Bbuta vs Buta
Bbuta (Berbuta)
Bbuta atau Cina buta (kahwin muhalil) adalah merujuk kepada perbuatan lelaki yang
menikahi seseorang perempuan yang telah ditalak tiga oleh suaminya, kemudian
diceraikannya supaya perempuan tersebut dapat berkahwin semula dengan bekas
suaminya.
Masyarakat Melayu pada
masa dahulu mengambil jalan mudah iaitu ‘menggunakan’ muallaf (orang yang baru
masuk Islam - biasanya orang Cina) untuk berkahwin dengan bekas isteri yang
telah diceraikan dengan talak tiga. Perempuan ini kemudian diceraikan pula oleh
si muallaf ini. Selepas bercerai dengan muallaf itu dia pun mengahwini semula bekas
isterinya. Dari sini lah timbulnya istilah Cina Buta.
Biasanya lelaki
yang sanggup bbuta itu akan dibayar pampasan yang secukupnya supaya
benar-benar akan menceraikan isteri yang dinikahi itu kerana diupah. Ada juga
berlaku silelaki pada mulanya setuju untuk mengambil upah bbuta tapi oleh kerana
layanan siperempuan itu sangat baik maka hasrat untuk menceraikannya tidak
ditunaikan bahkan menjadikan siperempuan itu sebagai isteri yang sah.
Perbuatan ini
menurut agama adalah terkutuk dan orang yang sanggup dipergunakan tujuan ‘cina buta’
ini sebenarnya tak ubah seperti kambing jantan yang dipinjamkan untuk
membuntingkan kambing betina orang kampung. Anak yang lahir dari hubungan ini
adalah anak yang tidak sah tarafnya. Menurut hukum muamalat dari kitab
Muta'albadrin ialah perkahwinan dengan bekas isteri (yang telah di talak tiga) hanya
sah sekiranya bekas isteri itu diceraikan selepas disetubuhi suami keduanya. Baru
bererti 'the marriage is consumed'.
Buta
Buta ialah keadaan tentang kekurangan persepsi penglihatan, akibat faktor
fisiologi ataupun psikologi.
Penglihatan adalah
kemampuan untuk mengenali cahaya dan menafsirkannya, salah satu dari indra.
Alat tubuh yang digunakan untuk melihat adalah mata.
Mata merupakan
organ fotosensoris iaitu organ yang menerima rangsangan cahaya. Cahaya masuk
melintasi kornea, lensa, dan beberapa struktur refraksi di dalam orbita. Cahaya
kemudian difokuskan oleh lensa ke bagian saraf mata yang sensitif terhadap
cahaya iaitu retina. Retina mengandung sel-sel batang dan kerucut yang akan
mengubah impuls cahaya menjadi impuls saraf. Setelah melintasi suatu rangkaian
lapisan sel saraf dan sel-sel penyokong informasi penglihatan diteruskan oleh
saraf optik ke otak untuk diproses.
Pelbagai skala wujud
bagi menggambarkan tahap kehilangan penglihatan dan mengtakrifkan "buta".
Buta
sepenuhnya adalah kehilangan menyeluruh segala bentuk deria cahaya dan
direkodkan secara perubatan (klinikal) sebagai "NLP", ringkasan kepada
("no light perception").
"Buta"
seringkali digambarkan sebagai kecacatan penglihatan teruk dengan sisa
penglihatan. Untuk disahkan sebagai buta (legal blindness) pelbagai takrifan
yang semakin rumit dalam kaedah perundangan oleh kerajaan telah diwujudkan.
Di Amerika Utara
dan kebanyakan Eropah, disahkan buta (legal blindness) ditakrifkan
sebagai tahap penglihatan pada tahap 20/200 (6/60) atau kurang dari itu pada
mata terbaik dengan pembetulan sebaik mungkin. Ini bererti mereka yang disahkan
buta
perlu berdiri sejauh 20 kaki daripada sesuatu objek bagi melihatnya sejelas apa
yang orang normal mampu lihat pada jarak 200 kaki.
Buta
Membuta
|
:
|
tidur
|
Buta warna
|
:
|
warna tidak dapat
membezakan warna, tidak tahu warna apa sesuatu warna itu
|
Buta huruf
|
:
|
tidak tahu
(menulis, membaca, dll)
|
Perigi buta
|
:
|
perigi yang tidak
berair
|
Surat buta
|
:
|
surat tanpa nama
si pengirim
|
Malam buta
|
:
|
malam yang sangat
gelap;
|
Pagi-pagi buta
|
:
|
pagi-pagi sangat;
|
Buta ayam
|
:
|
rabun (kabur
mata) waktu senja;
|
Buta belalang
|
:
|
buta tetapi mata tidak rosak;
|
Buta belengset
|
:
|
buta dengan kelopak mata bahagian bawah terkeleweh;
|
Buta bular
|
:
|
buta kerana mata berselaput;
|
Buta celik; buta cemik; buta cemer
|
:
|
buta dengan biji mata yang tidak rosak;
|
Buta hati
|
:
|
i) tidak berhati
perut, kejam;
|
ii) gelap fikiran
(tidak berpengetahuan);
|
||
Buta kesip; buta pecah
|
:
|
buta dengan biji mata yang pecah (rosak);
|
Buta mereluh
|
:
|
buta langsung;
|
Buta perut
|
:
|
tidak menggunakan
akal fikiran, tidak berakal (dlm melakukan sesuatu perbuatan);
|
Buta rengga
|
:
|
bermacam-macam
jenis buta;
|
Peribahasa
Bagai si buta pergi bergajah
|
:
|
pekerjaan yang sia-sia (tidak mungkin dapat
dilakukan); bongkok baru betul,
|
Buta baru celik
|
:
|
orang yang hina dan papa kalau mendapat
kesenangan maka mengada-ngada;
|
Seperti si buta baru melihat
|
:
|
sombong kerana baru beroleh kekayaan
(kemuliaan);
|
Orang buta diberi bersuluh
|
:
|
perbuatan yang sia-sia;
|
Seperti orang buta kehilangan tongkat
|
:
|
berada dlm kesukaran;
|
Si buta membilang bintang di langit
|
:
|
membuat pekerjaan yang sia-sia;
|
Yang buta peniup lesung
|
:
|
walau bagaimanapun bodoh dan lemahnya orang,
ada juga gunanya;
|
No comments:
Post a Comment