8 Sept 2008

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah

Zakat terbahagi kepada dua jenis, iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta-benda

Nilai semasa zakat badan ataupun zakat fitrah adalah bergantung di negeri masing-masing. Pada kebiasaannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan

Tujuan besar mengeluarkan zakat ialah untuk menolong anggota-anggota masyarakat yang susah menderita dan yang berkehendakkan kepada pertolongan -pertolongan material juga menggalakkan orang-orang yang berada supaya sentiasa bersifat pemurah dan suka menolong orang-orang yang susah

Hikmah-hikmah mengeluarkan zakat ini memanglah banyak. Di antaranya dapat dirumuskan berikut:

  • Untuk memberi pertolongan kepada orang-orang susah dan fakir miskin.
  • Untuk menjauhkan sifat-sifat bakhil dari orang-orang Islam.
  • Untuk menggalakan orang-orang Islam yang berada supaya sanggup berkorban dengan harta-benda mereka untuk kepentingan masyarakat dan agama.
  • Untuk menguatkan tali persaudaraan di antara orang-orang berada dengan orang-orang yang tidak berada.
  • Sebagai tanda bersyukur di atas nikmat- nikmat yang telah dikurniakan Allah.
Syarat-syarat wajib zakat secara amnya empat perkara, iaitu:
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Sampai nisab, iaitu sampai kadar tertentu bagi tiap-tiap harta yang diwajibkan zakat.
Orang-orang yang berhak menerima zakat ada lapan golongan iaitu :

  • Orang-orang fakir: Orang yang tidak memiliki harta dan tidak mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin kehidupannya
  • Orang-orang miskin: Orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi untuk keperluan hidup
  • Amil-amil: Pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak yang berkenaan untuk memungut zakat
  • Orang-orang mualaf: orang-orang yang perlu dijinakkan hati mereka kerana baru menganut Islam
  • Hamba Mukatab: Hamba yang dijanjikan oleh tuannya akan dimerdekakan jika ia membayar wang kepadanya
  • Orang-orang yang menanggung hutang
  • Untuk kepentingan agama Allah
  • Orang-orang musafir yang terputus perbelanjaan
Di kategori mana agaknya letak Syarikat Telco dalam kedudukan asnaf lapan ini apabila kita melakukan pembayaran zakat melalui SMS?
Kadar Zakat Fitrah Tahun 1429 Hijrah
Johor : RM6.50
Kedah : RM7.00
Kelantan : RM7.60 - mahal jugak tu weh
Melaka : RM6.30
N.Sembilan : RM6.50
Pahang : RM7.30
Perak : RM7.00
Perlis : RM5.00/RM7.00
Pulau Pinang : RM7.30
Sabah : RM7.70
Sarawak : RM7.50
Selangor : RM5.20
Terengganu : RM6.00/ RM7.00 / RM8.00
Kuala Lumpur : RM5.20
Labuan : RM5.20
Putrajaya : RM5.20

No comments: