Petik Sawa
Umi : Kenapa baju Sham kotor?
Sham :
Mana ada kotor..Sham baru je basuh baju tu
Umi : Tu yang hitam hitam tu apa?
Sham :
Oh..tu PETIK SAWA..basuh banyak kali pun tak hilang
Banyak baju yang masih elok
tetapi tidak dipakai disebabkan oleh bintik-bintik hitam halus yang ada
padanya. Ia dikenali sebagai tahi lalat. Bintik bintik hitam ini orang Kelantan
panggil ppetik (petik) sawa. Dalam bahasa Kelantan ppetik merujuk kepada
keadaan berbintik-bintik, manakala sawa pula dirujuk kepada buah ciku (sawa
nila). Oleh itu bintik bintik hitam pada kain dan pakaian yang kelihatan
seperti pada buah ciku dipanggil ppetik sawa.
Petik sawa pada baju biasanya
disebabkan oleh kulapuk yang tumbuh akibat titik titik peluh dan bakteria. Petik
sawa akan muncul jika kita mengumpul baju yang penuh dengan peluh, terutamanya
selepas bersenaman, tetapi tidak dicuci dengan segera. Ataupun semasa kita
merendam baju dengan air yang sedikit, kemudian menunda-nunda untuk membilasnya
sehingga sampai beberapa hari maka kemungkinan besar baju akan ppetik sawa.
Kulapuk boleh tumbuh pada pakaian
dan kain dan meninggalkan petik sawa jika terdapat terlalu banyak lembapan
dalam atmosfera rumah kami. Pakaian yang diperbuat daripada kapas atau bahan
organik yang lain memberikan sumber makanan yang cukup baik kepada kulapuk dan
cendawan untuk hidup.
Spora kulapuk yang wujud secara
semula jadi dalam persekitaran tempat tinggal kita, akan melekat dan tumbuh di
mana-mana tempat yang keadaannya sesuai untuk mereka. Kulapuk berkembang bukan
sahaja pada kain lembap yang dibiarkan tetapi juga boleh tumbuh di permukaan
apa-apa jenis bahan seperti buku, kasut, beg, langsir, permaidani, tilam, perabot
kayu, jubin bilik mandi, dinding dan siling.
Gentian asli adalah sangat
terdedah kepada serangan mikrob kerana mereka senang dihadam oleh bakteria dan
kulat. Namun begitu gentian sintetik pula tidak juga benar-benar kebal, kerana
ia mengandungi bahan tambahan, yang boleh menjadi nutrien bagi mikrob mikrob
itu. Bulu adalah lebih cenderung untuk diserang oleh bakteria berbanding kapas
manakala kapas adalah lebih cenderung untuk diserang oleh fungi berbanding
bulu.
Ppetik sawa (bintik hitam) yang
terdapat pada pakaian adalah pengumpulan padat konidia (jasad pembiakan aseksual)
yang dihasilkan oleh fungi.
Bakteria yang paling biasa tumbuh
pada pakaian basah tetapi tidak dikeringkan adalah staphylococcus aurues,
corynebacterium, escherichia coli, s. Epidermidis dan vulgaris proteus.
Manakala jenis fungi yang akan merosakkan kain adalah aspergillus niger, a.
Furnigatus, stacybotrys chartarum, curvularia lunota, dan juga beberapa
spesis cladosporium, penicillium dan
alternaria.
Bau hapak yang tidak menyenangkan
terbentuk, apabila antara lain, peluh manusia ditukarkan oleh bakteria ke
bahan-bahan berbau busuk seperti aldehid, amina, ammonia, sulfida, merkaptan,
aromatik, lactones dan asid lemak.
Semasa mencuci pakaian yang berpetik
sawa itu, memberus ppetik sawa sahaja adalah tidak memadai. Kita perlu
mengenakan clorox untuk mengeluarkan kesan petik sawa itu. Dalam hal itu kita
perlu memastikan terlebih dahulu bahawa kain tersebut boleh menahan pelunturan (clorox).
Sutera dan kain dari bulu tidak boleh boleh sesekali dikenakan bahan peluntur.
Peluntur bukan klorin biasanya berkesan terhadap fabrik jenis lain. Pakain
tersebut juga perlu dicuci dengan bahan pencuci yang baik.
Sekiranya pakaian itu tidak boleh
dibasuh kita mesti membersihkannya secara dry clean. Sekerap mungkin,
selepas membasuh secara normal, pakaian harus dibenarkan untuk kering secara
semulajadi pada pancaran matahari. Oleh itu satu-satunya cara untuk mengelakkan
ppetik sawa adalah untuk mengelakkan meletak pakaian yang telah dipakai dan
terkena peluh atau yang masih basah di dalam almari.