20 Aug 2008
Mantera Beradu
Mantera Beradu
(Latar) Masih belum sempurna
(M. Nasir) Gerakkan hati
hati gerakkan
pandanglah aku
akulah dia
(Malique) Kulitku tebal ku bebal ingatku kebal
banyak berbual makan angin kembung perut mual
resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
ku schizo paranoia takut pecah tembelang
(M. Nasir) Pecah tembelang
peta dah hilang
bangau dah pulang
suara sumbang
(Malique) Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
biniku pena tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum
Ikut gerak hati pena melayang
dilihat dua layang pandang
taklah segarang takat meradang
tanya abang gedang apa barang
badan macam badang
main acap belakang parang
Hunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat
(Latar) Ramai saudaraku yang baik telah dipijak
(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu
(Malique) Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakar dan bersalaman
konflik motivasi cuba meditasi
positif yang benci jadi inspirasi pagi
Peduli interpretasi basi
pekakkan sebelah halang biar keduanya
muka cantik soalan bodoh yang ditanya
jadi melodi yang lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosteron testarossa
cita-cita sosa KL KL Cosa Nostra
jalan berliku kuharung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan
(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu
Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
(Malique) Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miau
kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang renang
kura-kura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan perkara temeh kita takkan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja
(Malique & M. Nasir) Panjat pokok buluh cari tokong air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika belot maut
(M. Nasir) Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua jerat dan kalimat
semua janji yang terikat
lebur di sisimu
Puisi hatimu
hatimu puisi
palu hatiku
palu hatiku
(Malique) Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang sinisku berbahasa baku
tata kata nahu himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu
(Latar) Akhirnya sempurna
Schizo - Versi ringkas schizophrenia, sejenis penyakit mental.
Paranoia - ketakutan melampau adalah salah satu simptom penyakit schizophrenia.
Testosteron - Hormon biologi dihasilkan manusia/haiwan. Biasanya dikaitkan sebagai penghasil ciri kelelakian/kejantanan.
Testarossa - Salah satu jenama kereta Ferrari
Cosa Nostra - Nama lain bagi Mafia, kumpulan penjenayah rahsia bermula di Pulau Sicily yang kini di seluruh dunia.
http://www.muaturun.blogspot.com/
27 Jul 2008
Bahaso Kelatæ 101 Siri 0010
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA.
Gantinama Diri
Gantinama Umum
Gantinama Pertanyaan
Gantinama Petunjuk
Gantinama Sendi.
Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);
(b) kata ganti diri singkat;
(c) kata ganti tanya;
(d) kata ganti tempat; dan
(e) kata ganti tak tentu.
Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal) : digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
saya (tunggal) : digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi
hamba (tunggal) : digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu
patik (tunggal) : digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan
beta (tunggal) : digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat
Bagi Orang Kelatæ
25 Jun 2008
Bahaso Kelatæ 101 Siri 0009
sambungan ....
kedekut banga; klorek hangit; kupik hangit : sangat kedekut
kelabu kelaloe : sangat kusam
kelat ddehe : sangat kelat
kenye bboyah : sangat kenyang
keras kekung; keras ccokeng : sangat keras
kering kote : kering kontang, sangat kering
ketar gegar; ketar kuhkuh : menggigil kesejukan, sangat sejuk
kubae lembae : sangat berselerak
kuca bara; kuca hanya : sangat tak tentu hala
kuning nnehe : kuning pekat
kuruh kekek; kuruh kering : sangat kurus
lama doklat : sangat lama, zaman purba
lapar ccerok; lapar jjelak : sangat lapar
17 Jun 2008
Jawi atau Jjawi
Dalam Bahasa Kelantan, peranan sabdu (
- tok paka (not wearing) vs tok ppaka (useless)
- kecek (tipu) vs kkecek (bercakap)
- jawi (seni penulisan) vs jjawi (berkhatan)
Jawi
Tulisan Jawi adalah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi dan ia merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan seperti dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Bagi siapa yang tidak tahu Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
Ramai diantara kita terlupa atau tidak tahu bahawa tulisan Jawi telah di mansuhkan dari sistem Bahasa Melayu Kebangsaan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, lebih tepat lagi pemimpin UMNO. En Khir Johari, Menteri Pelajaran pada ketika itu telah melaksanakan pemansuhan tulisan Jawi dari sistem pelajaran Bahasa Melayu dengan persetujuan menteri-menteri kabinet yang lain. Yang sedihnya pemimpin-pemimpin lain dari UMNO selepasnya tidak membuat apa-apa usaha untuk mengembalikan martabat tulisan Jawi.
Jawi digunakan oleh orang Melayu untuk mempelajari pengetahuan agama dan digunakan oleh Kesultanan Melayu pada abad ke 13 sebagai tulisan untuk menulis dokumen dan juga undang-undang. Ianya juga simbol kebebasan kita dari kuasa kolonial barat di abad ke 19, seperti tulisan Nolya Thai yang menjadi simbol kebangsaan Thai. Pendapat yang menganggap tulisan Jawi tidak dapat mewakili bunyi sebutan Bahasa Melayu moden adalah tidak berasas. Bahaso Kelatæ boleh ditulis dengan lebih baik menggunakan tulisan Jawi berbanding Rumi. Selepas pemansuhan tulisan Jawi dari sistem pelajaran, generasi terkemudian tidak boleh membaca Jawi dengan baik, lalu menghasilkan generasi buta Jawi dan akhirnya buta Al-Quran. Itulah antara jasa terbesar UMNO untuk bangsa Melayu.
Jjawi
Jjawi atau bersunat disebut sebagai khitan dalam bahasa Arab yang membawa erti potong. Khitan juga bererti memotong qulfah iaitu kulit yang menutupi kepala zakar (Abdullah Nasih Ulwan; Tarbiyatu al-Aulad 1/109). Kamus Dewan menyebut khatan, sunat, ertinya memotong kulub dan berkhatan, bersunat, bersuci, jjawi maknanya potong kulub orang Islam (Kamus Dewan 549). Jjawi bagi wanita dinamakan khafd iaitu merendahkan (Ibnu al-Qayyim: Tuhfatu al-Maudud 106) kerana bahagian yang dipotong itu merendahkan hujung clitoris.
prosedur biasa jjawi
Amalan jjawi di kalangan lelaki dan wanita bermula pada zaman Nabi Ibrahim, isterinya, Sarah dikhatankan. Peristiwanya bermula apabila Hajar mengandung, Sarah berasa cemburu, lalu bersumpah untuk memotong tiga bahagian anggotanya sendiri. Nabi Ibrahim bimbang kalau-kalau Sarah akan memotong hidung dan telinganya, lalu Baginda menyuruhnya melubangkan kedua-dua telinganya dan berkhatan (Ibnu al-Qayyim; ibid 131). Setelah itu amalan jjawi menjadi sunnah bagi wanita Islam.
15 Jun 2008
Bahaso Kelatæ 101 Siri 0008
|
basoh jjerok
|
:
|
sangat basah
|
|
bekok ccobong
|
:
|
bengkak yang kuat
|
|
belana kokna
|
:
|
sangat banyak
|
|
belawok kohong
|
:
|
sangat bohong
|
|
beletae kalae
|
:
|
sangat berselerak
|
|
belok gelekok; belok bleka
|
:
|
bengkang bengkuk
|
|
biru keto
|
:
|
biru pekat
|
|
botok ssinar
|
:
|
betul-betul botak
|
|
bulat ggotel
|
:
|
betul-betul bulat
|
|
busuk banga; busuk kohong
|
:
|
sangat busuk
|
|
cair llole
|
:
|
sangat cair
|
|
carik celober
|
:
|
keadaan pakaian compang camping
|
|
cema celoteng
|
:
|
sangat kotor
|
|
ceroh jeriloh
|
:
|
terang benderang
|
|
comel llote
|
:
|
sangat cantik
|
|
coreng moreng
|
:
|
keadaan muka yang sangat comot
|
|
dener ko’pe
|
:
|
keadaan yang sangat basah, berair
|
|
gatal gelebek
|
:
|
sangat gatal
|
|
gelap gelemat; gelap ggugut
|
:
|
sangat gelap
|
|
gemuk ddebok; gemuk mmetok
|
:
|
sangat gemuk
|
|
gerbae gerese
|
:
|
kusut masai
|
|
habih licin
|
:
|
habis tidak tinggal sedikit pun
|
|
hacing pperat
|
:
|
sangat hacing
|
|
hangit lletong
|
:
|
terlalu hangit
|
|
hangus lletong
|
:
|
sangat hangus
|
|
hapok kohong
|
:
|
sangat hapak
|
|
hija nnaung
|
:
|
hijau pekat
|
|
hitae llege
|
:
|
hitam pekat
|
|
hudoh bbanga
|
:
|
sangat hodoh
|
|
jahil tukil
|
:
|
sangat jahil, tidak tahu hukum hakam agama
|
|
jatuh celabok
|
:
|
jatuh bertaburan
|
|
jauh jelaq
|
:
|
sangat jauh
|
|
jjerok wok
|
:
|
sangat basah
|
|
kalot kibut
|
:
|
sangat kalut
|
|
kecik beleh ; kecik cceleh
|
:
|
sangat kecil
|
5 Jun 2008
Change Lifestyle
Hari ni luar sikit daripada topik biasa, nak marah sikit, 41% kemarahan naik daripada biasa. Minta maaflah. Minyak naik RM0.78 membawa maksud 41% dari harga lama. Biasa kawǽ spent RM250.00 sebulan untuk minyak, lepah ni kenœ tambah RM101.56 lagi, bermakna untuk minyok kenœ letok tepi RM351.56. Bulǽ Julai ni api pulok naik, kenœ tamboh berapo pulok tak kira lagi. Berah cap Burung Serindit baru order dengan Fadly, RM88.00 doh.
Pok Lloh katœ kenœ Change Lifestyle. Let we all try to figure out his theory ..
- Kawǽ lamo doh tak beli baju baru, seluar baru, kasut baru. Tok apo, bundle ada
- Tayar kereto kawǽ botak doh, tak apo, 'used tyre' ada
- Lo ni gi kejo, hantar bini gi kejo, anok gi sekoloh naik keto, tak apo buleh naik bah, turun rumah belum suboh, semayǽ tengah jalǽ – Hok ni tok leh, nak harap ko bah di KB, schedule tak tetap, laluan tak cover semua. Tak dok choice kena drive jugok.
- Makǽ di kedai ppati, kedai Kak Yah Abǽ Din setiap hari, nak ubah life style nak makǽ mmano?? Keluar bawok anok-anok di KFC, McDonald, Pizza Hut lamo doh dok.
- Party?? di KB nak party mmano
- Bercuti ?? Paling jauh gi rumoh adik-adik di KL, nak uboh life style lagu manœ, tak kan rumah adik beradik tak boleh nak visit sekali setahun.
Change life style, easier said than done. What we all should do beside changing our life style is to change the present government. Pakat-pakat sembahyang hajat agar semua rakyat akan selamat dan kerajaan Pok LLoh dan yang sewaktu dengannya cepat tumbang. Please YB BN jangan fikir pasal diri sendiri sajo, do something for the rakyat instead.
CHANGE LIFE STYLE ... NO
CHANGE GOVERNMENT .... YES
4 Jun 2008
Doa Dari Al-Quran (4)
kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas,
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau
mengetahui
dan apa yang kami zahirkan;
dan tiada sesuatupun di langit dan
di bumi yang tersembunyi kepada Allah! (QS. 14:38)
Wahai Tuhan kami kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan
kepada kami untuk keselamatan agama kami. (QS. 18:10)
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh
dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya,
dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (QS. 25:74)
Wahai Tuhan kami, rahmat dan ilmu
Engkau meliputi segala-galanya,
maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat
serta menurutMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. (QS. 40:7)