Krenat
Perkataan krenat jika ‘di terjemah’ secara perkataan membawa maksud khianat dalam percakapan Bahasa Kelantan. Namun begitu ia juga boleh memberi pengertian yang lain apabila di gunakan dalam konteks yang berbeza.
Khianat
Mengikut Kamus Dewan perkataan khianat membawa maksud : perbuatan jahat yg (bertujuan) menganiaya atau mendatangkan kecelakaan pd orang lain, tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia (kepada negeri, bangsa, dll)
- berbuat khianat : orang yg berbuat khianat itu adalah orang yg sangat hina;
- yang belot kepada negara: perbuatan khianat
- orang khianat : orang yg melakukan (perbuatan) khianat;
- berkhianat = berbuat khianat: hamba tidak akan berkhianat dan menderhaka kepada Negeri Kelantan
- mengkhianati : berbuat khianat kepada, mencelakakan, memperdaya, membelot terhadap, tidak setia kepada: dgn memihak kepada musuh, kau telah mengkhianati negeri dan masyarakatmu
- pengkhianatan perihal (perbuatan, tindaktanduk, dsb) mengkhianati, perbuatan khianat: mensabotaj royalti minyak itu adalah suatu pengkhianatan oleh anasir-anasir jahat;
- pengkhianat orang yang berbuat khianat, orang yg belot, orang yg tidak setia kepada negeri (ketua dll): pengkhianat itu harus dihukum dan dibuang negeri.
Dalam Bahasa Inggeris perbuatan khianat adalah sabotage, manakala pengkhianat pula dipanggil traitor.
he was a traitor to his country
dia pengkhianat kepada negaranya
the Party considered that he had turned traitor
Parti telah menganggap bahawa dia telah menjadi pengkhianat.
Krenat
Dalam percakapan bahasa Kelantan perkataan krenat boleh digunakan bagi menggantikan perkataan khianat, namun krenat juga membawa maksud yang agak berbeza apabila digunakan dalam ayat yang berbeza.
Abae Sham berehi krenat ko Adik Luth
Abang Sham suka menyakat Adik Luth
Abang Sham likes to tease Adik Luth
Cuba bayae ‘anok-beranok’ kito sediri buat krenat ko kito
Cuba bayangkan saudara mara kita sendiri yang mengkhianati kita
Just imigine when your own relatives betrayed you
Demo buat krenat ko pitih jah, duk isap rokok tak bereti
Kamu ni membazirkan duit saja, tak berhenti-henti hisap rokok
You are wasting money, continously burning cigarettes
PAS kata Pengerusi Badae Pehubungae UMNO Kelatae , Dato’ Stopa Mamat, hok juga Menteri Perdagangae Antara Bangso dae Industri krenat ko rakyat Kelatae dengae Sultan sebab tak sey ccaro isu Royalti Minyak Kelatae.
PAS menganggap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebagai pengkhianat kepada rakyat Kelantan dan Sultan kerana enggan memperjuangkan isu Royalti Minyak untuk negeri Kelantan.
PAS considered Kelantan UMNO liaison chairman Datuk Mustapa Mohamed who is also Minister of International Trade and Industry as a traitor to the people of Kelantan and Sultan for refusing to champion the issue of oil royalty to the state of Kelantan.
No comments:
Post a Comment