Salam Seni Sehalaman
(buat tok dalang, juara dan tukang karut)
Masa kecilku sebelum darjah satu
di pesisiran pantai Sabak
di situ tempat pertama melihat
panggung wayang kulit dan bangsal dikir barat
bersama ayah dan ibu serta orang kampung
berhimpun setiap sekali setahun.
Tidak pasti siapakah tok juara dan tukang karut
di atas bangsal diiringi awak-awak
tidak kukenal siapakah tok dalang
kusaksi hanyalah Wak Long dan Pak Dogol
serta Seri Rama bergomol dengan barisan Bota.
Selepas darjah tiga aku di Khatib Ali
setiap Januari di bandar Kota Bharu
baru ku kenal Pak Leh Tapang
dan Seman Wau Bulan
baru kutahu siapa Dollah Baju Merah
dan siapa pula Pak Hamzah.
Semasa tingkatan Lima mulai menulis
aku ke rumah Pak Leh yang sekampung
ke rumah Tok Ngah Seman walau jauh
sebelum itu aku ke kampung Gerong
menyelidik Pak Hamzah
tapi Dollah Baju Merah kukenal dulu
di kampung Kemumin dekat Panchor
kampung kelahiranku.
Tepuk dan dendangan dendang di pentas malam
mengiringi seloka pantun bersambut salam
sejak Pak Leh Tapang membawa masuk
dan sebelah Siam ke negeri Kelantan
telah berubah corak dan irama bertukar
tapi nama Dikir Barat tetap kekal.
Pantun Pak Leh masih segar dan sukar ditiru
Tok Ngah Seman pula meninggalkan
wau bulannya dengan tetap tiga teraju
Iagu busur pula bergema di akhir persembahan.
Salleh Jambu dulu menggunting rarnbutku
meninggalkan serulingnya
dengan irama sungguh terharu.
Hussain Gelang Emas sempatkah meninggalkan
gelang emas kepada anak dan isteri,
Awang Ikan Duyung telab lama pergi
meninggalkan duyungnya di muara sanubari
Arifin Ana meninggaikan suara emasnya
Cikgu Darul Naim juga telah pergi
selepas Ismait Gunung Ganang berpulang
kami di sini mengharap akan muncul pengganti
meski suara mereka ada dalam cd.
Hanya tiga orang tok dalang sempat kudekati
Pak Hamzah dan Dollah Baju Merah
yang selalu senyum mencuit tasik hati
kedua-duanya sudah ke alam abadi
tidak dapat aku anugerahkan mereka apa-apa
kecuali al-Fatihah seiring doa salam seni.
Masih ada tok dalang
Pak Nik Mat Suara Mas di kampung Balai
tok juara Daud masih di Bukit Abal
Megat Nordin kadang-kadang tak sempat berehat,
Fandi Ayam Serama kebetulan tinggal sekampung
selalu muncul dengan idea-idea baru
sesekali bersapa di halaman masjid hari Jumaat.
Abdul Hadi Yusoff
Kg. Chekok
dipetik dari Jendela Timur Bil.20, April 2007
No comments:
Post a Comment