30 May 2014

Petik Sawa

Petik Sawa

Umi          : Kenapa baju Sham kotor?
Sham        : Mana ada kotor..Sham baru je basuh baju tu
Umi          : Tu yang hitam hitam tu apa?
Sham        : Oh..tu PETIK SAWA..basuh banyak kali pun tak hilang

Banyak baju yang masih elok tetapi tidak dipakai disebabkan oleh bintik-bintik hitam halus yang ada padanya. Ia dikenali sebagai tahi lalat. Bintik bintik hitam ini orang Kelantan panggil ppetik (petik) sawa. Dalam bahasa Kelantan ppetik merujuk kepada keadaan berbintik-bintik, manakala sawa pula dirujuk kepada buah ciku (sawa nila). Oleh itu bintik bintik hitam pada kain dan pakaian yang kelihatan seperti pada buah ciku dipanggil ppetik sawa.

Petik sawa pada baju biasanya disebabkan oleh kulapuk yang tumbuh akibat titik titik peluh dan bakteria. Petik sawa akan muncul jika kita mengumpul baju yang penuh dengan peluh, terutamanya selepas bersenaman, tetapi tidak dicuci dengan segera. Ataupun semasa kita merendam baju dengan air yang sedikit, kemudian menunda-nunda untuk membilasnya sehingga sampai beberapa hari maka kemungkinan besar baju akan ppetik sawa.

Kulapuk boleh tumbuh pada pakaian dan kain dan meninggalkan petik sawa jika terdapat terlalu banyak lembapan dalam atmosfera rumah kami. Pakaian yang diperbuat daripada kapas atau bahan organik yang lain memberikan sumber makanan yang cukup baik kepada kulapuk dan cendawan untuk hidup.

Spora kulapuk yang wujud secara semula jadi dalam persekitaran tempat tinggal kita, akan melekat dan tumbuh di mana-mana tempat yang keadaannya sesuai untuk mereka. Kulapuk berkembang bukan sahaja pada kain lembap yang dibiarkan tetapi juga boleh tumbuh di permukaan apa-apa jenis bahan seperti buku, kasut, beg, langsir, permaidani, tilam, perabot kayu, jubin bilik mandi, dinding dan siling.

Gentian asli adalah sangat terdedah kepada serangan mikrob kerana mereka senang dihadam oleh bakteria dan kulat. Namun begitu gentian sintetik pula tidak juga benar-benar kebal, kerana ia mengandungi bahan tambahan, yang boleh menjadi nutrien bagi mikrob mikrob itu. Bulu adalah lebih cenderung untuk diserang oleh bakteria berbanding kapas manakala kapas adalah lebih cenderung untuk diserang oleh fungi berbanding bulu.

Ppetik sawa (bintik hitam) yang terdapat pada pakaian adalah pengumpulan padat konidia (jasad pembiakan aseksual) yang dihasilkan oleh fungi.

Bakteria yang paling biasa tumbuh pada pakaian basah tetapi tidak dikeringkan adalah staphylococcus aurues, corynebacterium, escherichia coli, s. Epidermidis dan vulgaris proteus. Manakala jenis fungi yang akan merosakkan kain adalah aspergillus niger, a. Furnigatus, stacybotrys chartarum, curvularia lunota, dan juga beberapa spesis  cladosporium, penicillium dan alternaria.

Bau hapak yang tidak menyenangkan terbentuk, apabila antara lain, peluh manusia ditukarkan oleh bakteria ke bahan-bahan berbau busuk seperti aldehid, amina, ammonia, sulfida, merkaptan, aromatik, lactones dan asid lemak.

Semasa mencuci pakaian yang berpetik sawa itu, memberus ppetik sawa sahaja adalah tidak memadai. Kita perlu mengenakan clorox untuk mengeluarkan kesan petik sawa itu. Dalam hal itu kita perlu memastikan terlebih dahulu bahawa kain tersebut boleh menahan pelunturan (clorox). Sutera dan kain dari bulu tidak boleh boleh sesekali dikenakan bahan peluntur. Peluntur bukan klorin biasanya berkesan terhadap fabrik jenis lain. Pakain tersebut juga perlu dicuci dengan bahan pencuci yang baik.

Sekiranya pakaian itu tidak boleh dibasuh kita mesti membersihkannya secara dry clean. Sekerap mungkin, selepas membasuh secara normal, pakaian harus dibenarkan untuk kering secara semulajadi pada pancaran matahari. Oleh itu satu-satunya cara untuk mengelakkan ppetik sawa adalah untuk mengelakkan meletak pakaian yang telah dipakai dan terkena peluh atau yang masih basah di dalam almari.


10 Mar 2014

Penerbangan MH370, Pesawat Boeing 777-200

Penerbangan MH370, Pesawat Boeing 777-200

Penerbangan MH370, pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 (8/3/2014) jam 12:41 pagi (00:41) dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu Beijing).

Penerbangan Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18,365 jam. Pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab Hamid, 27, berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada 2007. Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan.

Berikut ialah garis masa yang menjelaskan kronologi peristiwa-peristiwa sekitar kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum ditemui.

12:41 am
:
Penerbangan MAS MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA). Kapalterbang Boeing 777-200 itu membawa 239 orang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal. 38 orang daripadanya dilaporkan adalah rakyat Malaysia.

2:40 am
:
Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2. 40 pagi ini di ruang udara Vietnam. Pesawat itu belum memasuki ruang udara dikawal oleh China dan tidak membuat hubungan dengan pengawal udara di China.

6:40 am
:
Penerbangan dijadualkan tiba di Beijing, China.

10:15 am
:
Laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning, China diterbitkan. Didedahkan sebagai tidak benar dalam beberapa minit.

11:55 am
:
Laporan palsu pihak penerbangan Vietnam menerima isyarat pesawat diterbitkan. Laporan dibukti palsu dalam beberapa minit.

12:00 pm
:
Dalam satu sidang akhbar di Sepang MAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza. Penumpang termasuklah

153   -    China
38    -    Malaysia
12    -    Indonesia
6      -    Australia
3      -    Perancis
4      -    Amerika
2      -    Ukraine
2      -    New Zealand
2      -    Kanada
1      -    Rusia
1      -    Taiwan
1      -    Itali
1      -    Belanda
1      -    Austria.

Penerbangan ini adalah merupakan satu rancangan perkongsian dengan China Southern Airlines.

12:30 pm
:
MAS berkata kali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Baru di Laut China Selatan

12:50 pm
:
Seorang pegawai penyelamat Vietnam menafikan ada isyarat pesawat Malaysia MH370 yang hilang telah dikesan.

1:00 pm
:
China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang.

1:10 pm
:
Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur talian hotline bagi semua soalan yang berkaitan dengan kehilangan penerbangan MH370. Semua panggilan yang berkaitan dengan kejadian itu boleh ditujukan kepada +86 10 6532 2531 /2/ 3.

1:30 pm
:
Satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kerajaan Vietnam berkata bahawa pesawat itu terputus hubungan berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau apabila ia telah bersiap untuk memindahkan kawalan trafik udara ke Ho Chi Minh. Pemindahan itu tidak berlaku

2:00 pm
:
Senarai penumpang semua kapalterbang didedahkan kepada umum. Ke Ho Chi Minh

2:20 pm
:
Laporan tidak Rasmi di media Vietnam dan China telah memetik Tentera Laut Vietnam sebagai berkata penerbangan MH370 berada di Laut China Selatan. Kapal Penyelamat telah dihantar ke kawasan itu, kata Al -Jazeera.

3:00 pm
:
Tentera Laut Malaysia berkomunikasi dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan melihat bahawa bangkai penerbangan MH370 dieksani berhampiran sebuah pulau di sebelah selatan negara ini.

MAS meminta dua keluarga terdekat setiap penumpang berada di KLIA pada pukul 6 petang hari Sabtu.

4:20 pm
:
Vietnam kerajaan mengesahkan bahawa penerbangan MH370 hilang di ruang udara Vietnam.


Keselarian peristiwa penerbangan malang MH370 dengan ayat dari Al Quran, surah ke 83, iaitu Surah Yaa Sinn, bermula dari ayat 41 hingga ke ayat 44.

وَءَايَةٌ۬ لَّهُمۡ أَنَّا حَمَلۡنَا ذُرِّيَّتَہُمۡ فِى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ (٤١)
Dan satu dalil lagi untuk mereka insaf ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat.

وَخَلَقۡنَا لَهُم مِّن مِّثۡلِهِۦ مَا يَرۡكَبُونَ (٤٢)
Dan Kami ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.

وَإِن نَّشَأۡ نُغۡرِقۡهُمۡ فَلَا صَرِيخَ لَهُمۡ وَلَا هُمۡ يُنقَذُونَ (٤٣)
Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka; maka tidak ada pertolongan bagi mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan.

إِلَّا رَحۡمَةً۬ مِّنَّا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍ۬ (٤٤)
Kecuali dengan kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga kesuatu masa.



Kebetulannya tarikh berlaku kejadian ialah pada 8 Mac (8/3) dan Surah Yaa Sin adalah surah ke 83 dalam Al Quran. Masa berlepas pula pada 12:41 am (00:41) dan ayat surah ini yang ada menyebut tentang kenderaan bermula pada ayat 41 hingga ayat 44.

Wallahu ‘alam

29 Dec 2013

Koleksi Kenyataan “Istimewa” Sepanjang Tahun 2013

Koleksi Kenyataan “Istimewa” Sepanjang Tahun 2013

1.
Dato' Sri Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
“Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula”

-
Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam

“Kita perlu hormat penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu beri laluan kepada mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan undang2 tertentu”

-
Mengulas sikap rakyat yang tak nak bagi laluan pada VVIP atas jalanraya.

“Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan”

-
Memberikan ulasan kepada wartawan yang menemurah dia dalam satu program bantuan back to school.

2.
Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan)
“Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara”
-
Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing

3.
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan)
“Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas”
-
Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu

“Kerajaan akan kaji cadangan pelupusan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. (JPJ) Kerajaan akan mahsuhkan cadangan untuk melupuskan kenderaan berusia 12 tahun ke atas”

-
Mengulas kritikan rakyat mengenai usul yang dicadangkan kerajaan dan dimansuhkan oleh kerajaan juga

4.
Dato' Sri Abdul Wahid Omar (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
“Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol”

-
Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol.

5.
Dato' Seri Shahidan Kassim (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
“Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia”
-
Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.

“Dedahkan pembekal dakwat kekal akan membuatkan rakyat berlumba2 beli dakwat kekal”

-
Mengulas desakan rakyat agar pembekal dakwat kekal yang tak kekal didedahkan
“Israel ciplak slogan dari Malaysia”

-
Mengulas isu slogan Endless Possibilities.

“Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Rosmah Mansur”
-
Respon selepas rakyat membidas isu penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah Mansur.

6.
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin (Timbalan Perdana Menteri)
“Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA”
-
Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara

7.
Tan Sri Khalid Abu Bakar (Ketua Polis Negara)
“Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut”

-
Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis

8.
Dr. Fathul Bari Mat Jahya (Exco Pemuda UMNO)
“Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT”
-
Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN sekaligus menyebabkan harga barang naik


Dato' Seri Haji Mohd Najib Abdul Razak (Perdana Menteri)
“Rosmah pun ada jasa pada negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat”
-
Mengulas pengkritik2 Rosmah Mansur yang asyik membangkitkan kesalahan Rosmah Mansur.

“Harga petrol tak naik tetapi hanya subsidi aje dikurangkan”
-
Mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan isu kenaikan harga petrol dan diesel.

“Kurangkan gula, lebih baik untuk kehidupan seks anda”

-
Mengulas mengenai alasan pemahsuhan penuh subsidi gula serta merta.

9.
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Ketua Wanita UMNO)
“Memang pembohongan. Memang bangsat betul kenyataan itu”
-
Mengulas mengenai pendedahan Fuziah Salleh yang bantuan lambat tiba ke lokasi mangsa banjir

10.
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi dan Multimedia)
“Bekal khemah kepada mangsa banjir tidak pratikal kerana paling lama orang boleh duduk dalam khemah sejam saja sebab panas. Iklim kita berbeza dengan iklim negara matahari terbit (Jepun)”

-
Mengulas cadangan rakyat agar bantuan banjir lebih tersusun dengan penyediaan khemah bagi ibu2 dan wanita2 yang tidak selesa tidur dan duduk secara terbuka bercampur lelaki perempuan

“Keputusan jemput artis K-Pop beri pulangan RM140 juta pada Hari Belia 2012”

-
Menjawab isu pembaziran kerajaan membiayai persembahan 3 artis kpop sebanyak RM1.6juta

11.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Menteri Dalam Negeri)
“Keluar negara jika tak gembira dengan sistem politik di negara neh”
-
Mengulas sikap pembangkang yang menganjurkan pelbagai siri demo selepas gagal menawan Putrajaya.


Dato' Seri Dr.S. Subramaniam (Menteri Kesihatan)
“Jangan makan gula, hidup lebih lama”
-
Mengulas pendirian kerajaan yang berura-ura memansuhkan subsidi gula ketika itu

12.
Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
“Saya tak lah bodoh sangat”
-
Mengulas kritikan di laman sosial yang beranggapan Ahmad Maslan bodoh kerana keluarkan kenyataan penggunaan minyak ikut tangga gaji.

“Gaji RM3,000 ke bawah guna petrol RM132 sebulan, gaji RM5000 ke atas beli petrol RM375 sebulan”

-
Mengulas tindakan rakyat yang bising mengenai kenaikan petrol membebankan pengguna jalanraya.
“BN kerajaan terbaik di dunia”
-
Mengulas pemberian subsidi oleh kerajaan kepada rakyat di negara neh

13.
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Menteri Wilayah Persekutuan)
Jangan beli rumah kalau harga rumah mahal

-
Mengulas rungutan rakyat mengenai harga rumah yang semakin mahal

14.
Datuk Bung Moktar Radin (Ahli Majlis Tertinggi UMNO)
“Kenaikan petrol tak memudaratkan rakyat Kerana yang ada kereta orang2 besar dan berkemampuan. Orang kampung ada yang tiada kereta”

-
Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol
15.
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang)
“Kenaikan harga barang tiada kaitan dengan UMNO” 


-
Mengulas kritikan rakyat yang menyalahkan UMNO dalam kenaikan kos sara hidup.

16.
Datuk Haji Sairin Haji Karno (Ketua UMNO Bahagian Keningau)
“Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, susah”
-
Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak

17.
Dato Shafie Abdullah (Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju)
“Jangan beri BRIM kepada penyokong pembangkang”
-
Berucap atas pentas UMNO dalam sesi perbahasan

18.
Khairiah Mohd Talha (AJK Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
“Naikkan kadar parking kepada RM40 sejam untuk elak kesesakan lalu lintas”
-
Cadangan bagi memberikan alternatif untuk mengurangkan kesesakan di jalan bandar2 utama sekitar KL.

19.
Dato Zaitun Mat (Ketua Wanita UMNO Kuantan)
“Yang tak suka kerajaan BN keluar Malaysia”
-
Mengulas mengenai perhimpunan rakyat 31 Dec protes kenaikan harga barang

20.
Datuk Ibrahim Ali (PERKASA)
BN berhak naikkan harga barang kerana menang pilihanraya
-
Mengulas sikap rakyat yang mengkritik tindakan BN menaikkan harga beberapa barang dalam negara selepas PRU tamat


30 Nov 2013

Bbuta vs Buta

Bbuta vs Buta

Bbuta (Berbuta)

Bbuta atau Cina buta (kahwin muhalil) adalah merujuk kepada perbuatan lelaki yang menikahi seseorang perempuan yang telah ditalak tiga oleh suaminya, kemudian diceraikannya supaya perempuan tersebut dapat berkahwin semula dengan bekas suaminya.

Masyarakat Melayu pada masa dahulu mengambil jalan mudah iaitu ‘menggunakan’ muallaf (orang yang baru masuk Islam - biasanya orang Cina) untuk berkahwin dengan bekas isteri yang telah diceraikan dengan talak tiga. Perempuan ini kemudian diceraikan pula oleh si muallaf ini. Selepas bercerai dengan muallaf itu dia pun mengahwini semula bekas isterinya. Dari sini lah timbulnya istilah Cina Buta.

Biasanya lelaki yang sanggup bbuta itu akan dibayar pampasan yang secukupnya supaya benar-benar akan menceraikan isteri yang dinikahi itu kerana diupah. Ada juga berlaku silelaki pada mulanya setuju untuk mengambil upah bbuta tapi oleh kerana layanan siperempuan itu sangat baik maka hasrat untuk menceraikannya tidak ditunaikan bahkan menjadikan siperempuan itu sebagai isteri yang sah.

Perbuatan ini menurut agama adalah terkutuk dan orang yang sanggup dipergunakan tujuan ‘cina buta’ ini sebenarnya tak ubah seperti kambing jantan yang dipinjamkan untuk membuntingkan kambing betina orang kampung. Anak yang lahir dari hubungan ini adalah anak yang tidak sah tarafnya. Menurut hukum muamalat dari kitab Muta'albadrin ialah perkahwinan dengan bekas isteri (yang telah di talak tiga) hanya sah sekiranya bekas isteri itu diceraikan selepas disetubuhi suami keduanya. Baru bererti 'the marriage is consumed'.

Buta

Buta ialah keadaan tentang kekurangan persepsi penglihatan, akibat faktor fisiologi ataupun psikologi.

Penglihatan adalah kemampuan untuk mengenali cahaya dan menafsirkannya, salah satu dari indra. Alat tubuh yang digunakan untuk melihat adalah mata.

Mata merupakan organ fotosensoris iaitu organ yang menerima rangsangan cahaya. Cahaya masuk melintasi kornea, lensa, dan beberapa struktur refraksi di dalam orbita. Cahaya kemudian difokuskan oleh lensa ke bagian saraf mata yang sensitif terhadap cahaya iaitu retina. Retina mengandung sel-sel batang dan kerucut yang akan mengubah impuls cahaya menjadi impuls saraf. Setelah melintasi suatu rangkaian lapisan sel saraf dan sel-sel penyokong informasi penglihatan diteruskan oleh saraf optik ke otak untuk diproses.

Pelbagai skala wujud bagi menggambarkan tahap kehilangan penglihatan dan mengtakrifkan "buta". Buta sepenuhnya adalah kehilangan menyeluruh segala bentuk deria cahaya dan direkodkan secara perubatan (klinikal) sebagai "NLP", ringkasan kepada ("no light perception").

"Buta" seringkali digambarkan sebagai kecacatan penglihatan teruk dengan sisa penglihatan. Untuk disahkan sebagai buta (legal blindness) pelbagai takrifan yang semakin rumit dalam kaedah perundangan oleh kerajaan telah diwujudkan.

Di Amerika Utara dan kebanyakan Eropah, disahkan buta (legal blindness) ditakrifkan sebagai tahap penglihatan pada tahap 20/200 (6/60) atau kurang dari itu pada mata terbaik dengan pembetulan sebaik mungkin. Ini bererti mereka yang disahkan buta perlu berdiri sejauh 20 kaki daripada sesuatu objek bagi melihatnya sejelas apa yang orang normal mampu lihat pada jarak 200 kaki.

Buta

Membuta
:
tidur
Buta warna
:
warna tidak dapat membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu
Buta huruf
:
tidak tahu (menulis, membaca, dll)
Perigi buta
:
perigi yang tidak berair
Surat buta
:
surat tanpa nama si pengirim
Malam buta
:
malam yang sangat gelap;
Pagi-pagi buta
:
pagi-pagi sangat;
Buta ayam
:
rabun (kabur mata) waktu senja;
Buta belalang
:
buta tetapi mata tidak rosak;
Buta belengset
:
buta dengan kelopak mata bahagian bawah terkeleweh;
Buta bular
:
buta kerana mata berselaput;
Buta celik; buta cemik; buta cemer
:
buta dengan biji mata yang tidak rosak;
Buta hati
:
i) tidak berhati perut, kejam;


ii) gelap fikiran (tidak berpengetahuan);
Buta kesip; buta pecah
:
buta dengan biji mata yang pecah (rosak);
Buta mereluh  
:
buta langsung;
Buta perut
:
tidak menggunakan akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan);
Buta rengga
:
bermacam-macam jenis buta;


Peribahasa

Bagai si buta pergi bergajah
:
pekerjaan yang sia-sia (tidak mungkin dapat dilakukan); bongkok baru betul,
Buta baru celik
:
orang yang hina dan papa kalau mendapat kesenangan maka mengada-ngada;
Seperti si buta baru melihat
:
sombong kerana baru beroleh kekayaan (kemuliaan);
Orang buta diberi bersuluh
:
perbuatan yang sia-sia;
Seperti orang buta kehilangan tongkat
:
berada dlm kesukaran;
Si buta membilang bintang di langit
:
membuat pekerjaan yang sia-sia;
Yang buta peniup lesung
:
walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang, ada juga gunanya;