Sudu
Senor
Sudu-sudu
senor
Mok mu
tido lagu mana??
Ayat-ayat ini
selalu dialunkan setiap kali menangkap serangga yang unik ini semasa
kecil-kecil dulu. Biasanya entah bagaimana, sang sudu seno akan memberi reaksi
terhadap alunan ini. Kaki hadapan yang panjang itu dibengkokkan lalu kepala
digerak-gerakkan ke kiri dan kanan. Satu bentuk hiburan zaman dahulu sebelum
wujudnya internet atau PS.
Sudu Senor juga
pernah di popularkan oleh adik Abae Zu dulu sebagai nick IRC nya semasa dia
menuntut di Hull, UK dahulu.
Sudu seno atau
mentadak mentadu adalah sejenis serangga karnivor yang tergolong dalam keluarga
Mantidae. Biasanya berwarna HIJAU (orae kito), tapi boleh didapati juga dalam
berbagai warna. Saiznya pula ada yang besar dan ada yang kecil bergantung
kepada spesisnya.
Sudu seno adalah
serangga yang sangat ‘cool’. Sekiranya kita berpeluang memerhatikannya, ia
tidak bergopoh-gapah, walau pun dalam menangkap mangsanya. Dengan kedua-dua
kaki hadapan yang mempunyai duri-duri yang tajam diangkat dan menunggu dalam
keadaan tidak bergerak sedikit pun, sudu seno akan menunggu mangsa yang lalu.
Disebabkan warnanya yang seakan-akan persekitaran ia dapat melakukan penyamaran
dengan baik. Apabila mangsa berada dekat dengannya, dengan serta merta ia
menujah kaki hadapannya yang sangat kuat itu dan menangkapnya, lalu mengigit
dan terus menelannya.
Selepas ini
sekiranya terjumpa dengan sudu senor, jangan apa-apakan nya. Selain dari
‘cool’, cantik, orae kito, ia boleh dijadikan sebagai pest control semula jadi.
2 comments:
lawak gambo mentadak mentadu ittewww.. salammmz
Apakah jenis kehijauan herbivor atau karnivor.?bisa ingin mengenali lebih mendalam.
Post a Comment