Bahaso Kelate
Bahasa Kelantan mungkin merupakan bahasa yang paling sukar untuk difahami diantara kebanyakkan dialek yang ada di Malaysia (tidak termasuk bahasa-bahasa ethnik Sarawak dan Sabah). Ianya juga agak susah untuk di eja dalam tulisan Rumi.
Satu lagi perkara yang perlu diambil tahu orang Kelantan tidak bercakap Bahasa Kelantan, tetapi mereka kkæcek Kelantan. Mereka juga tidak bercerita tentang sesuatu dalam Bahasa Kelantan tetapi mereka ghoyat cerita dalam Bahasa Kelantan.
Bahasa Kelantan mungkin tidak akan pupus dari segi penggunaannya dalam masa terdekat. Ini kerana kebanyakan dari 1.4 juta rakyatnya masih menggunakannya untuk percakapan harian samada di sekolah, tempat kerja, tempat perniagaan dan menjadi bahasa perantaraan untuk semua. Ia dituturkan oleh semua dan pengaruhnya melangkau sempadan Thailand, Perak, Terengganu dan Pahang. Anak-anak Kelantan di perantauan masih lagi menggunakan bahasa ini apabila bersama-sama mereka. Dan satu lagi perkara China Kelantan yang menjadi minoriti pun boleh "kaecek" Kelantan dengan fasih seperti orang Melayu juga. Itulah yang dikatakan Semangat Anok Kelate!
Apa yang agak merisaukan adalah penggunaan sesetengah perkataan yang unik untuk bahasa Kelantan telah ditinggalkan, dan generasi muda Kelantan sendiri sudah tidak faham akan maksud perkataan-perkataan itu. Salah satu tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memasukkan semula perkataan-perkataan yang unik untuk bahasa Kelantan itu dalam kitaran perbendaharaan kata agar ianya tidak menjadi pupus dan hanya wujud di dalam kamus sahaja. Seterusnya perkataan-perkataan ini dapat diselitkan dalam percakapan seharian.
Jika di amatkan pada keseluruhannya pengguna bahasa Kelantan berkecenderungan untuk menjadikan perkataan-perkataan nya pendek. Bahasa Melayu Kelantan akan cuba memadatkan perkataan yang mempunyai 3 suku kata menjadi perkataan-perkataan yang mempunyai hanya dua suku kata.
Belajar Bahasa Kelantan1.Bahasa kelantan tidak menggunakan imbuhan dihadapan sesuatu perkataan tetapi lebih kepada menggunakan sabdu.
contoh :-
kkuŕœ - kura-kura
ttinœ - betina
ddale - di dalam
kkedæ - ke kedai
nnaŕi - menari
ggocoh - bergocoh/bertinju
ssilat - bersilat
2.Terdapat setengah perkataan dimana sebutan vokalnya disebut melalui hidung
contoh :
abæ - abang
batæ - batang
dalæ - dalam
telæ - telan
malæ - malam
gunu - gunung
minu - minumkapoe - kampong
3.Diftong seperti "ai" dan "au" ditenggelamkan dalam sebutan Bahasa Kelantan, dan ayat tidak dimatikan dihujungnya.
contoh :-
keda - kedai
paka - pakai
pisa - pisau
kuba - kerbau
pula - pulau
lima - limau
4.Perkataan yang mempunyai akhiran huruf "a" biasanya akan ditukar kepada "o".
contoh :-
limœ - lima
bilœ - bila
duœ - dua
tuœ - tua
pulœk - pulak
budœk - budak
diyœ - dia
ttinœ - betina
kkurœ - kura-kura
5.Perkataan yang berakhir dengan "an", "am", "ang" akan ditukarkan kepada "e" sahaja.
contoh :-
ayæ - ayam
sayæ - sayang
bayæ - bayam/bayang
lubæ - lubang
tulæ - tulang
6.Perkataan yang mempunyai huruf “r” biasanya disebut dengan sebutan “gh”/”ŕ” atau lebih tepat lagi huruf (ﻍ)contoh :-
ŕima - harimau
meŕoh - merah
beŕo' - berok
baŕu - baharu
3 comments:
Saya tengah cuba buat aksara Jawi untuk bahasa Kelantan.... Saya rasa huruf R dalam bahasa Kelantan tak sama dengan huruf غ sebab R Kelantan lebih lembut dari غ . Maaf kalau salah. Harap ada yang boleh jelaskan.
Nak tanya
Nak tanya bahasa kelantan
Post a Comment