31 Dec 2008

Selamat Berjuang Anak-Anak Ku

Masuk Darjah Satu

30 Disember 2008, bersamaan 2 Muharram 1430, Abae Zu mengambil cuti pada hari ini. Tujuan adalah untuk menyempurnakan dua hal yang penting berkaitan pendidikan anak-anak.

Yan pertama, pada hari ini Shafiqa Sufina anak yang ketiga diterima masuk ke Darjah Satu di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (3), Kota Bharu. Fiqa agak ‘excited’ untuk ke sekolah, bangkit awal dan mengenakan uniform sekolah yang baru.





Puan Guru Besar memberi taklimat dan juga pengharapan beliau kepada murid-murid dan juga ibu bapa.

Selamat Menghadapi Alam Persekolahan Untuk Adik.

Dapat Keputusan PMR

Pada hari ini juga Hilmi Hisham, anak sulung kawae yang belajar di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu mendapat keputusan PMR yang didudukinya bulan Oktober lepas. Keputusan yang sepatutnya diketahui pada pukul 12:30 tengahari di sekolah, diketahui lebih awal melalui seorang rakan Cikgu Khairul Fathmi melalui telefon. Beliau adalah guru yang bertanggung jawab mendapatkan keputusan PMR sekolah Maahad dari Yayasan Islam Kelantan.

Kawae dengan Abah kawae dan juga
orae ttino
kawae sama-sama hadir ke sekolah untuk berkongsi saat yang besejarah ini dengan Hisham.




Maahad Muhammadi Lelaki adalah diantara sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan yang ditubuhkan di Negeri Kelantan, di bawah Kerajaan Negeri Kelantan. Sekolah di bawah YIK menjalankan 2 kurikulum serentak iaitu kurikulum Al-Azhar dan juga kurikulum Kebangsaan. Zaman persekolahan pelajar-pelajar seperti Hisham di sekolah kelolaan YIK akan dipenuhi dengan peperiksaan. Bermula dari Tingkatan 2 hingga ke Tingkatan 6 Atas, pelajar-pelajar akan melalui peperiksaan PMRU, PMR, SMU, STAM dan STPM.

Pada tahun ini keputusan Maahad Muhammadi Lelaki dalam PMR meningkat secara keseluruhan tetapi bilangan pelajar cemerlang yang mendapat 9A merudum dari 40 orang pada tahun 2007 kepada cuma 26 orang pada tahun ini. Dari 313 orang calon yang menduduki PMR, pecahan mengikut bilangan A yang diperoleh adalah seperti berikut:-




9A – 26 orang
8A – 32 orang
7A – 40 orang
6A – 42 orang
5A – 44 orang
4A – 32 orang
3A – 37 orang
2A – 23 orang
1A – 26 orang
tiada A – 11 orang


Mengikut perkhabaran di Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, bilangan pelajar yang mendapat 9A adalah seramai 75 orang, jauh lebih baik berbanding counterpart nya.




Walau apa pun
tahniah kepada Abae Sham
kerana berjaya memperoleh kejayaan cemerlang 10 A (1 A lagi Abah yang tambah). Keep up the good work. Semoga kecemerlangan seperti ini berterusan dalam hidup di dunia dan akhirat nanti.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru yang telah mengajar Hisham secara langsung atau tidak langsung dari pra sekolah, sekolah rendah sehingga kini, budi tuan-puan hanya Allah swt yang dapat membalas.

28 Dec 2008

Buatae Kelatae


X'Mas

Isa Ibn Maryam

25 Disember adalah Hari Natal/Krismas yang disambut oleh penganut Kristian di seluruh dunia. Ia adalah kononnya sebagai menyambut kelahiran Jesus Christ, tokoh utama dalam agama Kristian, dipercayai oleh penganutnya sebagai anak tuhan.

Mengikut The Oxford World Encyclopedia :

Christmas

An annual Christian festival celebrating the birth of Jesus Christ. The date of Jesus' birth is unknown, but tradition celebrates Christmas Day on 25 December, a date first recorded in ad 336. The importance of Christmas in the Christian year varies regionally: in the Eastern Orthodox Church, Epiphany is considered to be more important, whereas most Western Churches exalt Easter.

Jesus Christ (c.6 bc–c.30 ad)

The central figure of Christianity, believed by his followers to be the Son of God, of one essence with God the Father and God the Holy Spirit (the doctrine of the Trinity). The Gospels of the New Testament are the main sources of information about Jesus. According to them, Jesus was born at Bethlehem to Mary, by tradition a virgin, in the reign of Augustus Caesar. He was brought up at Nazareth in Galilee and received a traditional Jewish education.

Al-Quran menceritakan kelahiran Nabi Isa a.s. di dalam Surah Maryam, Ayat 16 - 35

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. (16)

Kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu dia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. (17)

Maryam berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu kalaulah engkau seorang yang bertakwa. (18)

Dia berkata: Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci. (19)

Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun dan aku pula bukan perempuan jahat? (20)

Dia menjawab: Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. (21)

Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu dia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh. (22)

(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (23)

Lalu dia diseru dari sebelah bawahnya: Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. (24)


Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. (25)

Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini. (26)

Kemudian baliklah dia kepada kaumnya dengan mendokong anaknya mereka pun menempelaknya dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya engkau telah melakukan suatu perkara yang besar salahnya! (27)

Wahai saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu pula bukanlah seorang perempuan jahat! (28)

Maka Maryam segera menunjuk kepada anaknya. Mereka berkata (dengan hairannya): Bagaimana kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian? (29)

Dia menjawab: Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Dia telah memberikan kepadaku Kitab (Injil) dan Dia telah menjadikan daku seorang Nabi. (30)

Dan Dia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup. (31)

Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku dan Dia tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka. (32)

Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat). (33)

Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya. (34)

Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. (35)

Semoga kita semua tahu apa yang kita lakukan sebagai seorang Islam, yang percaya dan beriman dengan Al-Quran, jangan mudah menjadi pak turut. Datang saja musim Krismas, pakai baju merah, makan ayam belanda, bertukar hadiah, pasang pokok krismas, minum dan minum dan minum ....

18 Dec 2008

Gurindam Tok Guru

Gurindam Tok Guru

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengemukakan gurindam untuk bakal pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu sebagai panduan sebelum mengundi.

Gurindam itu berbunyi:

Nak beri rasuah salah,
tak beri rasuah kalah,
akhirnya jadi serba salah,
kerana itu jom pakat undi PAS.

Sebelum ini beliau pernah mengemukakan gurindam politiknya untuk dimanfaatkan oleh rakyat Kelantan sebelum pilihan raya umum 1990 yang masyur sehingga kini.

Gurindam berkenaan berbunyi:

Beri duit ambil,
beri kain pakai,
beri gula kacau,
bila mengundi pangkah bulan.


Untuk Orang Kuala Terengganu : 'Jangang ikuk ere sangak ke AMNO tu'

dari : http://www.harakahdaily.net/

14 Dec 2008

Sudu Senor



Sudu Senor

Sudu-sudu senor
Mok mu tido lagu mana??

Ayat-ayat ini selalu dialunkan setiap kali menangkap serangga yang unik ini semasa kecil-kecil dulu. Biasanya entah bagaimana, sang sudu seno akan memberi reaksi terhadap alunan ini. Kaki hadapan yang panjang itu dibengkokkan lalu kepala digerak-gerakkan ke kiri dan kanan. Satu bentuk hiburan zaman dahulu sebelum wujudnya internet atau PS.

Sudu Senor juga pernah di popularkan oleh adik Abae Zu dulu sebagai nick IRC nya semasa dia menuntut di Hull, UK dahulu.

Sudu seno atau mentadak mentadu adalah sejenis serangga karnivor yang tergolong dalam keluarga Mantidae. Biasanya berwarna HIJAU (orae kito), tapi boleh didapati juga dalam berbagai warna. Saiznya pula ada yang besar dan ada yang kecil bergantung kepada spesisnya.

Sudu seno adalah serangga yang sangat ‘cool’. Sekiranya kita berpeluang memerhatikannya, ia tidak bergopoh-gapah, walau pun dalam menangkap mangsanya. Dengan kedua-dua kaki hadapan yang mempunyai duri-duri yang tajam diangkat dan menunggu dalam keadaan tidak bergerak sedikit pun, sudu seno akan menunggu mangsa yang lalu. Disebabkan warnanya yang seakan-akan persekitaran ia dapat melakukan penyamaran dengan baik. Apabila mangsa berada dekat dengannya, dengan serta merta ia menujah kaki hadapannya yang sangat kuat itu dan menangkapnya, lalu mengigit dan terus menelannya.

Selepas ini sekiranya terjumpa dengan sudu senor, jangan apa-apakan nya. Selain dari ‘cool’, cantik, orae kito, ia boleh dijadikan sebagai pest control semula jadi.


13 Dec 2008

Daging Musir

Daging Musir

Selamat Hari Raya Aidil Adha/Haji/Korban/Gerbae kepada semua. Walau pun ia tidak semeriah Hari Raya Puasa tetapi terasa juga kemeriahannya di Kelantan. Orae Kelatae cuti 2 hari, 8 dan 9 Disember. Hari Raya ini dikaitkan dengan ibadah Haji dan juga ibadah Qurban iaitu penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri atau unta. Hukum berqurban adalah sunat muakkadah, sunat yang sangat-sangat dituntut. Sepatutnya setiap keluarga yang berkemampuan melakukan qurban. Harga sebahagian lembu adalah diantara RM280.00 - RM350.00, bergantung kepada saiz lembu. Jika dibandingkan dengan harga rokok atau bil prepaid telefon, tidak seharusnya kita berkira untuk berqurban.

Acara gerbae bermula apabila semua peserta akan berkumpul untuk melakukan akad jual beli. " Ambo beli sebahagian dari tujuh bahagian". Serta niat qurban, "sahaja aku berkorban untuk diri dan keluarga ku pada tahun ini kerana Allah taala." Setiap ekor lembu dibahagikan kepada tujuh sahaja, tidak lebih atau kurang.
Agenda kedua adalah perebah lembu, dimana lembu dijerat kaki untuk dijatuhkan, ini memerlukan kepakaran dan akan hanya dilakukan oleh ahli-ahli yang berpengalaman, yang lain cuma tolong tarik tali saja. Setelah lembu jatuh, keempat-empat kakinya di ikatkan lalu lembu itu dipusingkan kearah qiblat.

Seterusnya semua peserta akan memberi 'wakil' kepada tukae jembelih (tukang sembelih) untuk menyembelih lembu tersebut. Semasa pisau berada di leher lembu semua orang akan bertakbir dan seterusnya pisau yang tajam dilalukan ke leher lembu sehingga putus urat semerih nya. Ikatan kaki dileraikan supaya lembu boleh 'tendae ssaka' (tendang pusaka) iaitu meronta. Untuk menentukan nyawa pada lembu tersebut sudah tiada lagi, kuku kakinya akan diketuk dengan hulu pisau, sekiranya tiada reaksi bermakna ia sudah mati. Selepas itu sahaja semua yang terlibat akan ssiang lembu sehingga tamat, dan dibahagikan kepada semua peserta.
Diantara bahagian yang menjadi favourite adalah daging musir (dalam dan luar), perut muda, batu dan daging cinonok. Bagi siapa yang tidak pernah berqurban, cuba lah Hari Raya Haji tahun depan sekiranya umur panjang. Seronok!

Sebenarnya musir
adalah perkataan dari 'muscle' yang telah di Kelantanized. Daging musir adalah daging batang pinang (sirloin), bahagian daging yang paling lembut.
musir : muscle > a band or bundle of fibrous tissue in a human or animal body that has the ability to contract, producing movement in or maintaining the position of parts of the body: the calf muscle : the sheet of muscle between the abdomen and chest.





Appropriate dress code for gerbae, seluar pendek, t-shirt and a kopiah

12 Oct 2008

Buah Pisæ

Buah Pisæ

Pisæ (PISANG) adalah sejenis tumbuhan sentiasa berherba (tidak berkayu), yang mempunyai daun besar, dan boleh mencapai ketinggian sehingga 10m (33 kaki). Ia dari genus Musa, keluarga Musaceae. Pisæ pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara ia itu dari spesis Musa acuminata dan M. balbisiana, kini berjaya dikomersialkan terutamanya M. sapientum. Ia kini ditanam di kebanyakan kawasan tropika, terutamanya di kawasan tanah rendah yang lembap.

Pisæ adalah buahan tropika yang paling banyak dimakan, dengan keluaran tahunan lebih kurang 35,000,000 tan dengan Amerika Latin dan West Indes sebagai pengeksport utama ke Amerika Utara dan Eropah. Pisæ mempunyai 1,001 khasiat, kaya dengan pelbagai vitamin.

Terdapat berbagai jenis pisæ yang dikenali dengan berbagai nama di Malaysia. Di Kelatæ ada pisæ gerasa, ggala, jela berangan, jela bunga, kapas, kebatu, kelat jambi, kelat keling, kelat lega, lemok manih, nakoe (nangka), tanduk dan lain-lain.

Banyak cara kita makan pisæ. Ia boleh direbus, goreng, bakar dan dan di buat berbagai juadah seperti pengat, lepat, kkoleh, sira serta jjeput (jemput-jemput). Disamping itu juga pisæ dan juga bunganya (jantung) boleh dibuat lauk pauk untuk di makan bersama nasi.

Pada asasnya, semua pisæ boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisæ yang tidak dimakan seperti pisæ ggala dan pisæ hutan kerana terlalu banyak biji. Ada pisæ yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah.

Pisæ boleh membekalkan tenaga. Pisæ mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pada zaman dahulu sebelum baby’s food diperkenalkan ibu-ibu memberi makan pisæ lecek sebagai makanan tambahan kepada anak mereka. Makæ pisæ boleh sihatkan badan. Ia memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

2 biji pisæ emas mengandungi

100 kalori
73gram (g) air
1.4g protein
23 g karbohidrat
1.7 g serat
380 mikro gram (mg)
karoten (pre vitamin A)
63 RE vitamin A
8.3 mg vitamin C
342 mg kalium

Khasiat nya pula pisæ mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Kegunaan pisæ adalah berbagai. Daun, batang, buah, bunga pisæ boleh dibuat macæ-macæ.

  • Alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. (makæ di Curry House).
  • Bukus (balut) kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
  • Buat rakit.
  • Urat (gentian) boleh diproses buat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
  • Makan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.
  • Jantung pisæ dibuat sebagai ulam selepas dicelur.


Sira Pisæ

Bahan-Bahan : pisæ (nangka , kebatu dll), gula kastor, bunga cengkih, kulit kayu manis dan pewarna kuning.

Cara membuat: Masakkan gula di atas api yang perlahan sehingga warna bertukar menjadi kekuning-kuningan. Sesudah itu masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis, pewarna kuning dan pisæ. Biarkan pisæ itu sebati dan boleh dihidangkan.


Pengat Pisæ

Bahan-Bahan: pisæ (nangka, kebatu dll) dipotong, santan dari sebiji kelapa, gula kabung, daun pandan dan sedikit gula pasir.

Cara membuat: Masukkan santan ke dalam periuk kemudian masukkan gula kabung dan daun pandan. Masukkan pisæ setelah santan mendidih. Untuk perisa tambahan, masukkan gula dan sedikit garam.


Jjeput Pisæ

Bahan-Bahan: gula, tepung gandum (diayak), pisæ kapas, sedikit garam, baking powder dan minyak untuk menggoreng.

Cara membuat : Kupas pisæ, lecek dalam mangkuk. Campurkan gula, tepung gandum dan kacau rata-rata. Panaskan anggaran 1/2 kuali minyak. Letakkan sehelai kertas serap minyak & bentangkan diatas pinggan. Cedok adunan dengan sudu basah & masukkan ke dalam minyak yang panas dengan menggunakan sudu basah yang lain untuk membulatnya. Goreng hingga kuning, sambil membalik-baliknya perlahan-lahan dengan belakang sudip berlubang. (Ini menjadikan kuih itu berbentuk bulat). Toskan hingga kering & hidangkan dalam pinggan kuih.


Acar Putik Pisæ Ggala

Bahan-Bahan: pisæ ggala putik, lada kering, halia, bawang putih, bawang merah, bawang besar, 1 cawan santan, minyak, cuka, garam dan gula secukup rasa.

Cara membuat: Pisæ dibuang kulit hitamnya kemudian dikelar-kelar melintang, halus-halus dan direndam dalam air garam. (Semasa merendam ramas-ramaslah pisæ itu supaya keluar rasa kelatnya. Rendamlah lebih kurang 15 minit). Lada kering , bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat. Panaskan periuk, tuang minyak untuk menumis.Bila minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk. Bila naik bau tuangkan santan, kemudian masukkan cuka, gula dan garam sebagai perasa. Pisæ yang telah dibersihkan, ditoskan. Bila kuahnya sudah elok mendidih dan naik minyak di atasnya, masukkan putik pisæ tadi, biar sekejap kemudian angkat dan hidangkan.


Gulai Putik Pisæ

Bahan-Bahan: putik pisæ , minyak, ikan bilis, santan pekat , air, cili padi dan kunyit hidup.

Cara membuat : Cili padi dan kunyit hidup dikisar lumat. Pisæ muda dibersihkan dan dipotong dua, rendam bersama air, garam dan asam. Tumis bahan kisaran dan ikan bilis. Masukkan pisæ muda dan sedikit air (reneh). Masukkan santan pekat dan air didihkan dengan api yang perlahan rasa garam secukup rasa.


Teresek Jantung Pisæ

Bahan-bahan: Keropeh ayam (tengkuk,kaki,kepak, pedal, jantung atau hati), jantung pisæ, 2 cawan santan pekat, kerisek, cili merah dan hijau, garam, gula atau nnisæ, asam jawa atau asam gelugor, rempah kari daging timbang. (Boleh beli di Pasar Siti Khadijah).

Bahan kisar : Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan sedikit cili kering.

Cara membuat: Keropeh ayam dipotong kecil, jantung pisæ dihiris-hiris halus direndam dalam air berisi garam kasar lebih kurang 1 - 1½ jam, lepas tu tapis, dan perah untuk buang kelatnya. Tumis bahan kisar hingga wangi. Lepas itu masukkan rempah kari, biarkan agak wangi baru masukkan potongan keropeh ayam tadi. Biarkan ayam masak sebati dengan kari tadi. Masukkan jantung pisæ, bila jantung sudah agak lembut , masukkan kerisek, garam dan sedikit gula/nisæ. Kacau dan biarkan sehingga kuah agak pekat. Masukkan cili potong, air asam jawa dan rasakan masin dan masamnya (sedikit rasa masam aja), biarkan masak sekejap.

8 Oct 2008

Bahaso Kelatæ 101 Siri 0011

Kata Adjektif


sambungan ....


lekat ggondeng : melekat dengan kuat
lemah lotek : sangat lemah
lembik lotek : sangat lembik
licin moner : habis licin
luas lita : sangat luas
lumat leik : lumat habis
malam bole : waktu malam
manis lleting : sangat manis
mase cetum; mase ppurik : sangat masam
masin pperat : sangat masin
meroh mmere : sangat merah
mmalah hapah : sifat sangat pemalas
nipis seriak : sangat nipis
nnakut apah; nnakut hapah : sifat sangat penakut
pahit llepe : sangat pahit
panas bekuan; panas benge; panas bekobot; panas ce : keadaan yang sangat panas
panjang ddaung; panjang jjolor; panjang celerek : sangat panjang (bergantung pada benda)
pedas nnyenga : sangat pedas
pendek kketot : sangat pendek
penuh litir; penuh rumbu : keadaan bekas yang penuh sampai ke atas
pucat putih; pucat kesi : sangat pucat
punah janae : rosak binasa
puteh sueh; puteh lueh; puteh sepor : sangat puteh (bergantung pada benda)
putik ddekoh : buah yang belum masak
rebah ccatak; rebah bek; rebah ping : keadaan jatuh


29 Sept 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum Sempena Ramadhan sudah sampai ke penghujung dan Syawal akan tiba, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon seribu/sejuta kemaafan terhadap segala kesalahan yang telah di lakukan samada secara siuman atau kurang siuman.

Ya ALLAH, akhir Ramadhan yang barakah ini, Muliakan dan Sayangi semua Sahabat-Sahabat ku.

Bahagiakan keluarganya.
Sihatkan tubuh badannya.
Berkati rezekinya
Kuatkan Imannya
Beri Kenikmatan ibadah padanya
Jauhkannya dari Fitnah
Suburkan benih keislaman pada zuriat dan keturunannya
Masukkan dia ke dalam SyurgaMU tanpa hisab
Amin Ya ALLAH.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

From :

Marzuki Yusoff
Wan Suhana Wan Husain
Hilmi Hisham Marzuki
Shahira Sofea Marzuki
Shafiqa Sufina Marzuki


سلامت هاري راي عيدالفطري

معاف ظاهير باطين

kalu tak bayar tterah lagi, gi lah, tok imae nok tutup keda doh

8 Sept 2008

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah

Zakat terbahagi kepada dua jenis, iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta-benda

Nilai semasa zakat badan ataupun zakat fitrah adalah bergantung di negeri masing-masing. Pada kebiasaannya ketua keluarga akan membayar kepada amil di masjid yang berdekatan dalam bulan Ramadhan

Tujuan besar mengeluarkan zakat ialah untuk menolong anggota-anggota masyarakat yang susah menderita dan yang berkehendakkan kepada pertolongan -pertolongan material juga menggalakkan orang-orang yang berada supaya sentiasa bersifat pemurah dan suka menolong orang-orang yang susah

Hikmah-hikmah mengeluarkan zakat ini memanglah banyak. Di antaranya dapat dirumuskan berikut:

  • Untuk memberi pertolongan kepada orang-orang susah dan fakir miskin.
  • Untuk menjauhkan sifat-sifat bakhil dari orang-orang Islam.
  • Untuk menggalakan orang-orang Islam yang berada supaya sanggup berkorban dengan harta-benda mereka untuk kepentingan masyarakat dan agama.
  • Untuk menguatkan tali persaudaraan di antara orang-orang berada dengan orang-orang yang tidak berada.
  • Sebagai tanda bersyukur di atas nikmat- nikmat yang telah dikurniakan Allah.
Syarat-syarat wajib zakat secara amnya empat perkara, iaitu:
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Sampai nisab, iaitu sampai kadar tertentu bagi tiap-tiap harta yang diwajibkan zakat.
Orang-orang yang berhak menerima zakat ada lapan golongan iaitu :

  • Orang-orang fakir: Orang yang tidak memiliki harta dan tidak mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin kehidupannya
  • Orang-orang miskin: Orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi untuk keperluan hidup
  • Amil-amil: Pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak yang berkenaan untuk memungut zakat
  • Orang-orang mualaf: orang-orang yang perlu dijinakkan hati mereka kerana baru menganut Islam
  • Hamba Mukatab: Hamba yang dijanjikan oleh tuannya akan dimerdekakan jika ia membayar wang kepadanya
  • Orang-orang yang menanggung hutang
  • Untuk kepentingan agama Allah
  • Orang-orang musafir yang terputus perbelanjaan
Di kategori mana agaknya letak Syarikat Telco dalam kedudukan asnaf lapan ini apabila kita melakukan pembayaran zakat melalui SMS?
Kadar Zakat Fitrah Tahun 1429 Hijrah
Johor : RM6.50
Kedah : RM7.00
Kelantan : RM7.60 - mahal jugak tu weh
Melaka : RM6.30
N.Sembilan : RM6.50
Pahang : RM7.30
Perak : RM7.00
Perlis : RM5.00/RM7.00
Pulau Pinang : RM7.30
Sabah : RM7.70
Sarawak : RM7.50
Selangor : RM5.20
Terengganu : RM6.00/ RM7.00 / RM8.00
Kuala Lumpur : RM5.20
Labuan : RM5.20
Putrajaya : RM5.20

20 Aug 2008

Peta Jalan


Peta Kota Bharu



Peta Tumpat

Peta Wakaf Bahru


Jalan-Jalan Ke Kota Bharu

Mantera Beradu

Terdengar lagu M.Nasir dan Malique di radio, kawæ cuba amati lirik nya, tak faham dan tak pahæ, cari dalam internet jumpa di http://www.muaturun.blogspot.com/, tak pahæ juga. Tapi kawæ cuba juga nak pahæ. Kalau ada yang faham, boleh sama-sama kita share.

Mantera Beradu

(Latar) Masih belum sempurna

(M. Nasir) Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia

(Malique) Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M. Nasir) Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang

(Malique) Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang

Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Latar) Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

(Malique) Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi

Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina

Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testarossa
cita-cita sosa KL KL Cosa Nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique) Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang

Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju

Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique & M. Nasir) Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut

(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu

Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku

(Malique) Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Latar) Akhirnya sempurna


Schizo - Versi ringkas schizophrenia, sejenis penyakit mental.
Paranoia - ketakutan melampau adalah salah satu simptom penyakit schizophrenia.
Testosteron - Hormon biologi dihasilkan manusia/haiwan. Biasanya dikaitkan sebagai penghasil ciri kelelakian/kejantanan.
Testarossa - Salah satu jenama kereta Ferrari
Cosa Nostra - Nama lain bagi Mafia, kumpulan penjenayah rahsia bermula di Pulau Sicily yang kini di seluruh dunia.


http://www.muaturun.blogspot.com/

27 Jul 2008

Bahaso Kelatæ 101 Siri 0010

Perkataan Ganti Nama
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.

Gantinama Diri
Gantinama Umum
Gantinama Pertanyaan
Gantinama Petunjuk
Gantinama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang

Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.

Gantinama Diri

Kata Ganti Diri Pertama

1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.

Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

aku (tunggal) : digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal) : digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal) : digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) : digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) : digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

Bagi Orang Kelatæ

kito (tunggal) :              digunakan bila bercakap dengan orang lebih tua
ambo (tunggal) :           digunakan apabila ingin menunjukkan rasa rendah diri "humbleness"
kawae (tunggal) :          digunakan bila bercakap dengan kenalan biasa
aku (tunggal) :              digunakan bila bercakap dengan saing hok rapit (rapat)
orae (orang) (tunggal) :  digunakan bila bercakap dengan dengan keluarga (mak, ayah)
sayo (saya) (tunggal) :   digunakan bila bercakap dalam keadaan formal.
ana (tunggal) :              digunakan bila bercakap dengan 'ustaz' atau orang PAS
I (tunggal) :                  digunakan bila bercakap dengan orang yang perasan dia pandai English (belajar English School)



25 Jun 2008

Bahaso Kelatæ 101 Siri 0009

Kata Adjektif

sambungan ....

kedekut banga; klorek hangit; kupik hangit : sangat kedekut
kelabu kelaloe : sangat kusam
kelat ddehe : sangat kelat
kenye bboyah : sangat kenyang
keras kekung; keras ccokeng : sangat keras
kering kote : kering kontang, sangat kering
ketar gegar; ketar kuhkuh : menggigil kesejukan, sangat sejuk
kubae lembae : sangat berselerak
kuca bara; kuca hanya : sangat tak tentu hala
kuning nnehe : kuning pekat
kuruh kekek; kuruh kering : sangat kurus
lama doklat : sangat lama, zaman purba
lapar ccerok; lapar jjelak : sangat lapar

17 Jun 2008

Jawi atau Jjawi

Jawi atau Jjawi

Dalam Bahasa Kelantan, peranan sabdu () adalah begitu besar dan boleh memberikan makna yang berbeza sama sekali bagi satu-satu perkataan. Cuba kita perhatikan sebagai contoh perbezaan antara perkataan-perkataan berikut :-

  • tok paka (not wearing) vs tok ppaka (useless)
  • kecek (tipu) vs kkecek (bercakap)
  • jawi (seni penulisan) vs jjawi (berkhatan)

Jawi

Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi dan ia merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan seperti dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Bagi siapa yang tidak tahu Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Ramai diantara kita terlupa atau tidak tahu bahawa tulisan Jawi telah di mansuhkan dari sistem Bahasa Melayu Kebangsaan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, lebih tepat lagi pemimpin UMNO. En Khir Johari, Menteri Pelajaran pada ketika itu telah melaksanakan pemansuhan tulisan Jawi dari sistem pelajaran Bahasa Melayu dengan persetujuan menteri-menteri kabinet yang lain. Yang sedihnya pemimpin-pemimpin lain dari UMNO selepasnya tidak membuat apa-apa usaha untuk mengembalikan martabat tulisan Jawi.

Jawi digunakan oleh orang Melayu untuk mempelajari pengetahuan agama dan digunakan oleh Kesultanan Melayu pada abad ke 13 sebagai tulisan untuk menulis dokumen dan juga undang-undang. Ianya juga simbol kebebasan kita dari kuasa kolonial barat di abad ke 19, seperti tulisan Nolya Thai yang menjadi simbol kebangsaan Thai. Pendapat yang menganggap tulisan Jawi tidak dapat mewakili bunyi sebutan Bahasa Melayu moden adalah tidak berasas. Bahaso Kelatæ boleh ditulis dengan lebih baik menggunakan tulisan Jawi berbanding Rumi. Selepas pemansuhan tulisan Jawi dari sistem pelajaran, generasi terkemudian tidak boleh membaca Jawi dengan baik, lalu menghasilkan generasi buta Jawi dan akhirnya buta Al-Quran. Itulah antara jasa terbesar UMNO untuk bangsa Melayu.

Jjawi

Jjawi atau bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab yang membawa erti potong. Khitan juga bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, jjawi maknanya potong kulub orang Islam (Kamus Dewan 549). Jjawi bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106) kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung clitoris.


prosedur biasa jjawi

Amalan jjawi di kalangan lelaki dan wanita bermula pada zaman Nabi Ibrahim, isterinya, Sarah dikhatankan. Peristiwanya bermula apabila Hajar mengandung, Sarah berasa cemburu, lalu bersumpah untuk memotong tiga bahagian anggotanya sendiri. Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan memotong hidung dan telinganya, lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan (Ibnu al-Qayyim; ibid 131). Setelah itu amalan jjawi menjadi sunnah bagi wanita Islam.

15 Jun 2008

Bahaso Kelatæ 101 Siri 0008

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah kata sifat yang menerangkan keadaan, rupa, atau sifat kata nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh disertai kata penguat atau/dan kata bantu. Kata adjektif boleh dikenali apabila ia

1. Disertai kata penguat: agak sedih, cantik nian, degil betul, hebat amat, murah sekali, paling pandai, rendah amat, sangat janggal, …

2. Disertai imbuhan ter yang bermaksud paling dan se yang bermaksud sama: tersayang, terlicin, tergatal, tercinta, semahal, sehitam, segatal, …

3. Hadir selepas nama benda / perkara: tulisan halus, lukisan cantik, pergerakan lincah, fikiran kolot, ikan busuk…

4. Dapat disertai kata nafi tidak: tidak sombong, tidak jahil, tidak kedekut…

5. Dapat diulang dengan awalan se dan akhiran nya:semasam-masamnya, sehitam-hitamnya, setinggi-tingginya, sekuat-kuatnya, selaju-lajunya…

Terdapat beberapa jenis kata adjektif yang menerangkan sifatan / keadaan, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan dan pancaindera

Dalam Bahaso Kelatae kata adjektif ini kerap kali digunakan apabila menerangkan keadaan yang 'extreme'. Penambahan dihadapan sesuatu perkataan seperti 'ter' atau 'se' tidak digunakan tetapi digantikan dengan sabdu. Ia bagaikan menguatkan lagi perkataan tersebut.

Contoh

basoh jjerok 
:
sangat basah
bekok ccobong 
:
bengkak yang kuat
belana kokna 
:
sangat banyak
belawok kohong 
:
sangat bohong
beletae kalae 
:
sangat berselerak
belok gelekok; belok bleka 
:
bengkang bengkuk
biru keto 
:
biru pekat
botok ssinar 
:
betul-betul botak
bulat ggotel 
:
betul-betul bulat
busuk banga; busuk kohong 
:
sangat busuk
cair llole 
:
sangat cair
carik celober 
:
keadaan pakaian compang camping
cema celoteng 
:
sangat kotor
ceroh jeriloh 
:
terang benderang
comel llote 
:
sangat cantik
coreng moreng 
:
keadaan muka yang sangat comot
dener ko’pe 
:
keadaan yang sangat basah, berair
gatal gelebek 
:
sangat gatal
gelap gelemat; gelap ggugut 
:
sangat gelap
gemuk ddebok; gemuk mmetok 
:
sangat gemuk
gerbae gerese 
:
kusut masai
habih licin 
:
habis tidak tinggal sedikit pun
hacing pperat 
:
sangat hacing
hangit lletong 
:
terlalu hangit
hangus lletong 
:
sangat hangus
hapok kohong 
:
sangat hapak
hija nnaung 
:
hijau pekat
hitae llege 
:
hitam pekat
hudoh bbanga 
:
sangat hodoh
jahil tukil 
:
sangat jahil, tidak tahu hukum hakam agama
jatuh celabok 
:
jatuh bertaburan
jauh jelaq 
:
sangat jauh
jjerok wok 
:
sangat basah
kalot kibut 
:
sangat kalut
kecik beleh ; kecik cceleh 
:
sangat kecil