukar dengan berlawan, kerana bbadi membawa konotasi pertandingan dikalangan sahabat dan berlawan pula membawa maksud tidak mesra dan ada unsur konfrontasi. Baddi adalah lebih kepada satu peraduan (contest). Mari baddi nyelae adalah satu cabaran untuk melihat yang boleh menahan nafasnya lebih lama dalam air. Sudah tentu terdapat peraduan-peraduan lain dan cabar mencabar dikalangan budak-budak lelaki dalam melalui alam membesar dan itu memberi erti perkataan baddi.


bule poso nih molek bena lah kalu kito pakat-pakat bbadi kumpul "duit" akhirat, marilah kito samo-samo hidupkae bule poso nih.
bulan puasa ni elok benarlah kita sama-sama berlumba mengumpul "duit" akhirat, marilah kita sama-sama hidupkan bulan puasa ni.

baso jenih tak nngaji sekoloh belako, nok buat guano, nok bbadi kerah keng, nok baddi tunjuk hanelang .
sudah dari jenis yang bodoh belaka, nak buat macam mana, sama-sama nak tunjuk keras kepala, sama-sama nak tunjuk siapa lebih kuat.

tak dae 15 minit kkecek, Joe pun bbadi tukar nombor telepon dengae budok ttino tu, budok tu nok jugok ke Joe, sebab derah jah bui nombor telepon dia
belum sampai 15 minit bercakap, Joe pun saling bertukar nombor telefon dengan budak perempuan itu, budak itu pun agaknya sukakan Joe kerana tak teragak-agak memberikan nombor telefonnya.

kalu nok sebut bbadi main jahat gak, buke puok Kelatae sajo hok jahat, puok Selangor pun main jahat jugok.
kalau nak dibandingkan siapa yang main kasar, bukan Kelantan saja, pasukan Selangor pun main jahat juga.


Badi

Badi mengikut kepercayaan masyarakat Melayu ia nya kesan buruk yg dialami oleh seseorang seperti sakit (demam dsb) kerana mendekati bangkai binatang atau orang yg mati terbunuh terkena badi kerbau. Badi juga boleh membawa maksud kelakuan luar biasa yang didapati pada masa dilahirkan, kebiasaannya menyerupai sesuatu jenis binatang seperti kera, anjing, dsb,

budak itu kena badi kera

lekat badi = menggerenyet : a stern habit that builds in the system. At anytime the muscle would twitch, making a jerky movement of a muscle, When it does it would look up, backward or side ways etc.



No comments: