Tow Choo Bunut Payong Special
Bagi orang Bunut Payong, Kota Bharu, tidak sah
jikalau semasa bekwoh tiada dalam menu masakan Tow Choo. Masakan ini di katakan
berasal dari masakan Orang China, diperkenalkan kepada orang Bunut Payong,
kira-kira 60 -70 tahun yang lalu. Masakan ini melalui proses pengubahsuaian dan
menjadi makanan yang boleh diterima oleh orang Melayu. Kini masakan ini
mempunyai berbagai variasi. Di sini kawe masukkan resipi 'asli' yang Mami kawe
dapat dari Gemullah Mak nya, yang di pelajari dari sumber asal.
Tow Choo Bunut Payong Special
Bahan-Bahan
● Paru-paru
● Limpa
● Jantung
● Hati
● Daging
● Udang
● Serai
● Lengkuas
● Halia
● Bawang
Merah
● Bawang
Putih
● Udang
Kering
|
]
]
] Di
mesin
]
]
]
|
● Belacan
● Manisan
● Asam
Jawa
● Kacang
Towchoo
● Lada
kering
● Lada
Hijau
● Tomato
Hijau
Cara
Panaskan minyak dan tumis serai, lengkuas dan
halia yang di mesin hingga bertukar warna. Kemudian masukkan bawang merah dan
bawah putih yang di mesin, lepas itu masukkan udang kering mesin dan belacan
yang telah dihancurkan.
Masukkan daging, paru-paru, limpa, jantung,
hati, daging dan tutupkan periuk, kemudian masukan udang. Tambahkan air, garam,
manisan, air asam jawa, kacang towchoo dan lada kering yang telah di mesin.
Akhir sekali masukkan lada dan tomato kemudian
angkat segera.
#taucu
#tauchu
#towchoo
#towcoo
1 comment:
Lepas ni kena letak resipi bihun goreng putih yang sedap tu pulok...
Post a Comment