15 Aug 2012

Permainan Bola Awa

Bola Awa

Di tahun 60’an dan awal 70’an sebelum generasi TV, kanak-kanak berhibur dengan berbagai permainan. Biasanya permainan-permainan ini dimainkan secara berkumpulan dimana sekumpulan kanak-kanak sebaya, tidak kira lelaki atau perempuan akan bermain bersama-sama. Permainan mereka sangat ‘simple’ dan tidak memerlukan ‘gadget’ yang mahal atau kompleks.

Dulu-dulu bagi orang dewasa pula, hiburan mereka adalah dalam bentuk ttewah (pertandingan) seperti ttewah kertok dan bbana (rebana), juga ttewah burung ttitir. Mereka juga berhibur dengan persembahan dikir barat, dikir llaba, wayang kulit, nnora (menora), tteri (puteri) dan rebab. Sekali sekala mereka dihiburkan oleh tayangan wayang gambar dari Jabatan Penerangan dalam bentuk wayang pacak.

Bagi rakan-rakan yang berumur nak masuk 50’an nama-nama permainan berikut mungkin akan mengembalikan nostalgia pada zaman dahulu yang serba sederhana dan serba naif.

Coh, Nnusuk, Dekcak, Bola Katok, Bbidah Para, Belaga Buah Getah, Pelaga Ikae Sepilar dan Buah Getah

Bedil Terong Manggo, Bedil Buah Terajae dan Redas Tin Susu.

Tehe Burung Serindit, Ppulin, Candik. Tehe Taut, Cari Ikae Sepilar, Naik Wau dan Main Bola Awa.

Permainan Bola Awa

Bola awa dimainkan dalam bentuk berpasukan, dan bilangan pemain tidak terhad dari 4 sepasukan hingga 10 sepasukan bergantung kepada bilangan peserta yang ada. Gelanggang khas tidak diperlukan, cuma memerlukan kawasan yang sederhana luas sahaja. Peralatannya hanyalah memerlukan sebiji bola kecil sahaja seperti bola getah atau bola kaduk (bola tennis) dan satu tin susu untuk dijadikan tuku (home base).

Permainan dimulakan dengan pengundian untuk memilih peserta dalam pasukan, ini adalah supaya ‘adil’. Setelah peserta pasukan dipilih, kedua-dua pasukan akan mengundi untuk menentukan siapa akan mula dulu. Biasanya ini dilakukan dengan o-song. Setelah selesai pengundian, satu pasukan akan mula memukul bola dan satu pasukan lagi akan menunggu bola yang dipukul. Matlamat pasukan yang menunggu adalah untuk menangkap bola yang dipukul kearah mereka itu untuk ‘ko’kan pihak lawan, atau paling tidak, menahan bola itu dari pergi jauh dari tempat ‘tuku’.

Pihak lawan yang menangkap bola yang dipukul akan menggeleknya ke arah tin susu yang dijadikan tuku, sekiranya bola mengena pada tuku itu maka giliran orang yang melakukan pukulan akan berakhir dan diambil alih oleh pemain seterusnya. Sekiranya bola tidak kena pada tuku, pemain tersebut boleh meneruskan kepada buah (pusingan) seterusnya. Ini akan diulangi sehingga semua pemain dalam pasukan yang memukul (bbowok) mati.

Ko akan berlaku apabila bola dapat disambut tanpa jatuh ke tanah (lebih kurang kriket atau baseball). Apabila ini terjadi, semua dalam pasukan yang ‘bbowok’ bola itu akan dikira mati dan pasukan lawan akan mengambil alih giliran bbowok. Pasukan yang bbowok akan bergilir-gilir memukul bola dengan berbagai buah (gaya) yang telah ditentukan.

Buah Pertama : Buah Belakang

Sipemukul (bbowok) akan membelakangi pihak lawan, bola dilambung sedikit lalu dipukul ke arah lawan. Caranya adalah dengan memukul ke bawah supaya bola dengan cepat jatuh ke tanah, dan mencari arah yang jauh dari tuku.

Buah Kedua : Buah Tepuk Dada

Orang bbowok akan menghadap ke arah lawan, bola dilambung ke atas dan sebelum pukul mesti tepuk dadanya dahulu. Buah ini amat digemari kerana senang untuk dilakukan.

Buah Ketiga : Buah Siku

Pada pusingan ini orang yang bbowok akan menghadapi sedikit kesukaran membawanya. Sebelah tangan (kanan atau kiri) akan memegang bahagian siku tangan yang sebelah lagi melalui belakang. Belah tangan yang dipengang siku itu juga akan digunakan untuk melambung dan memukul bola. Kebiasaannya di round ini lah yang pihak lawan dengan mudah dapat sambut bola dan bertukar giliran.

Buah Keempat : Buah Kut Celah Kekeng

Bola yang hendak dipukul mestilah terlebih dahulu dilambung melalui kedua kaki atau mengikut syaratnya melalui bawah lutut. Caranya ialah dengan mengangkat sedikit kaki dan tangan diletakkan dibawah bahagian lutut lalu dlambungkan bola dan seterusnya memukul bola itu.

Pusingan ini adalah sangat menyukarkan bagi pemain perempuan kerana pada masa dahulu semua perempuan memakai kain sarung dan tiada yang memakai seluar/ track walaupun semasa bermain atau melakukan aktiviti lasak.

Buah Kelima : Buah Kuda

Apabila sampai ke buah ini bermakna, satu pusingan telah hampir tamat. Pemain perlu bola dan kuda (menendang ke atas) sekuat hati. Pihak lawan sudah boleh mengagak di mana berakhirnya bola itu, jadi mereka menunggu jauh di belakang. Berakhirnya buah ini bermakna tamat lah satu round bola awa.

18 Jul 2012

RM 7.00 Kadar Zakat Fitrah Tahun 1433H

RM 7.00 Kadar Zakat Fitrah Tahun Ini

10 Julai 2012 (Selasa) -  Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Kelantan kekal pada RM7 tahun ini, kata Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) Datuk Kamaruddin Mohd Zin. Beliau berkata ketetapan tersebut diputus Maik selepas diperkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

"Adalah dijangkakan kutipan zakat fitrah pada tahun ini ialah RM7.9 juta berbanding RM7.8 juta pada 2011, iaitu peningkatan sebanyak 1.28 peratus. Ini disebabkan penambahan penduduk khasnya dalam kalangan umat Islam di negeri ini," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata Maik melantik 611 amil untuk memungut zakat fitrah, yang terdiri daripada imam masjid, pegawai agama di kem-kem tentera, balai polis dan pusat tahanan. Kamaruddin berkata pihaknya turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) Maxis bermula 1 hingga akhir Ramadan tahun ini.  Bagi zakat harta pula, Maik mengalu-alukan orang ramai untuk berbuat demikian di kaunter pejabat Maik yang akan dibuka mulai 21 Julai hingga 18 Ogos termasuk hari cuti umum dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

"Selain itu, pembayar zakat juga boleh membuat pembayaran melalui institusi perbankan yang dilantik Maik sebagai ejen kutipan zakat iaitu Bank Islam (M) Bhd (BIMB), CIMB, AmBank, Maybank dan Bank Rakyat.

Pembayaran boleh dilaksanakan dengan menggunakan perkhidmatan kaunter dan perbankan Internet," katanya. Katanya, orang ramai juga boleh membuat pembayaran zakat melalui pejabat pos di seluruh negeri. Kamaruddin berkata Maik memungut RM90.3 juta kutipan pelbagai jenis zakat tahun lalu berbanding RM90 juta pada tahun sebelumnya iaitu peningkatan 33.82
peratus.

"Adalah dijangkakan pada tahun ini, kita dapat memungut RM100 juta dari pelbagai jenis zakat, termasuk zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat perniagaan, zakat emas/perak, zakat saham, zakat pertanian dan zakat ternakan," katanya. – Bernama

17 Feb 2012

Kata Penguat Dalam Bahasa Kelatae

Bahaso Kelatæ 101 Siri 0014
(kompilasi.......)

basoh jjerok
sangat basah
bekok ccobong
bengkak yang kuat
belana kokna
sangat banyak
belawok kohong
sangat bohong
beletæ kalæ
sangat berselerak
belok gelekok; belok bleka
bengkang bengkuk
biru keto
biru pekat
botok ssinar
betul-betul botak
bulat ggotel
betul-betul bulat
busuk banga; busuk kohong
sangat busuk
cair llole
sangat cair
carik celober
keadaan pakaian compang camping
cema celoteng
sangat kotor
ceroh jeriloh
terang benderang
comel llote
sangat cantik
coreng moreng
keadaan muka yang sangat comot
ddener ko’pe
keadaan yang sangat basah, berair
gatal gelebek
sangat gatal
gelap gelemat; gelap ggugut
sangat gelap
gemuk ddebok; gemuk mmetok
sangat gemuk
gerbæ gerese
kusut masai
habih licin
habis tidak tinggal sedikit pun
hacing pperat
sangat hacing
hangit lletong
terlalu hangit
hangus lletong
sangat hangus
hapok kohong
sangat hapak
hija nnaung
hijau pekat
hitæ llege
hitam pekat
hudoh bbanga
sangat hodoh
jahil tukil
sangat jahil, tidak tahu hukum hakam agama
jatuh celabok
jatuh bertaburan
jauh jelaq
sangat jauh
jjerok wok
sangat basah
kalot kibut
sangat kalut
kecik beleh ; kecik cceleh
sangat kecil
kedekut banga; klorek hangit; kupik hangit
sangat kedekut
kelabu kelaloe
sangat kusam
kelat ddehe
sangat kelat
kenye bboyah
sangat kenyang
keras kekung; keras ccokeng
sangat keras
kering kote
kering kontang, sangat kering
ketar gegar; ketar kuhkuh
menggigil kesejukan, sangat sejuk
kubae lembae
sangat berselerak
kuca bara; kuca hanya
sangat tak tentu hala
kuning nnehe
kuning pekat
kuruh kekek; kuruh kering
sangat kurus
lama doklat
sangat lama, zaman purba
lapar ccerok; lapar jjelak
sangat lapar
lekat ggondeng
melekat dengan kuat
lemah lotek
sangat lemah
lembik lotek
sangat lembik
licin moner
habis licin
luas lita
sangat luas
lumat leik
lumat habis
malam bole
waktu malam
manis lleting
sangat manis
mase cetum; mase ppurik
sangat masam
masin pperat
sangat masin
meroh mmere
sangat merah
mmalah hapah
sifat sangat pemalas
nipis seriak
sangat nipis
nnakut apah; nnakut hapah
sifat sangat penakut
pahit llepe
sangat pahit
panas bekuan; panas benge; panas bekobot; panas ce
keadaan yang sangat panas
panjang ddaung; panjang jjolor; panjang celerek
sangat panjang (bergantung pada benda)
pedas nnyenga
sangat pedas
pendek kketot
sangat pendek
penuh litir; penuh rumbu
keadaan bekas yang penuh sampai ke atas
pucat putih; pucat kesi
sangat pucat
punah janae
rosak binasa
puteh sueh; puteh lueh; puteh sepor
sangat puteh (bergantung pada benda)
putik ddekoh
buah yang belum masak
rebah ccatak; rebah bek; rebah ping
keadaan jatuh
raeyot ppeto’
keadaan yang tidak lurus
ringan nnapong
sangat ringan
runsing gelabut
fikiran yang sangat rungsing
sat patat
gone and nowhere to be found
segar bugar
sangat segar
sejuk keta
keadaan cuaca yang sangat sejuk
sejuk senyek
makanan yang sudah menjadi sejuk
senyap tipah; senyap sedu
tempat yang sepatutnya bising tetapi menjadi senyap
sikat ttungging
pakaian yang sangat singkat
sikit tuek
sangat sedikit
ssinar banar
keadaan sesuatu benda yang sangat bersinar dan bergemerlapan
tawar eber; tawar lembar
makanan yang sangat tawar
tertib terning
seseorang yang beradat sopan
tupul gelenyeh; tupul gelebek
senjata atau alatan pemotong yang sangat tumpul