30 Aug 2009

Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan 1430 Hijrah

Kadar Zakat Fitrah 1430 Hijrah
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan kadar zakat fitrah di Kelantan ditetapkan RM6.90 tahun ini berbanding RM7.60 tahun lepas. Ianya dibuat setelah mendapat persetujuan jemaah ulama dan diperkenankan oleh Pemangku Sultan Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra. Maik menjangkakan dapat memungut RM7.5 juta daripada zakat fitrah tahun ini.

Maik melantik 579 amil terdiri daripada imam dan pegawai masjid, termasuk pegawai agama di kem tentera, polis, penjara dan pusat-pusat tahanan di seluruh negeri untuk mengutip bayaran zakat. Maik juga membuka kaunter khidmat rundingan di tempat-tempat tumpuan awam, termasuk di Pasar Raya Tesco mulai 1 hingga 12 Sept.

Kadar zakat di seluruh negara tahun ini ditetapkan antara RM5 dan RM8 seorang mengikut negeri yang berdasarkan harga beras yang terdapat di pasaran. Berikut adalah kadar zakat fitrah mengikut negeri-negeri di Malaysia.

1 Kelantan - RM6.90
2 Johor - RM5.00 Hingga RM8.00
3 Kuala Lumpur - RM5.00 Hingga RM8.00
4 Terengganu - RM5.00 Hingga RM8.00
5 Kedah - RM7.00
6 Pahang - RM7.00
7 Perak - RM7.00
8 Pulau Pinang - RM7.00
9 Selangor - RM7.00
10 Sabah - RM6.60
11 N.Sembilan - RM6.50
12 Melaka - RM6.30
13 Perlis - RM6.00
14 Sarawak - RM6.00