Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Gantinama Diri
Gantinama Umum
Gantinama Pertanyaan
Gantinama Petunjuk
Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal) : digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal) : digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal) : digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) : digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) : digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
Bagi Orang Kelatæ
kito (tunggal)
: digunakan
bila bercakap dengan orang lebih tua
ambo (tunggal) : digunakan
apabila ingin menunjukkan rasa rendah diri "humbleness"
kawae (tunggal)
: digunakan
bila bercakap dengan kenalan biasa
aku (tunggal) : digunakan
bila bercakap dengan saing hok rapit (rapat)
orae (orang) (tunggal) : digunakan
bila bercakap dengan dengan keluarga (mak, ayah)
sayo (saya) (tunggal) : digunakan
bila bercakap dalam keadaan formal.
ana (tunggal) : digunakan
bila bercakap dengan 'ustaz' atau orang PAS
I (tunggal) : digunakan
bila bercakap dengan orang yang perasan dia pandai English (belajar English
School)
1 comment:
Hayakallah,
Baguh jugok ilmu bahaso Kelate ni. Sebab kito jame lo ni, asik keno belajar kok Inggerih. BM zama lo ni beterabur.
Post a Comment