30 Apr 2008

Kapak Bungkus

Lagenda kapak bungkus dan kapak terbang Kelantan banyak menghantui masyarakat luar Kelantan. Keadaan ini terjadi kerana dalam tahun 70 an seorang ahli politik terkenal di Negara ini telah kembali kerahmatullah akibat penangan kapas kecil yang melekat di kepalanya.

Kapak kecil menjadi kegemaran ramai suatu masa dulu di Kelantan. Ini kerana ia senang di bawa dan pelbagai guna, sama ada untuk senjata dan boleh digunakan untuk kerja-kerja harian yang agak ringan.

Kapak kecil biasanya digunakan sebagai senjata untuk mengajar seseorang yang kurang beradap yang masuk kampung. Kadar kebiadapannya diukur dengan inci mata kapak yang tidak dibungkus. Mata kapak dibungkus untuk mengelakkan kecederaan parah, sebaliknya takikan kapak bungkus adalah untuk "mengajar" atau memberi kecederaan ringan , biasanya di kepala atau dahi.

Kapak terbang pula ialah kapak yang diikat tali pada hulunya dan puncanya diikat pada pergelangan siku. Kapak akan dibaling dan disentak semula ke dalam gengaman tangan. Ia memerlukan kemahiran yang amat tinggi.

Kapak binjai manis mempunyai mata yang lebih lebar di bahagian bawah berbanding kapak kecil Kelantan. Bentuknya akan menyebabkan kecederaan parah dan sukar dicabut apabila memasuki kepala mangsa. nama binjai manis diambil sempena nama kampung di Selatan Thai yang merupakan pengeluar asal kapak jenis ini.

Sebenarnya cerita kapak ini banyak memaparkan latar belakang sosio budaya masyarakat Kelantan dan Patani yang ingin mendidik mereka yang kurang adab di dalam kampung pada suatu masa dahulu. Wallahualam

Di petik dari http://cikgunasir.blogspot.com

29 Apr 2008

Bahaso Kelatæ 101 Siri 0006 (Siri Nikah Kawin)

Ambœ terima nikahnya denge mas kawinnya sebanyok yae tersebut ....

Cuti sekolah akan datang lagi, bermula 23 Mei nanti sekolah akan ditutup untuk 3 minggu. Bila puyae sekolah tutup, banyak lah orang makae gulá, pakat bekwoh, nak ssedap budok. Keluarga Abae Zu juga tidak terkecuali, pada 5 Jun 2008 bersamaan 1 Jamadil Akhir 1429, Pak Sedara nak kerja besar, nak buat balik nnatu.

Ayoh Mat dengan Mok Ngoh nak bulih nnatu, Lilytahnani bt Rijela, dari Miri Sarawak. Jadi Abae Zu nak ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua anak tunoe, ia itu Ihsan bin Ibrahim, sepupu Abae Zu dan Lilytahnani bt Rijela. Kenduri di Miri pada 1 Jun dan di Kota Baru 5 Jun, tak ngelae, Majlis Kesyukuran jah.Berikut adalah perkataan-perkataan yang biasa kita dengar apabila kita kaitkan dengan majlis perkahwinan di Kelantan.

puyae : musim
masa puyae duriae, anok cucu pakat balik kapoe
semasa musim durian, seluruh keluarga sama-sama pulang ke kampong

makae gulá (makan gulai) / bekwoh (big work) : kenduri
bilo sekoloh cuti, ramai orae makae gulá, pakat bekwoh
apabila cuti sekolah, ramai orang mengadakan acara kenduri

nnatu : menantu
nnatu Ayoh Mat, orae Sarawak, orae banda Miri
menantu Ayah Mat, orang Sarawak, berasal dari Miri

anok tunoe :pengantin
anok tunoe jatae orae Kelatae, anak tunoe ttinoe orae Sarawak
pengantin lelaki asal dari Kelantan, pengantin perempuan pula dari Sarawak

ngelae : kenduri kahwin yang mesti ada sumbangan duit (ang pow)
nok gi ngelae ni sepuloh riyal cukup kó?
nak pergi kenduri kahwin ni RM 10.00 cukup ke?

ngajangae : pelaminan
kedua-dua anok tunœ napok sama comae, samœ padae atah ngajangae
kedua-dua pengantin nampak sama cantik dan sepadan diatas pelaminan

nngenal : bertemu mata dengan pengantin perempuan berserta sumbangan duit tunai
masa nak nngenal tu keno caddae duit lebih sikit
semasa hendak bertemu mata dengan pengantin tu, kena sediakan duit lebih

sisoe (sisa) : ole-ole yang berikan kepada jemputan yang hadir berupa telur, gula-gula, dll.
lo ni tak banyok doh orae bui sisoe teloe kak ngelae
sekarang ni jarang terdapat orang memberi telur sebagai ole-ole semasa kenduri kahwin

bekah (bekas) : barang hantaran
kalu alik lelaki bowok 9 bekah, alik perempuae pun balah 9 jugok
jikalau pihak lelaki membawa 9 barang, pihak perempuan akan membalas 9 barang juga

par : pahar (dulang)
barae atah par tidok mesti banyak, tapi biar ada regoe
barang yang hendak di letak atas dulang tidak mesti banyak bilangannya, tetapi biarlah berharga

belarok (berarak) : rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan
malae ni kawae tak leh gi tengok bola, sebab nok gi belarok Ppasir Mah
malam ni aku tak dapat pergi tengok bola, sebab hendak mengikuti rombongan pengantin ke Pasir Mas

peratoe : bersanding di atas pelaminan
jamae lo ni, tak ramá orae peratoe macae orae jamae dulu
zaman sekarang tak ramai orang mengadakan upacara bersanding seperti orang dulu-dulu

mmadoh : menjemput dan mengajak jemputan untuk datang ke majlis perkahwinan yang bakal diadakan
hari Jemaat baru ni, Ayoh Mat adœ mari mmadoh, nok buat balik bini Isae
hari Jumaat lepas, Ayah Mat ada datang menjemput kami ke majlis menyambut isteri Hisham

jongkakoe : orang yang mengangkat hidangan dalam majlis jamuan; pelayan jemputan, bentara
ayae percik habih doh tu, royat ko jongkakoe, biar dia gi ambil ddapoe
ayam percik sudah habis, beritahu pada pelayan, supaya dia boleh ambil dari dapur

Kalu ado perkataae lain tolong tamboh deh
Jikalau ada perkataan lain tolong tambah ye

17 Apr 2008

Nggundi atau Membuang Undi

Nggundi atau Membuang Undi ...

... Syabas kepada semua kerana telah melakukan perkara yang betul semasa PRU ke 12 yang lalu. Pengundi telah menjalankan tanggungjawab dengan baik, majoriti rakyat telah keluar membuang undi. ...

Adakah ungkapan "Membuang Undi" sesuai digunakan? Ianya diambil secara harafiah daripada perkataan "casting of votes". To cast adalah to throw (something) forcefully in a specified direction. Sekiranya ingin digunakan dalam konteks casting of votes harus digunakan “mencampakkan undi”.

Pada pemahaman Abæ Zu ianya sangat silap kerana apabila kita membuang undi maka undi berkenaan tidak lagi berguna. Kalau sudah di buang apa lagi gunanya? Jika digunakan “buang undi” ia boleh di samakan seperti buang sampah, buang anak, buang air besar, buang air kecil, dan bermacam buang lagi.

Oræ Kelatæ telah melakukan perkara yang betul sejak 18 tahun yang lalu kerana kita tak rajin “buang undi” tapi kita nggundi. Mana ada oræ Kelatæ tohok undi, kita selalu menghargai hak undi yang diberikan dengan mengundi bulæ. Oleh itu selepas ini sewajarnya digunakan perkataan "mengundi" sahaja, bukannya “membuang undi”, agar pada PRU 13, lebih ramai lagi tidak membazirkan undi mereka.

13 Apr 2008

Doa Dari Al-Quran (3)

Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu. Dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. (QS. 3:194)

Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (QS. 7:23)
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim. (QS. 7:47)

Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan keadilan dan Engkau jualah sebaik-baik hakim. (QS. 7:89)

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada-Mu). (QS. 7:126)

Doa Dari Al-Quran (2)

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; karena sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya (QS. 3:8)

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (QS. 3:147)

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya telah Engkau menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun ; (QS. 3:192)

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhanmu; maka kami pun beriman. (QS. 3:193)

Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. (QS. 3:193)

8 Apr 2008

Bahaso Kelatæ 101 Siri 0005

Kelantanized Words

Orang Kelantan telah dengan secara hebat dan menariknya memasukkan perkataan Inggeris ke dalam bahasa Kelantan. Walau bagaimanapun yang pastinya sebutan adalah menurut telor kita. Kita telah Kelantanized perkataan-perkataan tersebut.

baju kot : coat (an outer garment worn on the upper body and varying in length and style )
jangok Pak Lloh, paka baju kot, gi semaye Jemaat baru nih.
Segak Pak Lah, pakai kot pergi solah Jumaat yang lepas

bekwoh : big work (work may apply to any purposeful activity whether remunerative or not) > kenduri
kalu museng cuti sekoloh, banyok orang bekwoh, buak balik nnatu
jikalau musim cuti sekolah, ramai orang kenduri menyambut menantu

signal : signal (something (as a sound, gesture, or object) that conveys notice or warning) > isyarat
Pak Jak toak ingak nok bui signal, maso nok kona kkane, sebab tu kereta kena bahe punggu kkokre
Pak Jak lupa untuk bagi isyarat semasa membelok ke kanan, sebab itu belakang kereta nya di langgar orang.

tohok : throw out (discard something as unwanted) > buang
jange tok ingak nak tohok sapoah ddapur, busuk banga doh
jangan lupa membuang sampah yang ada di dapur, dah berbau busuk tu

raung ambauk : round about (a road junction at which traffic moves in one direction round a central island to reach one of the roads converging on it) > bulatan jalan
raung ambauk
Kijae tak dok doh, keno sodok buak jale
bulatan jalan Kijang sudah tiada lagi kena ratakan untuk buat jalan

7 Apr 2008

Adegan Yang Tak Ingin Kita Lihat

Sebuah jet peribadi sedang menunggu ketika untuk terhempas. Dalam pesawat itu terdapat 5 orang penumpang, tetapi cuma terdapat 4 buah payung terjun.

Penumpang pertama berkata :

“ I am Maya Karin, a popular entertainer in Malaysia, dunia hiburan memerlukan saya” .

Beliau mengambil parachute pertama dan terjun dari pesawat itu.

Penumpang kedua Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata :

“ Saya adalah pemimpin terkemuka, dan ada orang kata saya adalah “PM in waiting”, Malaysia perlukan saya.”

Beliau mengambil parachute lalu terjun dari pesawat itu.

Penumpang ketiga, Dato' Seri Abdullah Badawi, berkata :

“Saya Perdana Menteri Malaysia, isteri pun baru, saya baru menang selesa pilihanraya, banyak agenda yang belum di selesaikan, Malaysia perlukan saya”.

Beliau mengambil bungkusan dan terjun.

Penumpang keempat Dato' Nik Aziz Nik Mat berkata kepada penumpang kelima seorang budak sekolah darjah 5.

“Ambœ tuo doh, raso sudoh buat terbaik untuk rakyak Kelatæ, puah hati doh. Ambœ raso patut bui parachute last ko awæ; panjæ lagi maso depæ awæ.”

Pelajar sekolah itu berkata :

“ Jangan takut Tok Guru....... ada cukup parachute untuk kita berdua! PM kita yang genius tu ambil beg sekolah saya ....”

3 Apr 2008

Janawori, Pujo Omor, Hari Keputeraan .....

Janawori, Pujo Omœ, Hari Keputeraan
28, 29, 30 dan 31 Mac yang lalu rakyat Kelantan bercuti panjang, hari Jumaat dan Sabtu disambung dengan cuti 2 hari, Hari Keputeraan KDYMM Al Sultan Kelantan. Ramai yang mengambil kesempatan bercuti ke luar Kelantan. Tetapi bagi yang tidak berkesempatan ke mana-mana boleh bersuka ria dengan menghadiri berbagai acara yang telah di atur bagi memeriahkan suasana.
Janawori (January??) adalah perkataan yang biasa disebut apabila merujuk kepada perayaan sambutan Hari Keputeraan oleh orang dulu-dulu. Tidak pula di ketahui mengapa istilah ini digunakan tetapi kawe berpendapat kemungkinan sambutan ini jatuh pada bulan Januari setiap tahun, maka di Kelantanize perkataan tersebut menjadi Janawori.
Pujo Omoe : Mengambil dari kata-kata saudara Ray dari http://raykinzoku.fotopages.com/ . Puja, berasal dari perkataan Sanskrit yang membawa makna: the act of showing reverence to a god, a spirit, or another aspect of the divine through invocations, prayers, songs, and rituals. Umur? Usia. Sekadar penggunaan bahasa, kesan peninggalan unsur Melayu Hindu. Tidak memberi apa apa makna kepada amalan masa kini.
Mengikut sejarah buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau hari keputeraan sultan diadakan pada tahun 1921. Sultan yang memerintah pada ketika itu ialah KDYMM Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad yang memegang takhta pada 23 Dec 1920 hingga 20 Aug 1943. Menteri Besar pada ketika itu adalah Nik Mahmud bin Ismail yang memegang jawatan itu dari tahun 1921 hingga 1944. Pada masa itu juga Kelantan mempunyai British Advisor ia itu Henry Wagstaffe Thomson. Sambutan itu telah di adakan selama 3 hari dan di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat Kelantan.
Sekarang ini istilah yang di gunakan adalah Sambutan dan Perayaan Hari Keputeraan ke-58 KDYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang DiPertua bagi Negeri Kelantan Darul Naim. DAULAT TUANKU.









Tow Choo Bunut Payong Special

Tow Choo Bunut Payong Special

Bagi orang Bunut Payong, Kota Bharu, tidak sah jikalau semasa bekwoh tiada dalam menu masakan Tow Choo. Masakan ini di katakan berasal dari masakan Orang China, diperkenalkan kepada orang Bunut Payong, kira-kira 60 -70 tahun yang lalu. Masakan ini melalui proses pengubahsuaian dan menjadi makanan yang boleh diterima oleh orang Melayu. Kini masakan ini mempunyai berbagai variasi. Di sini kawe masukkan resipi 'asli' yang Mami kawe dapat dari Gemullah Mak nya, yang di pelajari dari sumber asal.

Tow Choo Bunut Payong Special

Bahan-Bahan
●      Paru-paru
●        Limpa
●        Jantung
●        Hati
●        Daging
●        Udang

●        Serai
●        Lengkuas
●        Halia
●        Bawang Merah
●        Bawang Putih
●        Udang Kering
]
]
]        Di mesin
]
]
]

●        Belacan
●        Manisan
●        Asam Jawa
●        Kacang Towchoo
●        Lada kering
●        Lada Hijau
●        Tomato Hijau

Cara

Panaskan minyak dan tumis serai, lengkuas dan halia yang di mesin hingga bertukar warna. Kemudian masukkan bawang merah dan bawah putih yang di mesin, lepas itu masukkan udang kering mesin dan belacan yang telah dihancurkan.

Masukkan daging, paru-paru, limpa, jantung, hati, daging dan tutupkan periuk, kemudian masukan udang. Tambahkan air, garam, manisan, air asam jawa, kacang towchoo dan lada kering yang telah di mesin.

Akhir sekali masukkan lada dan tomato kemudian angkat segera.


#taucu
#tauchu
#towchoo
#towcoo