Jarak Jauh Bandar Di Kelantan
6 Jul 2014
1 Jul 2014
Kadar Zakat Fitrah Kelantan Tahun 1435 Hijrah
Kadar Zakat Fitrah Kelantan Tahun 1435
Hijrah
Kadar zakat fitrah di Kelantan pada
tahun ini kekal sebanyak RM7, manakala kadar nisab mata wang bagi tahun 1434
Hijrah pula ialah sebanyak RM13,900 untuk haul antara Ramadan 1434 hingga 1435
Hijrah.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Datuk Kamaruddin Mohd. Zin
berkata, pihaknya telah melantik seramai 611 orang amil terdiri daripada imam
masjid di setiap mukim dan pegawai agama di kem tentera, balai polis serta
pusat tahanan untuk memungut zakat fitrah.
Adalah dijangkakan kutipan zakat fitrah
bagi tahun ini ialah sebanyak RM8 juta berbanding RM7.9 juta tahun lalu, iaitu
peningkatan sebanyak satu peratus.
Orang ramai boleh membayar zakat di
kaunter pejabat MAIK di Lundang yang akan beroperasi bermula 10 Julai ini
sehingga 7 Ogos depan termasuk hari kelepasan am, mulai pukul 8 pagi hingga 5
petang.
Orang ramai juga boleh membayar zakat
melalui institusi perbankan yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat iaitu Bank
Islam, CIMB, RHB, Ambank, Maybank, Bank Rakyat, Affin Islamic dan Standard
Chartered Bank. Pembayaran boleh dilaksanakan dengan menggunakan perkhidmatan
kaunter dan perbankan internet. MAIK juga telah melaksanakan pembayaran melalui
portal e-zakat.
Perluasan kaedah pembayaran zakat itu
bertujuan memenuhi keperluan teknologi terkini iaitu menyediakan bayaran secara
online yang mampu dilaksanakan secara cepat, mudah dan selamat. Kaedah ini
dilaksanakan melalui tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
Pembayaran zakat juga boleh dibuat di
kaunter-kaunter pungutan zakat di masjid-masjid seluruh negeri, pejabat pos dan
kaunter bergerak di pusat beli-belah KB Mall dan TESCO pada 14 Julai hingga 5
Ogos serta Mydin Kubang Kerian pada 14 Julai hingga 1 Ogos depan.
Dalam pada itu, pihak MAIK menyasarkan
kutipan zakat fitrah dan harta pada tahun ini sebanyak RM120 juta dan sehingga
30 Jun lalu, MAIK telah mengutip sebanyak RM53.166 juta berbanding RM35.137
juta tempoh sama tahun sebelumnya. Zakat pendapatan merupakan penyumbang
terbesar mewakili kira-kira 60 peratus, diikuti zakat perniagaan daripada badan
korporat dan swasta.
Jumlah itu menunjukkan peningkatan
sebanyak RM15.187 juta, ia antara lain hasil kesedaran umat Islam di dalam dan
luar Kelantan untuk menunaikan kewajipan tersebut, selain kaedah pembayaran
zakat yang semakin dipermudahkan
Datuk Kamaruddin turut memberitahu, sehingga 30 Jun
lalu, pihaknya telah mengagihkan lebih RM63.10 juta kepada lapan golongan asnaf
yang layak menerima zakat di negeri ini.
Kadar Zakat Fitrah Mengikut Negeri
|
Negeri
|
Kadar Zakat (RM)
|
|
Kelantan
|
RM7.00
|
|
Johor
|
RM6.70
|
|
Kedah
|
RM7.00
|
|
Melaka
|
RM6.70
|
|
Negeri Sembilan
|
RM6.50
|
|
Pahang
|
RM7.00
|
|
Perak
|
RM7.00
|
|
Perlis
|
RM6.50
|
|
Pulau Pinang
|
RM7.00
|
|
Sabah
|
RM7.00
|
|
Sarawak
|
RM7.00
|
|
Selangor
|
RM7.00
|
|
Terengganu
|
RM7.00
|
|
Kuala Lumpur/
Putrajaya/ Labuan
|
RM7.00
|
Kadar Zakat Fitrah & Kadar Nisab
Matawang/ Harta Tahun 1990 -2014
|
Tahun
|
Harga Fitrah (Gantang Baghdad)
|
Kadar Nisab Matawang/ Harta
|
|
2014
|
RM7.00
|
RM13,900.00
|
|
2013
|
RM7.00
|
RM13,900.00
|
|
2012
|
RM7.00
|
RM13,900.00
|
|
2011
|
RM7.00
|
RM11,000.00
|
|
2010
|
RM7.00
|
RM10,200.00
|
|
2009
|
RM6.90
|
RM8,422.14
|
|
2008
|
RM7.60
|
RM7,788.88
|
|
2007
|
RM4.80
|
RM6,296.82
|
|
2006
|
RM4.80
|
RM5,570.03
|
|
2005
|
RM4.70
|
RM4,505.11
|
|
2004
|
RM4.30
|
RM4,186.22
|
|
2003
|
RM4.30
|
RM3,625.27
|
|
2002
|
RM4.30
|
RM3,105.57
|
|
2001
|
RM4.00
|
RM3,062.50
|
|
2000
|
RM4.00
|
RM3,187.00
|
|
1999
|
RM4.00
|
RM3,187.50
|
|
1998
|
RM3.40
|
RM3,250.00
|
|
1997
|
RM3.30
|
RM2,812.50
|
|
1996
|
RM3.00
|
RM3,000.00
|
|
1995
|
RM2.80
|
RM2,968.75
|
|
1994
|
RM2.70
|
RM2,891.00
|
|
1993
|
RM2.70
|
RM2,583.00
|
|
1992
|
RM2.50
|
RM3,024.00
|
|
1991
|
RM2.50
|
RM3,150.00
|
|
1990
|
RM2.50
|
RM3,307.50
|
Sumber : http://www.e-maik.my/
30 May 2014
Petik Sawa
Petik Sawa
Umi : Kenapa baju Sham kotor?
Sham :
Mana ada kotor..Sham baru je basuh baju tu
Umi : Tu yang hitam hitam tu apa?
Sham :
Oh..tu PETIK SAWA..basuh banyak kali pun tak hilang
Banyak baju yang masih elok
tetapi tidak dipakai disebabkan oleh bintik-bintik hitam halus yang ada
padanya. Ia dikenali sebagai tahi lalat. Bintik bintik hitam ini orang Kelantan
panggil ppetik (petik) sawa. Dalam bahasa Kelantan ppetik merujuk kepada
keadaan berbintik-bintik, manakala sawa pula dirujuk kepada buah ciku (sawa
nila). Oleh itu bintik bintik hitam pada kain dan pakaian yang kelihatan
seperti pada buah ciku dipanggil ppetik sawa.
Petik sawa pada baju biasanya
disebabkan oleh kulapuk yang tumbuh akibat titik titik peluh dan bakteria. Petik
sawa akan muncul jika kita mengumpul baju yang penuh dengan peluh, terutamanya
selepas bersenaman, tetapi tidak dicuci dengan segera. Ataupun semasa kita
merendam baju dengan air yang sedikit, kemudian menunda-nunda untuk membilasnya
sehingga sampai beberapa hari maka kemungkinan besar baju akan ppetik sawa.
Kulapuk boleh tumbuh pada pakaian
dan kain dan meninggalkan petik sawa jika terdapat terlalu banyak lembapan
dalam atmosfera rumah kami. Pakaian yang diperbuat daripada kapas atau bahan
organik yang lain memberikan sumber makanan yang cukup baik kepada kulapuk dan
cendawan untuk hidup.
Spora kulapuk yang wujud secara
semula jadi dalam persekitaran tempat tinggal kita, akan melekat dan tumbuh di
mana-mana tempat yang keadaannya sesuai untuk mereka. Kulapuk berkembang bukan
sahaja pada kain lembap yang dibiarkan tetapi juga boleh tumbuh di permukaan
apa-apa jenis bahan seperti buku, kasut, beg, langsir, permaidani, tilam, perabot
kayu, jubin bilik mandi, dinding dan siling.
Gentian asli adalah sangat
terdedah kepada serangan mikrob kerana mereka senang dihadam oleh bakteria dan
kulat. Namun begitu gentian sintetik pula tidak juga benar-benar kebal, kerana
ia mengandungi bahan tambahan, yang boleh menjadi nutrien bagi mikrob mikrob
itu. Bulu adalah lebih cenderung untuk diserang oleh bakteria berbanding kapas
manakala kapas adalah lebih cenderung untuk diserang oleh fungi berbanding
bulu.
Ppetik sawa (bintik hitam) yang
terdapat pada pakaian adalah pengumpulan padat konidia (jasad pembiakan aseksual)
yang dihasilkan oleh fungi.
Bakteria yang paling biasa tumbuh
pada pakaian basah tetapi tidak dikeringkan adalah staphylococcus aurues,
corynebacterium, escherichia coli, s. Epidermidis dan vulgaris proteus.
Manakala jenis fungi yang akan merosakkan kain adalah aspergillus niger, a.
Furnigatus, stacybotrys chartarum, curvularia lunota, dan juga beberapa
spesis cladosporium, penicillium dan
alternaria.
Bau hapak yang tidak menyenangkan
terbentuk, apabila antara lain, peluh manusia ditukarkan oleh bakteria ke
bahan-bahan berbau busuk seperti aldehid, amina, ammonia, sulfida, merkaptan,
aromatik, lactones dan asid lemak.
Semasa mencuci pakaian yang berpetik
sawa itu, memberus ppetik sawa sahaja adalah tidak memadai. Kita perlu
mengenakan clorox untuk mengeluarkan kesan petik sawa itu. Dalam hal itu kita
perlu memastikan terlebih dahulu bahawa kain tersebut boleh menahan pelunturan (clorox).
Sutera dan kain dari bulu tidak boleh boleh sesekali dikenakan bahan peluntur.
Peluntur bukan klorin biasanya berkesan terhadap fabrik jenis lain. Pakain
tersebut juga perlu dicuci dengan bahan pencuci yang baik.
Sekiranya pakaian itu tidak boleh
dibasuh kita mesti membersihkannya secara dry clean. Sekerap mungkin,
selepas membasuh secara normal, pakaian harus dibenarkan untuk kering secara
semulajadi pada pancaran matahari. Oleh itu satu-satunya cara untuk mengelakkan
ppetik sawa adalah untuk mengelakkan meletak pakaian yang telah dipakai dan
terkena peluh atau yang masih basah di dalam almari.
10 Mar 2014
Penerbangan MH370, Pesawat Boeing 777-200
Penerbangan
MH370, Pesawat Boeing 777-200
Penerbangan
MH370, pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014
(8/3/2014) jam 12:41 pagi (00:41) dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30
pagi (waktu Beijing).
Penerbangan
Malaysia Airlines yang dalam perjalanan ke Beijing yang hilang hari ini dipandu
oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai
pengalaman terbang 18,365 jam. Pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah
Fariq Ab Hamid, 27, berpengalaman terbang 2,763 jam dan menyertai MAS pada
2007. Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan.
Berikut ialah
garis masa yang menjelaskan kronologi peristiwa-peristiwa sekitar kehilangan
pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum ditemui.
|
12:41
am
|
:
|
Penerbangan MAS MH370 berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA). Kapalterbang Boeing 777-200 itu
membawa 239 orang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal. 38 orang daripadanya
dilaporkan adalah rakyat Malaysia.
|
|
2:40 am
|
:
|
Menurut MAS, penerbangan MH370 putus
hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2. 40 pagi ini di ruang udara
Vietnam. Pesawat itu belum memasuki ruang udara dikawal oleh China dan tidak
membuat hubungan dengan pengawal udara di China.
|
|
6:40 am
|
:
|
Penerbangan dijadualkan tiba di Beijing, China.
|
|
10:15
am
|
:
|
Laporan palsu tentang MH370 penerbangan
membuat pendaratan kecemasan di Nanning, China diterbitkan. Didedahkan
sebagai tidak benar dalam beberapa minit.
|
|
11:55
am
|
:
|
Laporan palsu pihak penerbangan Vietnam
menerima isyarat pesawat diterbitkan. Laporan dibukti palsu dalam beberapa
minit.
|
|
12:00
pm
|
:
|
Dalam satu sidang akhbar di Sepang MAS Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata, penumpang penerbangan
MH370 adalah 14 negara yang berbeza. Penumpang termasuklah
153 - China
38 - Malaysia
12 - Indonesia
6 - Australia
3 - Perancis
4 - Amerika
2 - Ukraine
2 - New Zealand
2 - Kanada
1 - Rusia
1 - Taiwan
1 - Itali
1 - Belanda
1 - Austria.
Penerbangan ini adalah merupakan satu
rancangan perkongsian dengan China Southern Airlines.
|
|
12:30 pm
|
:
|
MAS berkata kali terakhir hubungan
penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Baru di Laut
China Selatan
|
|
12:50
pm
|
:
|
Seorang pegawai penyelamat Vietnam menafikan
ada isyarat pesawat Malaysia MH370 yang hilang telah dikesan.
|
|
1:00 pm
|
:
|
China menghantar dua kapal penyelamat
maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan
menyelamat MH370 yang hilang.
|
|
1:10 pm
|
:
|
Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur
talian hotline bagi semua soalan yang berkaitan dengan kehilangan penerbangan
MH370. Semua panggilan yang berkaitan dengan kejadian itu boleh ditujukan
kepada +86 10 6532 2531 /2/ 3.
|
|
1:30 pm
|
:
|
Satu kenyataan yang disiarkan di laman web
rasmi kerajaan Vietnam berkata bahawa pesawat itu terputus hubungan
berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau apabila ia telah bersiap untuk
memindahkan kawalan trafik udara ke Ho Chi Minh. Pemindahan itu tidak berlaku
|
|
2:00 pm
|
:
|
Senarai penumpang semua kapalterbang
didedahkan kepada umum. Ke Ho Chi Minh
|
|
2:20 pm
|
:
|
Laporan tidak Rasmi di media Vietnam dan
China telah memetik Tentera Laut Vietnam sebagai berkata penerbangan MH370
berada di Laut China Selatan. Kapal Penyelamat telah dihantar ke kawasan itu,
kata Al -Jazeera.
|
|
3:00 pm
|
:
|
Tentera Laut Malaysia berkomunikasi dengan
rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan melihat bahawa
bangkai penerbangan MH370 dieksani berhampiran sebuah pulau di sebelah
selatan negara ini.
MAS meminta dua keluarga terdekat setiap
penumpang berada di KLIA pada pukul 6 petang hari Sabtu.
|
|
4:20 pm
|
:
|
Vietnam kerajaan mengesahkan bahawa
penerbangan MH370 hilang di ruang udara Vietnam.
|
Keselarian
peristiwa penerbangan malang MH370 dengan ayat dari Al Quran, surah ke 83,
iaitu Surah Yaa Sinn, bermula dari ayat 41 hingga ke ayat 44.
|
وَءَايَةٌ۬
لَّهُمۡ أَنَّا حَمَلۡنَا ذُرِّيَّتَہُمۡ فِى ٱلۡفُلۡكِ ٱلۡمَشۡحُونِ (٤١)
|
|
Dan satu dalil lagi
untuk mereka insaf ialah, Kami membawa belayar jenis keluarga mereka dalam
bahtera yang penuh sarat.
|
|
وَخَلَقۡنَا
لَهُم مِّن مِّثۡلِهِۦ مَا يَرۡكَبُونَ (٤٢)
|
|
Dan Kami ciptakan
untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat
mengenderainya.
|
|
وَإِن
نَّشَأۡ نُغۡرِقۡهُمۡ فَلَا صَرِيخَ لَهُمۡ وَلَا هُمۡ يُنقَذُونَ (٤٣)
|
|
Dan jika Kami
kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka; maka tidak ada pertolongan bagi
mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan.
|
|
إِلَّا
رَحۡمَةً۬ مِّنَّا وَمَتَـٰعًا إِلَىٰ حِينٍ۬ (٤٤)
|
|
Kecuali dengan
kemurahan dari pihak Kami memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka
hingga kesuatu masa.
|
Kebetulannya
tarikh berlaku kejadian ialah pada 8 Mac (8/3) dan Surah Yaa Sin adalah surah
ke 83 dalam Al Quran. Masa berlepas pula pada 12:41 am (00:41) dan ayat surah ini
yang ada menyebut tentang kenderaan bermula pada ayat 41 hingga ayat 44.
Wallahu ‘alam
29 Dec 2013
Koleksi Kenyataan “Istimewa” Sepanjang Tahun 2013
Koleksi Kenyataan “Istimewa” Sepanjang
Tahun 2013
1.
|
Dato' Sri Hasan Malek (Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)
|
||
•
|
“Kalau harga ayam mahal
jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula”
|
-
|
Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam
|
•
|
“Kita perlu hormat
penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu
beri laluan kepada mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan
undang2 tertentu”
|
-
|
Mengulas sikap rakyat yang tak nak bagi laluan pada VVIP atas
jalanraya.
|
•
|
“Rakyat sokong kenaikan
harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan”
|
-
|
Memberikan ulasan kepada wartawan yang menemurah dia dalam satu
program bantuan back to school.
|
2.
|
Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz (Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan)
|
||
•
|
“Pendatang asing di Sabah
tidak gugat keselamatan negara”
|
-
|
Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga
asing
|
3.
|
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri
Pertahanan)
|
||
•
|
“Penceroboh di Lahad Datu
bukan pengganas”
|
-
|
Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad
Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu
|
•
|
“Kerajaan akan kaji
cadangan pelupusan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. (JPJ) Kerajaan akan
mahsuhkan cadangan untuk melupuskan kenderaan berusia 12 tahun ke atas”
|
-
|
Mengulas kritikan rakyat mengenai usul yang dicadangkan kerajaan dan
dimansuhkan oleh kerajaan juga
|
4.
|
Dato' Sri Abdul Wahid Omar (Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri)
|
||
•
|
“Pengguna boleh guna laluan
tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol”
|
-
|
Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol.
|
5.
|
Dato' Seri Shahidan Kassim (Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri)
|
||
•
|
“Kita ada sistem pengurusan
banjir terbaik di dunia”
|
-
|
Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.
|
•
|
“Dedahkan pembekal dakwat
kekal akan membuatkan rakyat berlumba2 beli dakwat kekal”
|
-
|
Mengulas desakan rakyat agar pembekal dakwat kekal yang tak kekal
didedahkan
|
•
|
“Israel ciplak slogan dari
Malaysia”
|
-
|
Mengulas isu slogan Endless Possibilities.
|
•
|
“Rakyat Malaysia perlu
berterima kasih kepada Rosmah Mansur”
|
-
|
Respon selepas rakyat membidas isu penggunaan pesawat kerajaan oleh
Rosmah Mansur.
|
6.
|
Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd. Yassin (Timbalan Perdana
Menteri)
|
||
•
|
“Sistem pendidikan kita
terbaik berbanding UK dan USA”
|
-
|
Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara
negara
|
7.
|
Tan Sri Khalid Abu Bakar (Ketua Polis
Negara)
|
||
•
|
“Pistol yang hilang mungkin
terjatuh dalam laut”
|
-
|
Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis
|
8.
|
Dr. Fathul Bari Mat Jahya (Exco Pemuda UMNO)
|
||
•
|
“Harga barang naik ialah
ketentuan Allah SWT”
|
-
|
Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN
sekaligus menyebabkan harga barang naik
|
Dato' Seri Haji Mohd Najib Abdul Razak (Perdana Menteri)
|
|||
•
|
“Rosmah pun ada jasa pada
negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat”
|
-
|
Mengulas pengkritik2 Rosmah Mansur yang asyik membangkitkan kesalahan
Rosmah Mansur.
|
•
|
“Harga petrol tak naik
tetapi hanya subsidi aje dikurangkan”
|
-
|
Mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan isu kenaikan harga
petrol dan diesel.
|
•
|
“Kurangkan gula, lebih baik
untuk kehidupan seks anda”
|
-
|
Mengulas mengenai alasan pemahsuhan penuh subsidi gula serta merta.
|
9.
|
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Ketua Wanita
UMNO)
|
||
•
|
“Memang pembohongan. Memang
bangsat betul kenyataan itu”
|
-
|
Mengulas mengenai pendedahan Fuziah Salleh yang bantuan lambat tiba
ke lokasi mangsa banjir
|
10.
|
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (Menteri
Komunikasi dan Multimedia)
|
||
•
|
“Bekal khemah kepada mangsa
banjir tidak pratikal kerana paling lama orang boleh duduk dalam khemah sejam
saja sebab panas. Iklim kita berbeza dengan iklim negara matahari terbit
(Jepun)”
|
-
|
Mengulas cadangan rakyat agar bantuan banjir lebih tersusun dengan
penyediaan khemah bagi ibu2 dan wanita2 yang tidak selesa tidur dan duduk
secara terbuka bercampur lelaki perempuan
|
•
|
“Keputusan jemput artis
K-Pop beri pulangan RM140 juta pada Hari Belia 2012”
|
-
|
Menjawab isu pembaziran kerajaan membiayai persembahan 3 artis kpop
sebanyak RM1.6juta
|
11.
|
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Menteri
Dalam Negeri)
|
||
•
|
“Keluar negara jika tak
gembira dengan sistem politik di negara neh”
|
-
|
Mengulas sikap pembangkang yang menganjurkan pelbagai siri demo
selepas gagal menawan Putrajaya.
|
Dato' Seri Dr.S. Subramaniam (Menteri Kesihatan)
|
|||
•
|
“Jangan makan gula, hidup
lebih lama”
|
-
|
Mengulas pendirian kerajaan yang berura-ura memansuhkan subsidi gula
ketika itu
|
12.
|
Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri)
|
||
•
|
“Saya tak lah bodoh sangat”
|
-
|
Mengulas kritikan di laman sosial yang beranggapan Ahmad Maslan bodoh
kerana keluarkan kenyataan penggunaan minyak ikut tangga gaji.
|
•
|
“Gaji RM3,000 ke bawah guna
petrol RM132 sebulan, gaji RM5000 ke atas beli petrol RM375 sebulan”
|
-
|
Mengulas tindakan rakyat yang bising mengenai kenaikan petrol
membebankan pengguna jalanraya.
|
•
|
“BN kerajaan terbaik di
dunia”
|
-
|
Mengulas pemberian subsidi oleh kerajaan kepada rakyat di negara neh
|
13.
|
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Menteri Wilayah
Persekutuan)
|
||
•
|
Jangan beli rumah kalau
harga rumah mahal
|
-
|
Mengulas rungutan rakyat mengenai harga rumah yang semakin mahal
|
14.
|
Datuk Bung Moktar Radin (Ahli Majlis
Tertinggi UMNO)
|
||
•
|
“Kenaikan petrol tak
memudaratkan rakyat Kerana yang ada kereta orang2 besar dan berkemampuan.
Orang kampung ada yang tiada kereta”
|
-
|
Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol
|
15.
|
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Ketua UMNO
Bahagian Teluk Kemang)
|
||
•
|
“Kenaikan harga barang
tiada kaitan dengan UMNO”
|
-
|
Mengulas kritikan rakyat yang menyalahkan UMNO dalam kenaikan kos
sara hidup.
|
16.
|
Datuk Haji Sairin Haji Karno (Ketua UMNO
Bahagian Keningau)
|
||
•
|
“Kenaikan harga minyak
untuk bantu orang miskin, susah”
|
-
|
Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak
|
17.
|
Dato Shafie Abdullah (Ketua UMNO Bahagian
Wangsa Maju)
|
||
•
|
“Jangan beri BRIM kepada
penyokong pembangkang”
|
-
|
Berucap atas pentas UMNO dalam sesi perbahasan
|
18.
|
Khairiah Mohd Talha (AJK Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa)
|
||
•
|
“Naikkan kadar parking
kepada RM40 sejam untuk elak kesesakan lalu lintas”
|
-
|
Cadangan bagi memberikan alternatif untuk
mengurangkan kesesakan di jalan bandar2 utama sekitar KL.
|
19.
|
Dato Zaitun Mat (Ketua Wanita UMNO
Kuantan)
|
||
•
|
“Yang tak suka kerajaan BN keluar
Malaysia”
|
-
|
Mengulas mengenai perhimpunan rakyat 31 Dec
protes kenaikan harga barang
|
20.
|
Datuk Ibrahim Ali (PERKASA)
|
||
•
|
BN berhak naikkan harga
barang kerana menang pilihanraya
|
-
|
Mengulas sikap rakyat yang mengkritik
tindakan BN menaikkan harga beberapa barang dalam negara selepas PRU tamat
|
Subscribe to:
Posts (Atom)
