28 Jan 2013

Marilah Menuju Kejayaan

Marilah Menuju Kejayaan

 

24 Jan 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul 1434 Hijrah

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat salam dipohon lagi
Selawat Allah ke atas Muhammad
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
Wahai Nabi salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu
Wahai kekasih, salam atasmu
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Hilang segala cahaya
Bulan purnama menyinari kita
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Wajah gembira sepanjang hayat
Indah menawan tak pernah dilihat
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah menyuluhi jiwa
Kaulah rahsia hidup mulia
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai pendamping indah sejagat
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai imam 2 kiblat
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Wahai penghulu keturunan mulia
Bahagialah orang memandang wajahmu
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kunjungi kami pada hari akhirat
Kolam airmu sejuk jernih
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
Tiada berhenti rindukanmu
Sepanjang malam unta berjalan
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
Dan Malaikat sama berselawat
Engkau dipayungi awan putih
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Dialah menyahut semua seruan
Allah mengetahui rahsia sulit
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Dengan segala amalan soleh
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Sebanyak baris kertas ditulis
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Empunya wajah berseri menawan
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

22 Jan 2013

Lepaskan Saja Gelas Itu!

Lepaskan Saja Gelas Itu!

Seorang Profesor memulakan kelasnya dengan memegang sebuah gelas dengan sedikit air di dalamnya. Beliau mengangkat gelas itu supaya semua pelajarnya dapat melihat lalu bertanya "Berapa kah agaknya berat gelas ini?"

'50g ! '..... '100g ! '..... ''125g ! ... Pelajar menjawab.

"Saya sebenarnya tidak tahu melainkan saya menimbangnya," kata Profesor, "tetapi, saya ingin bertanya, apakah yang akan berlaku sekiranya saya memegang gelas seperti ini untuk beberapa minit? "

'Tiada apa-apa' ..... kata pelajar.

'OK apa yang akan berlaku jika saya memegang ia seperti ini selama sejam?' tanya Profesor lagi.

'Lengan Prof mungkin akan mula rasa sakit "kata salah seorang pelajar

"Betul, sekarang apa yang akan berlaku jika saya memegang seperti ini selama satu hari?"

"Lengan Prof akan menjadi kebas, dan Prof mungkin mendapat tekanan otot yang teruk serta melumpuhkan dan perlu pergi ke hospital, pasti!" Kata seorang pelajar lain disambut dengan gelak ketawa pelajar-pelajar lain.

"Very good, tetapi semasa semua ini, adakah berat gelas ini berubah? " tanya Profesor.

'Tidak' .... jawab semua pelajar.

"Jadi apakah yang menyebabkan lengan saya sakit dan otot mendapat tekanan?"

Pelajar semua bingung memikirkannya.

"Apa yang perlu saya lakukan untuk menghilangkan rasa sakit itu?" tanya Profesor lagi.

"Lepaskan saja gelas itu!" kata seorang pelajar

"Tepat sekali!" kata Profesor itu.

Masalah hidup adalah sesuatu seperti ini juga. Biarkan selama beberapa minit dalam kepala anda ia akan kelihatan OK. Fikirkan tentangnya untuk masa yang lebih lama, ia akan mula sakit. Biarkan lebih lama lagi ia akan mula melumpuhkan anda, dan anda mungkin sudah terlambat dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi pada ketika itu.

Adalah penting untuk memikirkan tentang cabaran atau masalah dalam kehidupan kita, namun YANG LEBIH PENTING adalah 'LEPASKAN SAJA MEREKA’ pada setiap malam sebelum kita tidur ...

Dengan cara itu, kita tidak akan tertekan, kita bangun setiap hari dengan perasaaan segar dan kuat serta boleh mengendalikan apa-apa saja keadaan, apa jua cabaran yang datang!

Jadi ingat kawan-kawan ku, apabila memulakan hari kita hari ini, 'LEPASKAN SAJA GELAS ITU! '

10 Jan 2013

Cakelat Nissae, Nissae Kerek & Air Tuak

Cakelat Nissae, Nissae Kerek & Air Tuak

Semasa membesar di zaman 60’an dan 70’an, banyak ‘kemewahan’ yang dirasai sekarang tidak dapat dirasai dahulu. Sekiranya anak-anak kita sekarang begitu banyak pilihan cokelat, kandi, gula-gula dan lain-lain manisan, kita dahulu sangat terhad pilihannya. Namun manisan yang menjadi kegemaran ramai pada masa dahulu adalah cakelat nissae.

Cakelat cokelat, merujuk kepada gula-gula (sweet/ candy) dalam bahasa Kelantan. Nissae manisan adalah gula perang (gula melaka) yang dihasilkan dari nira kelapa. Oleh itu cakelat nissae adalah gula-gula yang dihasilkan dari gula melaka.

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan cakelat nissae adalah nissae kerek, santan, gandum, kacang tanah dan garam. Cara membuatnya cukup senang nissae dimasak (dicairkan) dengan santan dan gula, apabila sudah sebati, masukkan kacanag tanah yang telah digeoreng. Ia kemudiannya digaul sehingga likat. Cairan campuran tadi dituang ke atas pelepah batang pisang yang telah ditabur gandum goreng bagi memberi bentuk yang sekata.

Nissae Kerek

Nissae kerek adalah nissae (gula melaka) yang ditempatkan dalam ‘kerek’. Kerek adalah acuan dalam bentuk silinder nipis dan biasanya dibuat dari mengkuang. Proses pembuatan nissae kerek adalah proses karamelisasi ia itu proses pengewapan atau pemekatan air tuak (nira) kelapa yang disadap mayangnya.

Sebelum dimasak air tuak ditapis terlebih dahulu untuk membuang benda asing berupa bunga kelapa, lebah dan semut dan juga laru. Proses memasak air tuak dilakukan pada suhu yang tinggi sekitar 110°C. Pada ketika ia mula mendidih, kotoran halus yang mula terapung ke permukaan bersama-sama buih nira akan dikeluarkan. Pemanasan seterusnya menyebabkan timbul buih-buih nira yang meluap-luap berwarna coklat keperangan. Pada ketika ini kelapa parut, akan dimasukkan sebagai bahan untuk menekan buih terbentuk itu.

Apabila nira sudah memekat, api diperkecilkan dan pekatan tadi di kacau, bagi mempercepat kan proses penyejukan. Proses mengacau ini menyebabkan tekstur dan warna nissae yang terhasil lebih baik dan cepat kering. Proses ini dilakukan sehingga suhu turun sekitar 70°C. Apabila pekatan nira tadi menjadi agak keras, proses memasak ditamatkan dan kawah diangkat dari tungku, pekatan tuak tadi dituang ke dalam kerek yang sudah disediakan. Waktu yang diperlukan untuk memasak 25 – 30 liter air tuak adalah kira-kira 4 – 5 jam

Air Tuak

Sebut tuak, orang Malaysia akan membayangkan minuman beralkohol tradisi yang popular di masyarakat orang asli atau bumiptera Sabah & Sarawak. Tuak yang dikatakan itu adalah sejenis minuman yang terhasil dari proses fermentasi (pemeraman) bahan-bahan tertentu sehingga menghasilkan alkohol. Bagi masyarakat Kelantan pula, tuak atau air tuak (tuwok) merujuk kepada nira iaitu minuman yang dihasilkan dari mayang kelapa yang kandungan gulanya belum bertukar kepada alkohol.

Air tuak @ nira adalah nektar/ ‘sugary sap’ ia itu cecair jernih yang dikeluarkan dari bunga kelapa (Cocos nucifera) yang pucuknya belum membuka. Dalam keadaan segar, air tuak mempunyai rasa yang manis, berbau harum dan tidak berwarna. Air tuak juga boleh didapati dari tumbuhan palma lain seperti nipah (Nipa fructians), kabung (Arenga pinnata), sagu (Metroxylon rumphii) dan tal (Borrasus fiabellifera).

Komposisi tuak dari suatu jenis tanaman dipengaruhi oleh beberapa faktor ia itu antara lain, jenis; umur dan kesihatan pokok; keadaan tanah; iklim; dan juga pengairan. Oleh yang demikian air tuak dari kelapa, tal dan nipah mempunyai komposisi yang berlainan namun biasanya ia terdiri dari air, sukrosa, gula reduksi dan bahan organik dan bukan organik yang lain. Air dalam tuak merupakan bahagian yang terbesar ia itu antara 75.0 – 90.0 %; sukrosa antara 12.3 – 17.4 %; gula reduksi yang boleh terdiri dari heksosa, glukosa, fruktosa dan mannosa antara 0.5 – 1.0 %. Bahan organik terdiri dari kabohiderat (tidak termasuk gula), protein, asid organik, asid amino, zat warna dan lemak. Bahan tidak organik pula terdiri dari garam galian.

Proses memungut air tuak dilakukan oleh Tok Nyaddak (penyadat). Kerja ini memerlukan tenaga dan keringat serta kemahiran memanjat sehingga ke puncak pokok. Tok Nyaddak juga memerlukan kemahiran menarah mayang serta memproses air tuak dengan campuran laru untuk membangkitkan aroma dan keenakannya. Peralatan yang diperlukan ialah sadap (sabit) yang tajam, tali pinggang keselamatan ketika memanjat dan tukir untuk menadah air tuak dari mayang.

Proses ini bermula dengan memilih mayang kelapa yang sesuai. Pangkal mayang yang belum mekar diikat erat sehingga menyebabkan pemekaran bunganya menjadi terbantut. Tok Nyaddak kemudian akan memotong secara serong mayang yang sudah di paut tadi dengan menggunakan sadap yang tajam. Tukir kemudiannya diikat pada mayang untuk menadah air tuak yang keluar titis demi titis. Tukir lazimnya diperbuat daripada batang buluh yang mempunyai ruas yang panjang. Tukir yang hendak dipasang itu terlebih dahulu di rebus supaya ia tidak cepat busuk. Namun pada masa kini tukir tradisional tidak lagi digunakan dan ditukar kepada botol minuman plastik. Ini bagi memudahkan Tok Nyaddak melihat kadar air tuak yang keluar untuk diturunkan pada masa tertentu.

Laru yang dimasukkan kedalam tukir adalah kayu cengal yang dirincih halus yang bertujuan untuk menjadikan tuak tahan lama dan kelat. Disetengah tempat yang lain, laru dari air kapur, kayu nangka atau kulit manggis dimasukkan ke dalam tukir sebelum ianya dipasang pada pokok nyior.

Tuak, kalau dimasukkan dalam peti sejuk, tahan lama dan tidak mabuk selama 3 hari. Lebih daripada 3 hari ia akan menjadi mabuk dan haram diminum, namun bila sampai 1 minggu atau lebih tuak masam akan bertukar menjadi cuka.

Tuak kelapa dan tuak nipah agak berbeza dari segi aroma, kemanisan dan juga rasanya. Air nira mengandungi bahan manisan iaitu sukros yang enak diminum terutama jika dicampur dengan ais. Air tuak merupakan minuman kegemaran di Kelantan terutama jika diminum pada musim bulan Ramadan. 

7 Jan 2013

Silap Pilih Kawan Hidup Tak Keruan

Silap Pilih Kawan Hidup Tak Keruan

A Kadir Jasin

ALTANTUYA, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya,
Deepak Jaikishan dan PI Bala.
Mat Tunjang Enterprise ke mana perginya?
Dalam Malaysia macam-macam ada.

Altantuya, wanita jelita dari Mongolia.
Matinya ngeri di bumi Malaya.
Dua mata-mata meringkuk di dalam penjara.
“Kekasih” Altantuya hidup senang di luar negara.
Mentornya di Malaya menghadapi bala.

Ayah Pin dah lama tak dengar cerita.
Mungkin di bumi, mungkin juga di angkasa raya.
Tapi boleh jadi ada di Terengganu kita.

Abu Ya sudah di alam baqa,
tetapi pengaruhnya, mengikut tiong yang pandai berkata-kata, masih ada.
Alahai, di Malaysia macam-macam cerita ada.

Altantuya, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya.
Kita semua dah kenal mereka.
Tapi Deepak Jaikishan ni siapa pula?
Yang kita dengar, dia ni peniaga.
Jual permaidani itu kerjanya.

Tapi, macam mana tiba-tiba
nampak macam dia tahu banyak berkenaan para pembesar kita?
Adakah dia terkenal di Putrajaya
atau mudah keluar masuk Seri Perdana?

Tiba-tiba timbul semula cerita PI Bala dan Altantuya.
Adakah kebetulan saja atau kerana kencangnya tiupan angin pilihan raya?
Atau kerana berebut harta pusaka dan projek berjuta-juta?

Altantuya, Altantuya, Ayah Pin, Abu Ya.
Datuk nenek kita ada berkata, buat baik berpada-pada,
pilih kawan biarlah kena.
Kawan baik bawa bahagia,
kawan jahat bawa bencana.

Kawan ada bermacam-macam kawan.
Ada kawan sehidup semati.
Ada kawan sekadar bersenang hati, pergi makan dan pergi joli.
Tak kiralah di Siam atau Itali.

Bila dapat kitalah sahabat,
bila tak dapat kitalah yang jahat.

Masa baik semua jalan.
Bila bergaduh, keluarlah dokumen, filem dan rakaman.

Altantuya, Altantuya, Deepak Jaikishan dan PI Bala.
Pilih kawan biarlah kena.
Serapah jampi jangan percaya.
Kemenyan dan mantera membawa dosa.
Silap berkawan bawa bencana, hidup susah, jiwa merana.

Bila orang tuduh jangan diam saja.
Takut-takut ada orang yang percaya.
Apatah lagilah kalau kita orang berkuasa.
Nama baik kena jaga.
Jawablah mereka jangan tiada atau saman berjuta-juta.

Ingatlah kata datuk nenek kita.

Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah.
Fitnah akan membawa celaka, kalau tidak dinafi dan disanggah.

Bila berkawan biar berpadan.
Ada batas ada sempadan.
Kawan dalam kesusahan, itulah yang sebenarnya kawan.

Bukan kawan ketika matahari terang kerana bila gelap menjelang, mereka akan lari lintang-pukang. Silap-silap, mereka tikam pula depan dan belakang.

Wallahualam.