Silap
Pilih Kawan Hidup Tak Keruan
A
Kadir Jasin
ALTANTUYA,
Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya,
Deepak
Jaikishan dan PI Bala.
Mat
Tunjang Enterprise ke mana perginya?
Dalam
Malaysia macam-macam ada.
Altantuya,
wanita jelita dari Mongolia.
Matinya
ngeri di bumi Malaya.
Dua
mata-mata meringkuk di dalam penjara.
“Kekasih”
Altantuya hidup senang di luar negara.
Mentornya
di Malaya menghadapi bala.
Ayah
Pin dah lama tak dengar cerita.
Mungkin
di bumi, mungkin juga di angkasa raya.
Tapi
boleh jadi ada di Terengganu kita.
Abu
Ya sudah di alam baqa,
tetapi
pengaruhnya, mengikut tiong yang pandai berkata-kata, masih ada.
Alahai,
di Malaysia macam-macam cerita ada.
Altantuya,
Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya.
Kita
semua dah kenal mereka.
Tapi
Deepak Jaikishan ni siapa pula?
Yang
kita dengar, dia ni peniaga.
Jual
permaidani itu kerjanya.
Tapi,
macam mana tiba-tiba
nampak
macam dia tahu banyak berkenaan para pembesar kita?
Adakah
dia terkenal di Putrajaya
atau
mudah keluar masuk Seri Perdana?
Tiba-tiba
timbul semula cerita PI Bala dan Altantuya.
Adakah
kebetulan saja atau kerana kencangnya tiupan angin pilihan raya?
Atau
kerana berebut harta pusaka dan projek berjuta-juta?
Altantuya,
Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya.
Datuk
nenek kita ada berkata, buat baik berpada-pada,
pilih
kawan biarlah kena.
Kawan
baik bawa bahagia,
kawan
jahat bawa bencana.
Kawan
ada bermacam-macam kawan.
Ada
kawan sehidup semati.
Ada
kawan sekadar bersenang hati, pergi makan dan pergi joli.
Tak
kiralah di Siam atau Itali.
Bila
dapat kitalah sahabat,
bila
tak dapat kitalah yang jahat.
Masa
baik semua jalan.
Bila
bergaduh, keluarlah dokumen, filem dan rakaman.
Altantuya,
Altantuya, Deepak Jaikishan dan PI Bala.
Pilih
kawan biarlah kena.
Serapah
jampi jangan percaya.
Kemenyan
dan mantera membawa dosa.
Silap
berkawan bawa bencana, hidup susah, jiwa merana.
Bila
orang tuduh jangan diam saja.
Takut-takut
ada orang yang percaya.
Apatah
lagilah kalau kita orang berkuasa.
Nama
baik kena jaga.
Jawablah
mereka jangan tiada atau saman berjuta-juta.
Ingatlah
kata datuk nenek kita.
Kalau
tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Fitnah
akan membawa celaka, kalau tidak dinafi dan disanggah.
Bila
berkawan biar berpadan.
Ada
batas ada sempadan.
Kawan
dalam kesusahan, itulah yang sebenarnya kawan.
Bukan
kawan ketika matahari terang kerana bila gelap menjelang, mereka akan lari
lintang-pukang. Silap-silap, mereka tikam pula depan dan belakang.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment