13 Sept 2010

Tengku Faris Dimasyurkan Sultan Kelantan Yang Baru

Sah. MB Istihar. Mulai hari ini. Sedih belako org di istana balai besar. Majlis pertabalan akan dibuat nanti. - Isi kandungan SMS yang diterima pada pukul 12:50 pm, 13-09-2010.

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa 13 September 2010. Majlis itu bermula jam 12:21 minit tengah hari sebaik keberangkatan tiba Tengku Bendahara Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.





Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini. Ia mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda. Pengistyharan itu diakhirnya dengan takbir sebanyak tiga kali sebagai menjujung duli.

Daulat Tuanku.


5 Sept 2010

Kadar Zakat Fitrah Tahun 2010

Kadar Zakat Fitrah

Kadar zakat fitrah di Kelantan pada tahun 2010 ditetapkan RM7.00, meningkat 10 sen berbanding RM6.90 tahun lalu dan penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa beras.

Bagi tujuan itu Maik telah melantik seramai 571 amil terdiri daripada para imam, bilal dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis serta pusat tahanan. Dijangka kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM7.5 juta berbanding RM7.3 juta pada tahun 2009.

Kadar nisab zakat wang simpanan iaitu sebanyak RM10,200.00 ia itu berdasarkan 85 gram emas.

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Malaysia Tahun 2010

1 Kelantan - RM7.00
2 Johor - RM5.00 /RM7.50
3 Kuala Lumpur - RM7.00
4 Terengganu - RM5.00/ RM7.00/ RM8.00
5 Kedah - RM7.00
6 Pahang - RM7.00
7 Perak - RM7.00
8 Pulau Pinang - RM7.00
9 Selangor - RM7.00
10 Sabah - RM6.80
11 N.Sembilan - RM6.50
12 Melaka - RM6.50
13 Perlis - RM6.00
14 Sarawak - RM5.20