Menteri Besar Kelantan Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan penduduk Kelantan mengusahakan ternakan burung merpati yang menjanjikan pulangan lebih baik berbanding ternakan puyuh. Ternakan merpati mempunyai potensi untuk dipasarkan sebagai makanan kesihatan. Beliau memperoleh idea itu ketika melawat negara Mesir tidak lama dahulu di mana perusahaan ternakan burung merpati amat menggalakkan sebagai makanan kesihatan. Tok Guru menyatakan demikian selepas merasmikan Pasar Raya Nirwana Baru, di Pekan Baru Kubang Kerian, dekat sini pada Ahad. Produk burung merpati boleh dipasarkan di pasar-pasar tani dan pasar raya kerana di Kelantan sahaja pada masa kini terdapat 17 pasar tani dan 10 buah pasar raya.
Burung Merpati (Columbia Livia)
Burung Merpati mula di ternak untuk pelbagai kegunaan sejak lebih10,000 tahun yang lalu. Susur galur nya adalah dari keturunan spesis Eurasian (rock dove) yang tinggal di cerun-cerun batu yang tinggi. Ia adalah burng yang paling akrab dengan manusia. Ia bukan sahaja menjadi binatang peliharaan tetapi juga untuk tujuan lain. Ia merupakan lambang kebebasan dan kesetiaan. Ia mempunyai berberapa kelebihan jika dibanding dengan burung-burung lain seperti :-
§ Berkemampuan mengenal medan
§ Senang menyesuaikan diri untuk kelangsungan hidupnya
§ Makanan dan penjagaannya mudah dan juga senang di kembang biakkan
§ Sangat mudah untuk dijinakkan dan mempunyai keragaman jenis.
Rekod tentang penjinakan merpati untuk dijadikan binatang peliharaan (domestication) dijumpai pada tablet tanah liat bergambar kaum Mesopotamia bertarikh lebih dari 5,000tahun, namun dipercayai tarikh sebenarnya adalah melebihi 10,000 tahun yang dilakukan oleh manusia yang mendiami dataran Tigris dan Euphrates.
Terdapat kira-kira 350 variasi merpati yang taburannya adalah di seluruh dunia kecuali di kawasan padang pasir Sahara, Antartika dan Artik. Di Eropah sahaja terdapat kira-kira 10 – 15 juta ekor merpati feral yang ditemui secara eksklusif di kawasan yang diduduki manusia, membiak di atas atau di dalam bangunan. Merpati feral atau merpati kota adalah baka dari merpati yang pernah diternak atau dijinakkan tetapi terlepas dan hidup dalam keadaan liar. Merpati hutan pula membuat habitatnya di kawasan pantai dan membuat sarang mereka di cerun-cerun di tepi pantai.
Merpati berkebolehan untuk terbang setinggi 1800 meter dan lebih. Purata halajunya pula adalah 125 km/j, tetapi ada yang telah merekodkan kelajuan sehingga mencapai 150 km/j. Merpati boleh terbang sejauh 950 km sehingga 1150 km dalam satu hari, namun pnerbangan yang paling jauh pernah dicatatkan dalam abad ke 19 adalah sejauh 11,200 km dan mengambil masa 55 hari ia itu dari Afrika ke England.
Merpati juga dikenali kerana kebolehannya untuk terbang ‘pulang’ dari jarak yang jauh dan telah digunakan dengan meluas oleh manusia bagi tujuan ini. Rujukan terawal bagi hal ini adalah sekitar 2,500 SM, dan tradisi ini telah berterusan dalam sejarah manusia.
Satu lagi keistimewaan merpati adalah kebolehannya untuk bernavigasi dengan cara mengesan medan magnet bumi dan menggunakan matahari untuk mencari haluan. Merpati boleh melihat warna sama seperti manusia, mereka juga berupaya melihat sinar ultra-ungu, sebahagian daripada spektrum yang tidak dapat dilihat oleh manusia.
Burung merpati boleh melepasi ‘mirror test’ ia itu kemampuan mengecam pembalikannya dalam cermin. Merpati adalah satu daripada 6 spesis dan satu-satunya dari golongan bukan mamalia yang mempunyai keupayaan ini.
Diet atau makanan utama bagi burung-burung merpati adalah bijirin, tetapi ia boleh berbeza mengikut spesis. Ada juga spesis yang makan buahan dan juga serangga serta cacing, manakala merpati feral yang terdapat di kota mengambil bijirin dan juga bahan buangan manusia sebagai makanan.
Burung merpati mempunyai jangka hayat yang berbeza, ada yang boleh hidup dari 3 – 5 tahun hingga ke 15 tahun. Ini adalah bergantung kepada banyak faktor termasuk pemangsa semula jadi dan juga gangguan manusia.
Semua merpati mengamalkan monogami, ia itu mempunyai pasangan yang sama untuk seumur hidup mereka. Kematangan seksual boleh dicapai dalam umur 5 – 6 bulan dan mereka boleh membiak sepanjang tahun. Selepas mengawan merpati jantan akan mula mencari tempat yang sesuai untuk membuat sarang dan menetaskan anak. Merpati tidak membina sarang di atas pokok tetapi memilih tempat yang mempunyai permukaan yang rata.
Kedua-dua merpati jantan dan betina sama-sama mengambil tugas dalam mengeram dan membesarkan anak. Merpati betina akan mengeluarkan telur pertama kira-kira 10 hari selepas proses pengawanan, manakala telur pertama akan menyusul kira-kira 44 jam kemudian. Pengeraman akan bermula sejurus selepas keluarnya telur kedua.
Burung jantan akan mengambil tugas mengeram dari pukul 10:00 pagi hingga 6:00 petang, manakala yang betina akan mengambil masa yang selebihnya. Penetasan telur akan berlaku biasanya 17 hingga 19 hari selepas bermulanya proses pengeraman. Anak-anak burung merpati (squab) mempunyai bulu berwarna kuning dan paruh berwarna pink dan masa tumbesaran mereka, dari mula menetas sehingga boleh terbang adalah 30 hari.
Merpati jantan dan betina tidak meninggalkan sarang untuk menangkap serangga untuk disuap kepada anak-anak mereka seperti burung-burung jenis lain, tetapi memberikan anak-anak mereka rembesan hasil kelenjar yang dipanggil susu merpati (pigeon milk). Ia bukannya susu yang sebenarnya kerana tiada kandungan laktosa didalamnya, namun begitu pengeluarannya adalah dirangsang oleh prolaktin, hormon yang sama yang merangsang pengeluaran susu dalam mamalia. ‘Susu’ ini kelihatan seperti keju, berwarna krim dan tinggi dalam kandungan protein nya, dan ia diberi kepada anak-anak mula dari penetasan sehingga berumur 10 hari, ia itu setelah mereka mula boleh makan bijirin.
Pembiakan merpati bagi tujuan mengembangkan saiz, bentuk warna atau sifat dikatakan bermula lebih 3,000 tahun yang lalu. Dalam tempoh masa ini pembiakan dan kacuk biak merpati untuk menghasilakn baka-baka hiasan telah menjadi satu seni. Lebih 300 jenis baka merpati wujud pada hari ini. Penjenisan merpati adalah kompleks tetapi boleh dikumpulkan dalam kumpulan berikut :-
1. Merpati Pedaging
Semua jenis merpati boleh dijadikan merpati pedaging, tetapi merpati yang termasuk jenis ini adalah Carneau, French Mondaine dan King. Sebagai hidangan, Merpati (squab) dianggap delikasi. Ianya lembut, basah dan sedap berbanding daging poultri lain, tetapi dagingnya sedikit bagi setiap ekor burung. Squab di makan di banyak negara, termasuk Perancis, Amerika, Itali, Maghribi, Mesir dan beberapa negara di Asia.
Daging burung merpati mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. dan sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kanak kanak yang diberi telur burung merpati pula didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya.
2. Merpati Pacuan
Merpati dari jenis ini dilatih untuk pulang ke rumah dari jarak yang jauh dengan kelajuan sekata sehingga mencapai 70 -80 kmj. Mereka sangat diminati kerana daya terbangnya yang kuat. Ciri-cirinya antara lain : susuk tubuh yang gagah tetapi ramping, bulu yang nipis dan keras, tonjolan pada hidungnya tebal dan besar. Merpati pacuan memiliki kemampuan terbang sejauh 200 km, tetapi kemampuan merpati jenis ini boleh mencapai 1,500 km. Antara merpati yang termasuk jenis ini adalah:
- Belgian Homer
- Tumbler
- Flying Tipper
- Flight
Kumpulan merpati ini di latih untuk keupayaan untuk ‘balik’. Mereka juga dipelihara khas untuk pertunjukan lumba unggas. Kumpulan itu termasuk
- English Carrier
- Dragoon
- German Beauty Homer
Beberapa jenis dari kumpulan ini asalnya dipelihara untuk keupayaan akrobatik mereka, ia itu kebolehan untuk berpusing di udara. Namun kini telah di kacukkan sehingga sekarang di anggap sebagai sebagai merpati pertunjukan semata-mata. Kumpulan ini termasuk
- Nun
- English Short Faced Tumbler
- Magpie
3. Merpati Hiasan
Merpati-merpati jenis ini di ternak kerana seni dan kecantikannya. Ia dipandang dari sudut keindahan warna bulu dan bentuk tubuh mereka. Merpati yang termasuk jenis ini antara lain :
Merpati Bulu & Suara :
Merpati jenis ini dibiakkan untuk mengeluarkan bulu yang lebat dan untuk suara ‘ketawa’ dan deruman mereka. Merpati dari kumpulan ini termasuk
- Fantail
- Trumpeter
- Jacobin
Kumpulan ini terdiri daripada banyak variasi merpati yang telah di biak khas, dipelihara khas untuk warna dan tanda-tanda di bulu mereka. Kumpulan itu termasuk
- Archangel
- Swallow
- Danish Suabian
Kumpulan merpati biak khas ini dipelihara semata-mata kerana keupayaan mereka untuk mengembungkan biang/dada mereka dengan udara. Kumpulan itu termasuk
- English Pouter
- Norwich Cropper
- Pigmy Pouter
Kumpulan ini dibiak kerana paruh-paruh mereka yang terbantut dan juga bulu-bulu di dada mereka yang luar biasa. Kumpulan ini termasuk
- Old German Owl
- Oriental Frill
- Aachen Lacquer Shield Owl