Pernah Dengar Perkataan Ini ???
séǽ : (séér) berasa jijik atau geli kerana kotor
kawe ssero séǽ nak gi kut lorong tu, lokang melipah, kotor sangat
aku berasa jijik lalu ikut lorong itu, air longkang nya melimpah, ee kotor sangat
séeh : terlampau kenyang
lepah kena mee Kapo Pek tigo pingge tadi, ssero séeh, nnyawo tak lepah
selepas makan Mee Kampong Pek tiga pinggan tadi, terasa kenyang sangat, nak bernafas pun susah
séit : tubuh yang panas dan berpeluh (mungkin kerana demam)
kawe séit, kenœ mandi dulu.
tubuh saya panas dan berpeluh, kena mandi dulu
sék : koyak, carik
bakpœ dœk lok, habih buku abæ diyœ kena sék
kenapa di biarkan, habis buku abang nya di koyak
27 Mar 2008
26 Mar 2008
Salam Seni Sehalaman
Salam Seni Sehalaman
(buat tok dalang, juara dan tukang karut)
Masa kecilku sebelum darjah satu
di pesisiran pantai Sabak
di situ tempat pertama melihat
panggung wayang kulit dan bangsal dikir barat
bersama ayah dan ibu serta orang kampung
berhimpun setiap sekali setahun.
Tidak pasti siapakah tok juara dan tukang karut
di atas bangsal diiringi awak-awak
tidak kukenal siapakah tok dalang
kusaksi hanyalah Wak Long dan Pak Dogol
serta Seri Rama bergomol dengan barisan Bota.
Selepas darjah tiga aku di Khatib Ali
setiap Januari di bandar Kota Bharu
baru ku kenal Pak Leh Tapang
dan Seman Wau Bulan
baru kutahu siapa Dollah Baju Merah
dan siapa pula Pak Hamzah.
Semasa tingkatan Lima mulai menulis
aku ke rumah Pak Leh yang sekampung
ke rumah Tok Ngah Seman walau jauh
sebelum itu aku ke kampung Gerong
menyelidik Pak Hamzah
tapi Dollah Baju Merah kukenal dulu
di kampung Kemumin dekat Panchor
kampung kelahiranku.
Tepuk dan dendangan dendang di pentas malam
mengiringi seloka pantun bersambut salam
sejak Pak Leh Tapang membawa masuk
dan sebelah Siam ke negeri Kelantan
telah berubah corak dan irama bertukar
tapi nama Dikir Barat tetap kekal.
Pantun Pak Leh masih segar dan sukar ditiru
Tok Ngah Seman pula meninggalkan
wau bulannya dengan tetap tiga teraju
Iagu busur pula bergema di akhir persembahan.
Salleh Jambu dulu menggunting rarnbutku
meninggalkan serulingnya
dengan irama sungguh terharu.
Hussain Gelang Emas sempatkah meninggalkan
gelang emas kepada anak dan isteri,
Awang Ikan Duyung telab lama pergi
meninggalkan duyungnya di muara sanubari
Arifin Ana meninggaikan suara emasnya
Cikgu Darul Naim juga telah pergi
selepas Ismait Gunung Ganang berpulang
kami di sini mengharap akan muncul pengganti
meski suara mereka ada dalam cd.
Hanya tiga orang tok dalang sempat kudekati
Pak Hamzah dan Dollah Baju Merah
yang selalu senyum mencuit tasik hati
kedua-duanya sudah ke alam abadi
tidak dapat aku anugerahkan mereka apa-apa
kecuali al-Fatihah seiring doa salam seni.
Masih ada tok dalang
Pak Nik Mat Suara Mas di kampung Balai
tok juara Daud masih di Bukit Abal
Megat Nordin kadang-kadang tak sempat berehat,
Fandi Ayam Serama kebetulan tinggal sekampung
selalu muncul dengan idea-idea baru
sesekali bersapa di halaman masjid hari Jumaat.
Abdul Hadi Yusoff
Kg. Chekok
dipetik dari Jendela Timur Bil.20, April 2007

25 Mar 2008
Bahaso Kelatæ 101 Siri 0003
Kelantan Maksud Lain .....
Dalam bahasa Kelantan terdapat beberapa perkataan yang membawa maksud betul-betul berlawanan dari Bahasa Malaysia, yang biasanya orang salah faham seperti :-
selalu : tidak berhenti-henti; sentiasa ada; sepanjang masa: (kamus pelajar DBP)
Ketika berada di US dahulu saya selalu teringat akan ayah dan ibu.
selalu : terus (Bahaso Kelatæ)
kalu cikgu bui kejo, jange dok tangguh, buat selalu.
kalau guru beri kerja jangan bertangguh, buat terus.
rajin :
1. suka bekerja (belajar dll); giat; tekun:
Ia rajin belajar.
2. selalu berbuat sesuatu; kerap kali melakukan sesuatu:
Ia rajin pergi ke masjid.
3. kerajinan hal atau sifat rajin; ketekunan:
Kerana rajin belajar, mereka lulus dgn mendapat markah yg tinggi. (Kamus Pelajar )
rajin : pernah (Bahaso Kelatæ)
walau pun kawe ore Kelate, kawe tak rajin gi Gollok
walau pun saya berasal dari Kelantan, saya tidak pernah ke Golok
tuak : minuman yg dibuat drpd nira enau, nira kelapa dsb: (Kamus Pelajar)
Eh San mabuk setiap hari selepas minum tuak
air tuak : air nira segar (tidak memabukkan) (Bahaso Kelatæ)
Dale bule pose, tak sah kawe kalu tak bbuka denge air tuak
Dalam bulan Ramadan, setiap hari saya berbuka dengan air nira.
semoga tiada salah faham lagi ...

24 Mar 2008
Menteri Besar Kelantan
1886 - 1890 Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (kali pertama)
1890 - 1894 Said bin Ngah
1894 - 1900 Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (kali kedua)
1900 - 1920 Hassan bin Mohamed Salleh
1921 - 1944 Nik Mahmud bin Ismail
1944 - 1953 Nik Ahmed Kamil bin Nik Mahmud
1953 - 1959 Mohamed Hamzah bin Zainal Abidin
1959 - 1964 Datuk Ishak bin Lotfi Omar PAS
1964 - 1974 Datuk Mohd Asri Muda (b. 1923 - d. 1992) PAS
1974 - Mar 1978 Datuk Mohamad Nasir (b. 1916 - d. 1997) BERJASA
Mar 1978 - 22 Oct 1990 Tan Sri Mohamed Yaacob (b. 1926) UMNO
22 Oct 1990 - sampai sekarang :
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (b. 1931) PAS

23 Mar 2008
Bahaso Kelatæ 101 Siri 0002
Bunga Bahasa
Dalam Bahaso Kelate terdapat beberapa perkataan yang di tambah dalam ayat bagi menerangkan keadaan atau menguatkannya. Ianya bunga bahasa yang agak unik dan menarik.
Contoh :-
deh? : meminta persetujuan atau memohon restu, lebih kurang "OK"
Kawe balek dulu deh?
Saya pulang dulu ok
yak : perkataan yang dikeluarkan secara sepontan apabila terkejut, tergelincir atau nak terjatuh; lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
yak boktan, terkejut kawe
oops! terkejut saya dibuatnya.
jah : menunjukkan bilangan atau jumlah yang sedikit atau tidak mencukupi, lebih kurang 'just' atau aje
muroh hargœ buah pauh tu, tiga amah jah .
murah buah mempelam tu, RM 1.50 aje.
nah : menunjukkan bilangan atau jumlah yang banyak, melebehi yang sepatutnya
mahal sunggoh butir ttere kkeda tu, 15 rial nah setengah kilo.
mahal betul harga biji jagus di kedai itu, RM15.00 untuk 1/2 kilo.
gak : lebih kurang 'so' atau 'habis tu..'
kawe tak dæ nak mmikir doh, gak nak buat lagu mana?
saya kehabisan idea, habis tu lepas ni bagaimana?
pah? : lebih kurang gak
pah guano kiro ni?
habis tu bagaimana ni?
ho (disebut melalui hidung) : memberi persetujuan; 'ya' atau 'yes'
ho, kawe nak gi jugok
ya, saya pun nak ikut sama
dok? : meminta kepastian, lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
aku dengar ce' mung bbini dua, yolor kœ dok?
saya dapat berita bapa awak berkahwin lagi, betul ke?
lamœ ke : nanti
lanta tu licin, jjale mmolek, lamœ ke rebah.
lantai tu licin, jalan elok-elok, nanti kan jatuh.

17 Mar 2008
Bahaso Kelatæ 101 Siri 0001
agah - bersifat sombong
kalu mung masuk kapœ oŕe, jangê agah sanga’
kalau kamu masuk kampung orang, jangan agah sangat.
aji - permainan dam:
lepah main aji, mung tulong gi beli kerpo’ gotellepas main aji, kamu kena beli keropok lekor.

2 Mar 2008
Doa Dari Al-Quran
Doa Dari Al-Quran
(Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, supaya mereka menjadi baik serta betul. (QS. 2:186)

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka. (S. 2:201)
Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami dan menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir. (S. 2:250)
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau kira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. (S. 2:286)Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu dari kami. (S. 2:286)
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami; serta ampunkanlah dosa kami; dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir. (S. 2:286)
Subscribe to:
Posts (Atom)