Agenda kedua adalah perebah lembu, dimana lembu dijerat kaki untuk dijatuhkan, ini memerlukan kepakaran dan akan hanya dilakukan oleh ahli-ahli yang berpengalaman, yang lain cuma tolong tarik tali saja. Setelah lembu jatuh, keempat-empat kakinya di ikatkan lalu lembu itu dipusingkan kearah qiblat.
Seterusnya semua peserta akan memberi 'wakil' kepada tukae jembelih (tukang sembelih) untuk menyembelih lembu tersebut. Semasa pisau berada di leher lembu semua orang akan bertakbir dan seterusnya pisau yang tajam dilalukan ke leher lembu sehingga putus urat semerih nya. Ikatan kaki dileraikan supaya lembu boleh 'tendae ssaka' (tendang pusaka) iaitu meronta. Untuk menentukan nyawa pada lembu tersebut sudah tiada lagi, kuku kakinya akan diketuk dengan hulu pisau, sekiranya tiada reaksi bermakna ia sudah mati. Selepas itu sahaja semua yang terlibat akan ssiang lembu sehingga tamat, dan dibahagikan kepada semua peserta.
Diantara bahagian yang menjadi favourite adalah daging musir (dalam dan luar), perut muda, batu dan daging cinonok. Bagi siapa yang tidak pernah berqurban, cuba lah Hari Raya Haji tahun depan sekiranya umur panjang. Seronok!
Sebenarnya musir adalah perkataan dari 'muscle' yang telah di Kelantanized. Daging musir adalah daging batang pinang (sirloin), bahagian daging yang paling lembut.

musir : muscle > a band or bundle of fibrous tissue in a human or animal body that has the ability to contract, producing movement in or maintaining the position of parts of the body: the calf muscle : the sheet of muscle between the abdomen and chest.
No comments:
Post a Comment