25 May 2008

Bahaso Kelatæ 101 Siri 0007

Kelantanized 0002

bo : bulb (a glass bulb inserted into a lamp or a socket in a ceiling, which provides light by passing an electric current through a pocket of inert gas)
cepat la gi beli bo lampu, kalu tidok gelak guguk malae ni
cepat pergi beli mentol lampu, kalau tidak gelap gulita malam ni

kalbok : culvert (a tunnel carrying a stream or open drain under a road or railway)
demo keno pasae kalbok kawasae rumah demo, kalu tidok banjir la puyae hujae
awak terpaksa pasang pembentung di kawasan rumah, jika tidak banjirlah musim hujan

passenjae : passenger (a traveller on a public or private conveyance other than the driver, pilot, or crew)
teruk sikit bowok keta sewa lo ni, passenjae kurang benar
sekarang ini bawak teksi teruk sikit, penumpang kurang sangat

stemek : estimate (roughly calculate or judge the value, number, quantity, or extent of )
akitek stemek kalu nok buat rumah besa tu habih la RM250,000
sekiranya hendak dirikan rumah sebesar itu, arkitek menganggar kosnya lebih kurang RM250,000

nneja : manager (a person responsible for controlling or administering all or part of a company or similar organization)
berutung demo buleh nnatu nneja estek
beruntungnya awak dapat menantu pengurus ladang

18 May 2008

Sawo nilœ


Sawo nilœ.

Mengapa agaknya di negeri lain semuanya mengenali dengan ciku, tetapi di Kelatae pulok sawo nilœ. Mungkinkah perkataan sawo nilo telah di Kelantanized dari perkataan Sapodilla ........

Nama saintifik bagi buah ini ialah Manilkara zapota, sejenis pokok berkayu yang berasal dari Mexico dan di perkenalkan di kawasan sebelah sini (Filipina) semasa penaklukan Sepanyol.

Di India di kenali dengan chikoo/sapota di India, Bangladesh sofeda , Asia Tenggara and Pakistan chikku/chiku/ciku, chico di Filipina, sawo di Indonesia, hồng xiêm (xa pô chê) di Vietnam, sapodilla di Guyana, sapodilla/rata-mi di Sri Lanka, lamoot (ละมุด) di Thailand dan Cambodia, níspero di Colombia, Nicaragua, El Salvador, Dominican Republic dan Venezuela, nípero di Cuba dan Dominican Republic, dilly di The Bahamas, naseberry di kebanyakan West Indies, dan sapoti di Brazil.

Jus Sawo Nilœ

Bahan:
2 biji sawo nilœ
1 gelas susu
2 scoop ais kerim vanilla
gula
5 ketul ais

Cara :
•      Koyak dan kerat buah sawo nilœ.
•      Masuk sawo nilœ, susu, gula ke dalam food processer dan hancurkan.
•      Tuangkan dalam gelas dan masukkan ais kerim.
•      Bahan-bahan untuk 2 gelas

Cara Membuat Budu

Cara Membuat Budu
Bahan-bahan
1 kg ikan bilis
Garam kasar secukupnya
Segenggam asam jawa (isi sahaja)
Nisae/gula melaka/manisan

Cara-cara

  1. Ikan bilis dibersihkan dan toskan.
  2. Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  3. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  4. Masukkan nisae/gula melaka dan gaul rata.
  5. Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis. Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.
  6. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu ( bagi mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.
  7. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau.
  8. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan dalam peti sejuk.
Petua:Sukatannya ikut gelas yg digunakan: Kalau 3 gelas bilis, 1 gelas garam

15 May 2008

Asal Usul Solat

Asal Usul Solat

SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama : Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua : Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga : Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat : Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam.
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Dukacita terhadap anak Firaun.

ku sampai kan walau sebaris ayat

Budu

Budu



“ Tok sãh kaecek luar lah, bau budu penga-penga”
“Tak usah bercakap Bahasa Malaysia standard lah bunyi macam Kelantan juga”

Sebut saja budu, pasti ianya akan di kaitkan dengan Negeri Kelantan. Budu adalah sejenis perasa yang terkenal di Kelantan dan juga Selatan Thai. Ianya adalah makanan tradisional yang diperbuat dari ikan bilis yang diperam hingga hancur. Kebanyakan dari kita akan beranggapan bahawa budu adalah unik bagi negeri Kelantan, namun ianya juga boleh didapati di negara-negara lain. Di Filipina di kenali dengan patir, di Indonesia ketjap ikan, di Myanmar ngapi, di Veitnam nuoc mam, di Jepun ishiru/shottsuru, di India dan Pakistan colombo cure, di China yeesu dan di Korea aekjeot.

Budu di buat dengan mencampurkan ikan bilis : garam dengan nisbah diantara 2:1 hingga 6:1 dan diperamkan selama 140 hingga 200 hari. Secara saintifik ia terbentuk akibat hidrolisis ikan dan mikrob protease. Rasa dan aroma budu terbentuk melalui proses proteolisis (proses pemecahan peptid dan asid amino disebabkan tindakbalas enzim) mikro organisma yang ‘terselamat’ semasa proses pemeraman itu. Nisbah ikan berbanding garam memainkan peranan penting dalam pembentukan rasa budu yang dikehendaki. Kepekatan garam akan mempengaruh aktiviti mikrob dan enzim lalu membentuk rasa yang berbeza-beza. Mikro organisma yang didapati semasa pembentukan budu di klasifikasikan sebagai halophilis (boleh hidup dan membesar dalam keadaan bergaram) yang memainkan peranan penting dalam proses degradasi protein dan pembentukan rasa aroma. Nisae (gula nira kelapa) dan asam jawa/asam gelugur dicampurkan bagi mendorong perubahan warna kepada keperangan berlaku.

Makan nasi tiada ertinya kalau tiada budu yang bersertanya dimasukkan lada cengit, limau nipis (nak sedap lagi asam kerat lintang). Bagi menyelerakan lagi boleh di potong sedikit bawang merah, buah pauh dicincang halus, ditambah seulas durian atau tempoyak. Ikan kembong atau puyu bakar adalah pelengkap hidangan budu. Kata orang makan nasi dengan ulam cicah budu menyebabkan sindrom ‘mentua lalu tak nampak’.

Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dicicah dan dimakan bersama nasi. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.

Bayangkan nasi panas, budu, ikan tawar, pucuk putat, petai, jering, bunga kunyit, ulam raja, pucuk ttere .........