30 Sept 2012

Peningkatan Hutang Malaysia

Peningkatan Hutang Malaysia

Hutang Malaysia
Jumlah
2007
RM247 bilion
2011
RM421 bilion
(Laporan : Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada KDNK. Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020)
Mac 2012
RM456.1 Bilion.
(Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak perlu bimbang. Kita baru 53 percent. Threshold 55 percent)
Jun 2012
RM470.76 Bilion
(Laporan : Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!)
September 2012 (terkini)
RM476.68 bilion.


Sumber: Bank Negara Malaysia

12 Sept 2012

Bandera Rakyat 1947

Sekadar Memperingati Sejarah 10 Tahun Sebelum Merdeka.



















Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.

Maksud Disebalik Simbol² Dalam Bendera Rakyat:

12 biji bintang
:
12 negeri yang bergabung di Malaya

9 Negeri Melayu
Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
Pahang, Terengganu, Perlis,
Kelantan, Kedah, Johor

3 Negeri Selat
Pulau Pinang, Melaka, Singapura

Warna Kuning Bintang
:
•   Keadilan dan kedaulatan rakyat
•   Perlembagaan Rakyat diiktiraf
•   Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur

Bintang berbucu lima
:
•   Ketuhanan
•   Kedaulatan rakyat
•   Keadilan sosial
•   Kebajikan
•   Kebangsaan

Warna merah
:
Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya

Warna putih
:
Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat

Warna Merah Putih
:
Mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.


 Sumber  - http://www.gempak.org