Janawori, Pujo Omœ, Hari Keputeraan
28, 29, 30 dan 31 Mac yang lalu rakyat Kelantan bercuti panjang, hari Jumaat dan Sabtu disambung dengan cuti 2 hari, Hari Keputeraan KDYMM Al Sultan Kelantan. Ramai yang mengambil kesempatan bercuti ke luar Kelantan. Tetapi bagi yang tidak berkesempatan ke mana-mana boleh bersuka ria dengan menghadiri berbagai acara yang telah di atur bagi memeriahkan suasana.
Janawori (January??) adalah perkataan yang biasa disebut apabila merujuk kepada perayaan sambutan Hari Keputeraan oleh orang dulu-dulu. Tidak pula di ketahui mengapa istilah ini digunakan tetapi kawe berpendapat kemungkinan sambutan ini jatuh pada bulan Januari setiap tahun, maka di Kelantanize perkataan tersebut menjadi Janawori.
Pujo Omoe : Mengambil dari kata-kata saudara Ray dari http://raykinzoku.fotopages.com/ . Puja, berasal dari perkataan Sanskrit yang membawa makna: the act of showing reverence to a god, a spirit, or another aspect of the divine through invocations, prayers, songs, and rituals. Umur? Usia. Sekadar penggunaan bahasa, kesan peninggalan unsur Melayu Hindu. Tidak memberi apa apa makna kepada amalan masa kini.
Mengikut sejarah buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan diadakan pada tahun 1921. Sultan yang memerintah pada ketika itu ialah KDYMM Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad yang memegang takhta pada 23 Dec 1920 hingga 20 Aug 1943. Menteri Besar pada ketika itu adalah Nik Mahmud bin Ismail yang memegang jawatan itu dari tahun 1921 hingga 1944. Pada masa itu juga Kelantan mempunyai British Advisor ia itu Henry Wagstaffe Thomson. Sambutan itu telah di adakan selama 3 hari dan di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat Kelantan.
Sekarang ini istilah yang di gunakan adalah Sambutan dan Perayaan Hari Keputeraan ke-58 KDYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang DiPertua bagi Negeri Kelantan Darul Naim. DAULAT TUANKU.
No comments:
Post a Comment